prolog

14.6K 330 10
                                    

Beberapa minit kereta dibehentikan di pinggir jalan, lelaki itu terus-menerus membuang pandangan ke luar tingkap kereta. Atau lebih tepatnya, sekarang ini dia sedang memerhatikan gerak-geri gadis yang baru sahaja keluar dari kereta proton merah di seberang sana.

Apa dia buat dekat situ?

Bersendirian di pusat beli belah yang kelihatan suram dan gelap itu?

Dia tak tengok berita semalam ke?

Cermin mata hitam yang tergantung ditanggalkan. Mata dipicingkan untuk melihat gadis itu. Wajah gadis itu berkerut. Mungkin dia sendiri bingung kenapa suasana pusat beli belah itu begitu hening dan sunyi.

Sah, dia tak tengok berita!

Gadis itu mula melangkah masuk ke dalam. Dia pula hanya memerhati dari jauh. Dan bila beberapa minit gadis itu tidak keluar juga, dia sudah rasa tak sedap hati. Lantas, kereta dipandu menuju ke pusat beli belah tersebut.

Seusai tiba, dia terus mencari pintu masuk di mana gadis itu gunakan. Namun, langkahnya mati sebaik sahaja telinga menangkap bunyi perbualan antara dua pihak di suatu sudut dinding. Perempuan dan lelaki.

"Nah, upah."

Upah? Apakah semua ini?

Perempuan itu menyodorkan sejumlah wang kepada lelaki itu. Lelaki itu pula tersenyum sinis sembari menerima wang tersebut.

Dahinya berkerut. Senyap-senyap, wajah kedua orang itu diintip. Seketika, matanya meluas.

Banyaknya duit!

Kenapa mereka ada di sini? Dan perempuan itu... siapakah dia?

Gerak-geri mereka terus diperhati. Telinga pula dipasang bagi mendengar setiap isi perbualan mencurigakan dua orang itu.

"Malaikha Amanda."

Sebaris nama yang terpacul dari mulut perempuan itu membuatkan dahinya bertaut.

Siapa pula Malaikha Amanda ni?

"Aku dah bagi kau orang upah. Jangan pura-pura lupa pula apa yang aku dah suruh." Perempuan itu melangkah setapak dengan cukup angkuh."Belasah perempuan tak guna tu cukup-cukup."

Si penerima duit tadi mengangguk seraya tersenyum senget. Dia berdehem lalu bertanya, "Malaikha Amanda. Kenapa kau benci sangat eh perempuan tu?"

Perempuan itu berdecak. Matanya menjeling sebal.

"Perempuan tak guna tu dah rampas segalanya! Disebabkan perangai acah baik dia tu lah semua orang suka kat dia. Ayah aku pun dah terkena perangkap dia. Kau tahu?!" Geram sahaja hatinya bila teringatkan wajah polos itu tersenyum. Macam tak ada masalah langsung!

Lelaki itu sinis tersenyum. "Bijak juga kau ni, kan?"

Perempuan itu angkat kening. Kemudian, mencipta senyuman sambil mengibas rambut perangnya ke tepi.

"Well... Ini Laura lah. The most beautiful girl with an intelligent brain in here." Sempat dia memuji diri sendiri.

Laura? Nama itu dihadam dalam otak.

"Apa-apapun..." Sinis.

"Aku tahu perempuan tu ada kat dalam. So, kau tahukan apa yang patut dibuat?"

Jantung berdetak kencang saat telinga mendengar ayat terakhir perempuan tak dikenali itu.

Perempuan tu ada kat dalam? Adakah gadis tadi yang dia maksudkan?

Kepala dikeleng. Firasatnya benar-benar dapat merasa sesuatu yang tak kena.

Dengan langkah seribu, dia langsung meluru ke pintu masuk pusat beli belah itu. Saat berada di dalam, mata melilau ke setiap pelusuk tempat.

Macam mana ni? Terlalu banyak kedai. Mana gadis tu berada?

Tiba-tiba, kedengaran bunyi seseorang menjerit. Kuat dan seperti sedang menahan kesakitan.

Itu dia! 

Dengar macam dari arah pasaraya. Baiklah!

Tanpa membuang masa, kaki terus diatur pantas menuju ke sumber suara tersebut.

Saat dia sudah berada di dalam pasaraya, kepala ditoleh ke kiri kanan. Mencari di mana susuk itu berada.

Tak semena-mena, suara itu menjerit sekali lagi. Tapi kali ini bersertakan tangisan yang amat memilukan.

Rahang diketap kuat. Dia pernah melihat kekejaman depan mata. Dan sekarang benda berulang kembali?

Tak boleh jadi! Kekejaman telah berlaku. Dan keadilan perlu dilakukan!

To be continue🕊


Attention!

Cerita ini adalah spin off karya kedua saya, Isi Hati Erina Wardah. Story line yang terkandung dalam cerita ini hanya rekaan semata-mata dan berasal dari perahan otak author sendiri. Dan terlebih awal saya nak minta maaf kalau penulisan saya ni banyak typo dan terdapat ayat tak seberapa nak ok sangat. Biasalah tu. Faham-faham ajelah, okay? hehe. Saya pun masih dalam proses memperbaiki cara menulis. Doakan aje yg terbaik.

Apa-apapun, enjoy and happy reading!

- SM

| C | CARLO : THE SILENT DESTINYWhere stories live. Discover now