" Abang Hakim in kenapa? Daripada tadi asyik termenung ja." Yunnieey yang baru datang dari arah dapur mengambil tempat duduk di sisi Hakim.
" Tak ada apa la. Mana Umie dengan Ibu." Mata Hakim masih melekat di kaca televisyen.
" Dah tidur dah. Abang baru dari KL tak penat ke. Pergi la tidur."
" Malas la asyik tidur ja kerja." Hakim masih buntu dengan masalah yang dihadapinya sekarang. Sekarang satu kawan baiknya sudah menjadi musuhnya dan kini dia telah berjaya menjadi penganggur terhormat. Dia tak tahu kenapa dia boleh bertindak luar kawalan macam tu.
" Abang, Yunniey nak tanya something boleh tak?" Yunniey ingin tanya tentang lukisan di dalam bilik Abangnya.
" Apa dia?" Hakim membuka plastik coklat M&M tanpa memandang ke arah Yunniey di sebelahnya. Hanya coklat yang dapat mengurangkan stressnya.
" Semalam masa kami pergi rumah Abang. Yunniey termasuk dalam bilik Abang." Suara Yunniey bergetar.
Dia tahu Abangnya sudah memberi amaran supaya jangan masuk ke dalam bilik itu. Tapi hatinya mendesak untuk melihat bilik itu. Dia tidak sangka bilik itu penuh dengan gambar perempuan yang manis bertudung.
" Oh, ada apa dalam bilik Abang? Lipas? Awak tu macam tak pernah masuk bilik Abang." Hakim memandang dengan muka kosong. Mulutnya masih sibuk mengunyah coklat.
" Bukan bilik Abang tapi bilik lukisan Abang." Yunniey menunduk mukanya. Dia takut kalau Abang Hakim memarahinya.
" Awak masuk dalam bilik tu? Dah berapa kali Abang beritahu. Jangan masuk bilik itu." Am membutang matanya. Suaranya sudah meninggi. Bilik yang dipenuhi dengan lukisan dan gambar Zara. Air mata jernih sudah mula mengalir di pipi gebu Yunieey.
" Yunieey bukan sengaja. Tapi bilik tu terbuka. Lagipun Yunieey je yang nampak. Abang kenapa gambar kak Zara penuh dalam bilik tu?" Yunieey masih menundukkan kepalanya. Dia tidak berani bertentang mata dengan mata Hakim. Telinganya terdengar keluhan Hakim.
" Abang cintakan dia. Dia wanita yang berjaya curi hati Abang. Dia wanita yang Abang selalu cerita kat Yunieey dulu." Hakim tahu Yunieey tidak berniat menceroboh barangan peribadinya. Salah dia sendiri tidak mengunci pintu itu sebelum ke Kuala Lumpur.
" Sampai sekarang? Jadi Kak Zara tu yang perempuan Abang cerita dekat Yunieey? Perempuan yang Abang nak kahwin lepas konvo dulu? Perempuan yang bagi Abang harapan untuk terus hidup tu?" Yunieey membutang mata bulatnya.
Dia tak sangka Abangnya menyimpan perasaan terhadap isteri kawan baiknya sendiri. Yunieey mengeluh kesal. Selama ini dia ingatkan perempuan yang dicintai Abangnya itu jahat.
" Dia la. Kenapa?" Hakim memandang Yunieey.
" Abang, dia isteri kawan baik Abang. Banyak lagi perempuan dalam dunia ni. Tak baik la Abang menaruh hati dekat isteri orang." Yunieey hanya mampu menggeleng kepalanya. Dia tak sangka. Cinta dapat butakan hati Abangnya.
" Yunieey salah ka Abang cintakan dia? Abang Am yang rampas dia daripada Abang. Abang cintakan dia sepenuh hati Abang." Air mata Hakim mengalir. Memang dia terlampau cintakan Zara.
