Bab 51

3.9K 162 8
                                    

"We're arrived." ucap Laura sebaik sahaja dia memberhentikan kereta yang dipandu.

Laura menoleh. Tersenyum dia tatkala melihat wajah Carlo yang sedari tadi hanya berkerut-kerut, bagaikan sedang menahan sesuatu.

'Dah berkesan agaknya ubat tu.' Laura mengukir senyuman dalam diam. Rancangannya bakal berhasil tak lama lagi.

"Where are we?" soal Carlo bersama tangan yang sejak tadi hanya menempel di dahi. Sesekali pelipisnya diurut buat buang rasa pening kepala.

Carlo memicing mata. Dia tak tahu mana Laura bawa dia sekarang ni, tapi yang dia nampak dihadapan matanya sekarang ni hanyalah sebuah rumah usang namun cukup mewah kalau diteliti dengan baik.

"Heaven." ucap Laura, perlahan. Smirk.

"Pardon?" Carlo menoleh.

"Nothing. Jom turun." Cepat-cepat Laura turun dari kereta, sikit lagi mahu tertangkap curiga dia oleh Carlo.

Carlo yang melihatnya hanya diam. Figura Laura yang sudah berada di luar kereta dipandang. Tak tahu kenapa, kepalanya terasa berdenyut semacam sejak tadi. Luar biasa sakitnya. Macam mahu pecah pun ada. Bukan sahaja itu, badannya juga tiba-tiba rasa berbahang. Panas sehingga keluar keringat di dahi dan belakang lehernya.

Beberapa detik berlalu, Carlo akhirnya keluar dari kereta. Laura didekati sebelum dengan spontan, dia merungkaikan tali lehernya di hadapan Laura.

Laura yang melihatnya tertegun. Diam. Air liur yang ada diteguk perlahan. Jantungnya mula berdebar gila tatkala melihat aksi Carlo.

Carlo...

Benar-benar dikuasai ubat.

He looks so hot...

"Laura..."

Oh god...

Bila dengar suara Carlo, Laura langsung menoleh. Dia hanya menyembunyikan senyuman bila sekali lagi, Carlo bagaikan hanyut dalam dunia sendiri. Butang atas bajunya dibuka satu.

"Panas." Itu yang Carlo kata.

Bagaikan baru tersedar, Laura langsung menarik lengan baju Carlo.

"Hari ni cuaca memang panas sikit. Jomlah kita masuk dulu."

Mahu tak mahu, Carlo hanya menurut. Kaki melangkah masuk ke dalam rumah usang itu. Bila sudah berada di dalam, keadaan sekeliling langsung dipandang.

Macam yang dia kata tadi, usang. Nampak lama dan sudah berhabuk keadaannya. Macam dah lama tak berpenghuni rumah ni. Ada lah sedikit perabot, tapi tidak lah banyak mana. Suasana pun gelap. Lampu-lampu yang ada kebanyakkannya ada yang dah pecah dan ada juga yang masih elok tetapi malap. Kalau diperhati, macam rumah orang putih dalam movie horror pula.

Dalam keadaan begini, Carlo jadi tertanya-tanya. Kenapa Laura bawa dia ke sini?

Laura pandang Carlo yang sejak tadi hanya memerhati keadaan sekeliling. Tak cakap pun tapi Laura dapat rasa yang Carlo pasti tertanya-tanya, kenapa dia bawa lelaki tu ke sini.

Laura mendekati Carlo bila Carlo kelihatan bagaikan cacing kepanasan saat ini. Menepis keringat di dahi. Mengeliat macam tak selesa.

"Are you okay, Carlo?" soal Laura, buat-buat risau. Dia mahu menyentuh Carlo tetapi lelaki itu terlebih awal melangkah setapak ke belakang.

"Yes, i'm okay. Can you just tell me, kenapa kita ada di sini?" Carlo kembali ke tujuan asal. Mata bertentang mata. Entah kenapa, telinganya tiba-tiba sahaja terasa berdesing. Bagaikan mendengar ada satu suara menangis.

| C | CARLO : THE SILENT DESTINYWhere stories live. Discover now