BAB 33

19 2 0
                                    

" Am ada berita tentang Linda." Am mengangkat wajahnya yang tadi sedang sibuk menyemak dokumen. Am mengeluh kesal dan menunduk kepalanya .

" Apa berita baru tu. Aku takut la kalau hati aku desak aku pergi. Aku dah serik bila kejadian hari itu. Tambah-tambah Zara tengah mengandung."

"Kau tahu kan esok hari yang dia akan kena gantung." Hakim terdiam seketika. Dia mendapat info daripada penyiasatnya . Am hanya termenung jauh.

" Kau rasa patut tak aku pergi Kajang esok?" Am bertanya pendapat Hakim. Hakim hanya mengaru kepalanya yang tidak gatal. Dia hanya mengangkat bahunya.

" Kalau kau nak juga. Kau minta pendapat Zara."

" Yelah, aku try slow talk dengan Zara. Kau pergi tak?" Am hanya mengeluh lemah.

" Hurmmm, tak la kot. Sebab aku cuti dua hari. Ada hal sikit. Kau bawa Zara tak? Lebih baik kau jangan bawa dia. Tempat tu bukan bagus untuk Zara. Tambah dia tengah mengandung." Hakim mengelak dari bertentang mata dengan Am. Dia takut rahsianya akan bocor.

" Kalau aku pergi, aku bawa dia. Aku tak nak tinggal dia sorang-sorang. Lagipun dia tengah berbadan dua." Am tekun menyemak dokumen tentang kewangan Syarikat Nazlia. Hakim hanya mengeluh kecil. Rancangannya untuk keluar bersama Zara terbantut.

" Ehmmmm, Ikut kau lah. Kalau aku, aku tak bawa isteri aku tempat macam tu. Apa-apa kau call je aku. Aku half day hari ni. Aku keluar dulu ye. Ini dokumen tentang proposal Syarikat Teja." Setelah pintu pejabat Am ditutup. Hakim mengepal tumbukannya. Dia harus menukar rancangan untuk berjumpa dengan Zara.

****

Zara sedang khusyuk menonton filem My Girl. Am hanya mengerling. Dia mahu beritahu tentang hajatnya untuk pergi melawat Linda. Tapi dia takut 'tragedi oktober' terjadi kembali. Zara hanya mengerut dah bila mata suaminya merenung kepadanya.

" Kenapa dengan Abang ni. Tenung sayang macam nak makan."

' " Sayang, Abang nak pergi Kajang esok boleh tak?" Am minta izin kepada isterinya. Aduh jatuh ego lelakinya. Bukan takut isteri tapi sayang.

" Nak melawat Linda ke?" Zara menunduk mukanya. Dia tahu tentang keadaan Linda yang akan digantung esok. Berita ini pun di sampai oleh pembaca berita pukul satu sebentar tadi. Hatinya diketuk rasa cemburu.

" Ye, esok hari dia akan digantung."

" Abang boleh pergi tapi dengan satu syarat." Zara menayangkan satu jari telunjuknya. Am hanya mengerut dahi. Zara hanya tersenyum manis.

" Zara kena ikut Abang pergi sana. By hook or by crook."

" Ingat ke apa tadi. Mesti la boleh. Sayang, Abang melawat dia bukan sebab apa cuma sebagai kawan. Hati Abang ni hanya milik sayang dalam dunia ni. Tapi Zara duduk dalam kereta sahaja okey. Sayang tengah mengandung. Tempat tu tak berada elok untuk Baby kita."Am menggengam erat tangan Zara. Zara hanya terseyum bahagia.

" Abang selama ni Zara tak pernah cemburu. Zara percaya Abang. Cuma Zara minta Abang jujur dengan Zara." Zara memeluk lembut tubuh suaminya. Am mencium ubun-ubun Zara. Zara selesa dengan pelukan hangat Am. Semenjak dia mengandung, dia suka dibelai dan di manja. Tak sangka bencinya dulu terhadap Am menjadi sayang.

****

" Sayang, Bangun kita dah sampai hotel ni." Kereta Sport Ferrari sudah berada di parking Hotel Hilton. Linda sudah dijatuhkan hukuman sebentar tadi. Mereka baru pulang dari Penjara Kajang. Sayangnya anak yang dikandung oleh Linda keguguran dua bulan lepas. Tak sangka Zara mengalirkan air mata bila mendapat tahu berita itu. Zara hanya menunggu di luar.

LIFE ISN'T A FAIRY TALEWhere stories live. Discover now