" Ya Allah, apa Abang cakap ni. Mengucap Abang. Abang sedarlah. Jangan sebab cinta Abang jadi macam ni. Kak Zara tu jodoh Abang Am. Bukan Abang Am rampas Kak Zara dari Abang. Abang jangan terlampau cintakan manusia. Cinta manusia akan hilang. Letak Allah nombor satu Abang. Lepaskan Kakak Zara. Dia milik Abang Am. Biar la mereka bahagia Abang." Yunieey menasihat Abangnya itu. Air matanya turut mengalir bila melihat keadaan Hakim yang terseksa.
" Kau diam Yunieey. Kau tak tahu apa yang Abang rasa." Hakim segera mengatur langkah dan masuk ke dalam bilik. Dia menghentak pintu sekuat hati. Yunieey hanya mampu mengeluh kesal.
" Arghhhhhhh, kenapa Zara tak pilih Abang. Kenapa Zara sukakan Abang Am." Hakim merenung gambar Zara.
Dia meraup kasar rambut kusutnya. Dia membaling gambar itu. Habis berkecai kaca di lantai. Dia merenung kosong ke arah kaca itu. Dia segera ke tandas untuk mengambil wuduk. Dia perlu memohon petunjuk agar dia tidak tersasar terlalu jauh.
****
" Abang kenapa dari tadi senyap je?" Zara memandang suaminya yang khusyuk membawa kereta. Mereka baru keluar dari Tol Kuala Lumpur. Am hanya tersenyum terpaksa.
" Zara ada buat salah ke? Abang beritahu la. Jangan senyap je." Zara memandang sayu ke arah suaminya. Am mengusap lembut pipi gebu Zara. Fikiran bercelaru dengan macam-macam masalah.
" Zara, cintakan Abang tak? Zara kahwin dengan Abang sebab terpaksa ke?"
" Abang ini kenapa tanya macam tu ? Kalau terpaksa Zara tak kahwin dengan Abang." Zara mencubit lembut pipi suaminya.
" Tapi masa dekat Villa, Zara menangis-nangis tak nak kahwin dengan Abang." Am terkenang semasa mereka dipaksa kahwin. Zara menangis bagai nak rak. Zara ketawa kecil. Memang dia mengaku dia menangis sebab dipaksa kahwin.
"Habis nak gelak kena kahwin dengan lelaki yang dendam dengan Zara?" Zara ketawa. Am hanya berdiam diri.
" Abang, insyaallah. Seumur hidup Zara. Cinta dan kasih sayang Zara hanya untuk lelaki yang bernama Engku Fahad Irham. Tiada siapa pun yang dapat ambil tahta Abang ni."Zara memegang lembut tangan Am. Am hanya tersenyum lega. Dia khuatir jika hati Zara ada ruang untuk Hakim. Am mencium tangan Zara.
" Abang ingat senang nak cairkan hati kasanova Abang. heheheh." Am mencubit pipi Zara.
" Habis Zara ingat senang nak sejukkan hati keras Zara. Jumpa Abang je mesti marah. Garang macam singa dah isteri Abang ni." Am menjelir lidah bila mata Zara membutang. Akhirnya mereka ketawa bahagia. Sepanjang perjalanan itu mereka banyak bercerita tentang kenangan dahulu. Kenangan pergaduhan mereka yang berubah menjadi cinta.
" Abang, Baby dalam perut ini lapar la." Zara mengusap lembut perutnya. Am hanya tersenyum nakal. Zara memuncungkan bibirnya.
" Baby dalam perut ka Mama dia yang lapar sebenarnya ni?" Am mencubit hidung mancung Zara. Zara hanya ketawa kecil. Memang daripada tadi perutnya berbunyi minta di isi. Am hanya menggeleng dan memberhentikan keretanya di hadapan KFC di perhentian R & R.
YOU ARE READING
LIFE ISN'T A FAIRY TALE
RomansaEngku Fahad Irham dan Azzahraa Kayla ibarat angin dan ribut. Pasti akan bergaduh dan bertikam lidah akibat ego masing-masing. Tanpa mereka sedar mereka merupakan kawan baik ketika kecil-kecil dahulu dan merindui antara satu sama lain. Tetapi apabila...