BAB 20

19 2 0
                                    

First time masuk kerja. Hati gila berdebar. Habis saja ketua kami memberi arahan dia meninggalkan kami di dalam makmal. Aku dan Alia terkial-kial melakukan tugasan yang diberi tapi Alhamdulillah ketua kami seorang yang sangat baik dan lembut, Cik Afifa Halim. Hari pertama kerja super duper best walaupun penat. Tak sia-sia Prof Lokman garang sewaktu dalam kuliah.

" Zara,jom p cafeteria. Aku lapar gila ni." Alia membuat muka seposen. Alangkah bestnya kalau aku dapat Alia jadi kakak ipar aku. Aduh aku terlupa sabtu ni birthday dia. Hadiah satu apa tak beli lagi.

" Ala cafeteria ja ka . Jom la makan kat depan Hospital lagi macam-macam ada."

" Ish ang ni. Kan kita banyak kerja lagi ni mana boleh masuk lambat. Sekarang dah pukul 1.15, pukul dua kena masuk dah, wahai intan payung." Alia memang terkenal dengan workholicnya. Sangat menepati masa. Sesuaikan dengan Abang Zaf. Sama-sama suka kerja. Pelik-pelik.

" Ang dengan Abang Zaf, dua-dua sama. Korang patut kahwin la." Muka Alia kemerahan kerana malu dengan idea Zara. Memang dia sukakan Abang Zaf tapi dia tahu yang Abang Zaf cuma anggapnya sebagai adik. Mungkin tiada jodoh di antara mereka.

" Hai girls. Saya Doktor Fahmi Aiman. You all ni kerja kat Bahagian Farmasi kan. This is my card. If anything,just give me a call." Semasa aku dan Alia tengah sedap menjamu selera. Mana datang entah Doktor Fahmi ni. Dia memberi business card kepada Alia. Mungkin dia mempunyai perasaan dekat Alia. Aku hanya tersengih bila Alia membuat muka seposen.

" Haih, dapat husband doktor la nampaknya kawan aku ni. Kompang di palu, pengantin lalu, duduk bersanding" Aku membuat lawak bodoh. Lengan aku menjadi mangsa cubitan si Alia. Alia ni memang suka cubit orang. Kalau sedap tak apa la ni habis merah lengan aku.

" Ha ha ha, so funny. Tak mau la aku. Kalau hang nak tau doktor Fahmi tu. Doktor buaya darat panggilan dia. Semua perempuan dia nak try. Tadi Nurse Fatin Bagi tahu aku." Kalau nak Bandingkan Doktor Fahmi dengan Abang Zaf macam langit dan bumi. Hensem lagi Abang Zaf aku. Tapi Alia, dia tak suka kau. Tolong sedar sikit. Alia hanya mengeluh.

" Ala melawak ja la. Aku tahu la tadi akak Fahada pun ada bagitahu. sebagai nasihat dia kata. Dia tak tau ka aku dah kahwin. Aku pun kahwin dengan spesis macam Doktor tu jugak." Zara mencebik bila ingatkan suaminya yang juga di gelar buaya darat di universiti dulu. Apa dia buat sekarang ni. Kalau pasangan suami isteri lain mesti dah pergi lunch sama-sama. Zara pun mengeluh.

" Yang kau mengeluh sama tu kenapa. Akak Fahada mana pula?" Tanya Alia yang kebingungan.

"Adoii,la kau ni. Akak Fahada la. Diakan tadi yang tengah periksa ubat tu dalam makmal. Pelupa la kau ni." Alia bangun untuk membeli makanan di kaunter.

****

Iphone Zara berbunyii. Nama Abang Ngok Ngek di skrin. Bibir Zara tersenyum.

" Assalamualaikum, Wahai kekanda yang di Melaka . Ada apa menghubungi adinda, wahai kekanda." Alia terus mengangkat muka bila dengar perkataan kekanda. 

" Tak payah nak adinda, kekanda sangat la kan. Macam mana hari pertama kerja okey tak? Kena marah dengan ketua ke tak. Awak tu dah la pemalas and degil." Zaf memang suka mengusik adiknya. Adiknya adalah tanggungjawab dia. Jadi dia mahu yang terbaik untuk adiknya.

" Tolong sikit eak. Jangan tak percaya, adik ni pekerja kesayangan tahu. Kenapa call ni tak kerja ka? Ha, cerita dia ada Doktor Handsome ni tengah mengorat Alia" Zara cuba membuat Abangnya cemburu. Tetapi Abang Zaf seakan tidak peduli.

" Ye la tu adik ku sayang. Abang nak beritahu ni yang Abang akan balik Penang, Khamis ni. Abang ambil cuti seminggu. Kamu beritahu suami kamu tu. Hari sabtu Abang nak buat makan sikit. Ha, bawa Alia sekali." Zaf sudah nekad untuk melamar Alia. Dia tak mahu bercinta sebelum kahwin. Kalau Alia tak setuju dia terima. Dia bukan jenis yang memaksa dan berita daripada Alia tidak dipedulikan kerana itu adalah privasi Alia.

LIFE ISN'T A FAIRY TALEWhere stories live. Discover now