Bab 31

3.6K 193 19
                                    

Misi bermula...

Tepat sahaja kereta terparkir di hadapan rumah besar itu, Carlo menarik gear berhenti. Dia menoleh, memandang Laura yang duduk di kerusi sebelahnya.

Laura tersenyum simpul.

"Thank you hantar I balik." ucapnya seraya menyelip sedikit rambutnya ke belakang telinga.

Carlo mengangguk sekali sebelum beralih memandang rumah di hadapan mereka itu. Rumah ini...

Tiba-tiba hatinya berdebar kencang. Teringatkan bahawa gadis yang begitu dia sayang dan cintai itu ada di rumah di depan dia kala ini membuatkan dia rasa hendak menjerit, memanggil nama gadis itu.

Ah rindunya dia!

"So... you tinggal dekat sini?" sengaja Carlo bertanya.

Laura menoleh dengan kepala yang terangguk sendiri.

"Ya. Kenapa? You nak join I masuk ke? Alang-alang, boleh lah I kenalkan you dengan keluarga I." seloroh Laura, bergurau.

Carlo menjongket kening sebelum bibirnya tersenyum senget.

"Can I?" soal Carlo dengan suara sedikit meleret.

Laura tergamam. Matanya terkebil-kebil, susah nak percaya.

"You nak ke?" soal Laura, separuh menjerit.

Carlo tergelak halus. Atau boleh dikatakan, ketawa yang keluar dari celah bibirnya itu sengaja dibuat-buat.

"Hmm..." Carlo menggeleng dengan senyuman yang tersungging di wajah.

"Not today. Hurmm... Maybe one day. I guess?" Ya, mungkin suatu hari dia akan masuk ke dalam. Bila masa itu tiba.

"Oh god. Sure!" Laura lebar tersengih.

Carlo pandang Laura sebelum pandang depan semula.

"Mana lah tahu ayah you berkenan nak jadikan I menantu." Menantu untuk kakak you. Carlo tersenyum.

Sekali lagi, Laura tergamam. Kenapa dengan Carlo hari ini? Nampak gaya, memang senang lah kerja dia nak tarik hati lelaki ni lagi. Lagipun dia dah rasa Carlo dah jatuh suka dengan dia.

Carlo menyeluk masuk tangannya ke dalam kocek sebelum mengeluarkan telefonnya dari sana. Nombor Laikha dicari. Bila jumpa langsung sahaja Carlo dail tanpa menghiraukan Laura disebelah.

Laura hanya memerhati sebelum terasa ada getaran di dalam begnya. Lantas, IPhone 13 yang berbunyi itu dikeluarkan sebelum mata mengerling skrin yang tertera sebaris nama. Bukan nama, tapi lebih kepada... panggilan?

My Future 🤍

Laura terbungkam sebelum bibirnya tiba-tiba tergelak. Menyindir.

"My Future?" Laura mendengus dengan mulut yang herot menyinis. "Dah pandai budak tak guna ni bercinta dengan jantan."

Mendengar itu, Carlo terkedu. My Future? Itu bukan ke nama yang telah dia tetapkan dalam telefon Laikha?

Carlo menoleh ke arah Laura yang sudah pun mematikan panggilan tersebut. Wanita itu kelihatan puas hati. Seronok tersenyum senget. Sedangkan dia sudah pun diselubungi dengan rasa geram yang membuak-buak.

Patutlah Laikha tak hubungi dia! Semua benda perempuan ni nak ambil... termasuk telefon Laikha juga rupanya!

Carlo tahan diri daripada menunjukkan ekspresi marah. Wajah santai ditayang. Dada yang berombak akibat geram tadi, ditenangkan kembali. Sabar...

"Ada juga lelaki yang nakkan dia rupanya..." Laura tiba-tiba bersuara. Perlahan sahaja, namun tajam dipendengaran telinga Carlo.

'Mestilah ada.' Carlo menjawab dalam hati. Mata dikatup rapat. Mengharap kalau-kalau bila dia membuka mata, wajah Laikha tiba-tiba datang memenuhi bingkai mata.

Namun hampa. Sejak tadi, tiada pula dia nampak kelibat Laikha di mana-mana. Kah Laikha dikurung lagi?

Arghh!

Carlo mula rasa tak sedap hati. Sepantas itu, kepala digeleng-geleng. Firasat negatif berusaha dibuang jauh-jauh. Dalam hati dia memanjatkan doa. Semoga Laikha tak apa-apa.

Ya Tuhan, tolong lindungi gadis bernama Malaikha Amanda itu...

"Carlo?"

Suara Laura menyontakkan Carlo. Cepat-cepat dia membuat muka biasa sebelum beralih memandang Laura.

"Sorry, you ada cakap apa-apa ke tadi?" soal Carlo.

"I kata, you okey tak ni?" Wajah Carlo direnung dalam-dalam.

Carlo mengukir senyuman. Angguk.

"I okey. Don't worry." jawabnya bersahaja.

Mendengar itu, Laura mengangguk.

"Okay la kalau macam tu. I pergi dulu. Again, thank you untuk hari ni. Honestly, I gembira sangat. See you again, Carlo. "

Carlo hanya mengangguk sebelum membiarkan susuk Laura bolos dari perut kereta. Tanpa disedari, ada sepasang mata sedang memerhati dengan wajah yang berkerut sejak tadi.

Langsir tingkap di bilik itu diselak sedikit. Kepala ditekur. Mata pula jauh memandang kereta hitam yang berhenti di luar rumah.

"Laura keluar dengan siapa?" Tanpa sedar, bibir Laikha berbicara sendiri. Perlahan.

Kali ini, mata dipicingkan. Dahi usah cakap la, berkerut teruk saat melihat kereta hitam itu.

"Kenapa kereta tu nampak familiar?" Mata Laikha masih kaku melihat benda yang sama.

Sampailah kereta itu hilang, dia akhirnya kembali duduk di birai katil. Sekeliling bilik itu ditatap kosong.

Bosan duduk, Laikha kembali bangkit dan perlahan-lahan, mengatur langkah ke cermin. Laikha tersenyum kelat saat melihat kesan luka merah di wajahnya. Pergelangan tangan yang selama ini putih juga kelihatan berbalam-balam.

Terimalah hakikat bahawa hidup kau takkan pernah jadi seperti dunia fantasi Laikha!

"Aduh..." Laikha berdesis. Spontan, tangannya naik memegang kesan luka di kepalanya itu.

Mengeluh.

Tanpa diminta-minta, pelupuk matanya bertakung. Semakin lama semakin memberat dan akhirnya, Laikha tewas dengan air mata sendiri.

Tubuhnya melorot jatuh. Bahunya pula terhinjut-hinjut menahan esakan demi esakan.

"C...carlo." lirih Laikha tiba-tiba.

"Maafkan saya, Carlo." katanya lagi.

Wajahnya dibenamkan diantara lutut. Mata dikatup rapat, bibir bergetar-getar ingin meluah...

"Saya rindu awak, Carlo."

To be continue🕊

| C | CARLO : THE SILENT DESTINYWhere stories live. Discover now