Am turun ke tingkat bawah. Di atas meja tersedia nasi goreng, telur goreng dan air teh. Zara baru keluar dari dapur. Am berasa bersalah tentang peristiwa pagi tadi. Zara menyenduk nasi goreng ke atas pinggan Am. Dia duduk di sebelah Am dan terus menjamu selera tanpa bercakap walaupun sepatah.
" Saya nak minta maaf pasal tadi. Saya tak buat apa pun kat awak. Awak jangan risau." Am melihat Zara yang masih membatu. Dia tahu Zara masih marahkan dia. Tetapi Am tidak sedar yang dia sendiri telah menukar bahasa dirinya dengan Zara.
Selesai Am makan. Dia bangun untuk meletak pinggannya dia sinki. Dia terus naik ke tingkat dua. Zara hanya melihat suaminya itu. Dia masih marah dengan sikap Am. Dasar lelaki buaya darat.
Zara naik ke tingkat atas untuk bersiap ke Kolej. Am sudah berangkat ke pejabat dengan kereta Mercedes sport. Am ada dua kereta iaitu Mercedes sport dan Ferrari berwarna hitam. Mana perempuan 'pisau cukur' tak terpikat. Walaupun dia berkahwin dengan suami yang terkenal dan jutawaan tetapi dia tak pernah merasa kemanisan rumah tangga. Zara mengeluh.
****
Tepat pukul 8 pagi. Am sudah sampai ke perjabatnya. Dia segera berjalan ke lif VIP untuk ke tingkat 30. Paginya hari ni rosak dengan perangai Zara. Tetapi Am amat terkenal dengan sikap yang pandai membahagikan antara kerja dengan peribadi. Sebab itula semua pekerja selesa dengan Am walaupun dia bukan la seorang majikan yang peramah.
" Well come back, pengantin baru. Tahu la kena tinggalkan isteri tapi jangan la muka monyok ja." Dia harus terima hakikat yang Zara sudah menjadi milik kawan baiknya. Dia tak mahu sebab obsess dengan perempuan sehingga persahabatannya terputus.
" Kau diam la. Dah la wedding aku pun tak pergi, banyak bunyi pula. So macam mana pasal setiausaha aku tu? Dah dapat ka belum? Nanti petang kita pergi melawat kak Maria. Kau teman aku ye." Dia malas hendak bercakap tentang Zara. Dia tahu Hakim tidak menghadiri majlis perkahwinannya sebab Zara.
" Ala nak ungkit pula. Sorry la aku ada hal kan. So terpaksa la pergi outstation. Oh ya, aku dah dapat. Dia dah start kerja dua hari lepas. Nama dia Rozita Amanda. Umur 23 tahun. Dia ada pengalaman dan dia pun cepat belajar. Tapi belajar sampai SPM ja.
Kontrak dah ditandatangani. Dia akan jadi setiausaha kau selama tiga bulan. Aku on ja. Nanti kita singgah beli hadiah untuk baby kembar tu." Hakim kagum dengan Rozy yang cepat belajar dan sopan.
" Mudanya 23 tahun. Boleh kerja ka? Jom la kita bincang dekat office aku." Am segera melangkah pergi ke bilik pejabatnya. Dia mahu melihat setiausaha barunya itu. Mata Am dan Hakim membutang melihat pakaian Rozy yang hanya memakai skirt merah dan baju putih yang boleh melihat susuk tubuh badannya.
" Good morning, bos, Encik Hakim. Nama saya Rozita Amanda. Saya akan jadi setiausaha yang terbaik untuk Encik Am." Rozy senyum bila melihat Am. Akhirnya impian dia tercapai iaitu memiliki Am. Sejak pertama kali berjumpa di Toy R Us, dia ingin merampas Am. Am terus masuk ke biliknya tanpa senyuman di bibir.
" Hakim, aku dah cakap yang aku tak mahu perempuan yang miskin sampai pakaian pun tak cukup kain. Apa ni Hakim?" Am geram dengan apa yang dilihatnya. Dia terkejut dengan setiausaha barunya itu. Tetapi kenapa macam pernah jumpa.
" Am, aku minta maaf weyh. Tapi serious masa dua hari lepas. Dia pakai baju kurung ja dan masa temuduga tu lagi la. Sopan gila weyh. Kalau kau tak percaya cuba kau tengok video temuduga tu." Dia pun pelik melihat Rozy yang berubah 360 darjah. Rozy masa datang mula kerja dulu macam perempuan kampung .Lemah lembut dan sopan santun. Sebab tu dia tidak teragak-agak mahu mengambil Rozy.
YOU ARE READING
LIFE ISN'T A FAIRY TALE
RomanceEngku Fahad Irham dan Azzahraa Kayla ibarat angin dan ribut. Pasti akan bergaduh dan bertikam lidah akibat ego masing-masing. Tanpa mereka sedar mereka merupakan kawan baik ketika kecil-kecil dahulu dan merindui antara satu sama lain. Tetapi apabila...