Dengan langkah longlai, Laikha keluar dari biliknya. Wajahnya jelas menampakkan dia sedang kusut, tapi Laikha tetap manpu tersenyum setiap kali berhadapan dengan semua orang. Lagi-lagi...
Ayah.
"Laikha?"
Langkah kaki Laikha serta merta mati tatkala mendengar namanya dipanggil. Dia menengadah, terpampang jelas wajah ayah yang kelihatan risau.
Risaukan dia.
Perlahan-lahan, Laikha mengulum senyuman nipis. Tidak mahu ayah melihat kekusutannya.
"Ayah..." sahutnya lembut.
Ayah berjalan, menghampiri Laikha yang masih diam membatu. Wajah gadis polos itu dicari. Ada sesuatu yang tak kena.
"Laikha okey?"
Zup!
Laikha terkedu. Beberapa detik dia begitu sebelum mulutnya kembali berbuka.
"Apa maksud ayah?" soal Laikha, sayu.
Ayah senyum dan menggeleng kecil.
"Tak ada lah. Cuma, ayah rasa yang Laikha macam ada sesuatu nak bagitahu. Something. Betul ke?" Dahi ayah bertaut dengan matanya memicing curiga ke arah Laikha.
Air liur diteguk sekali. Gulp!
Adakah dia patut beritahu tentang kejadian hitam itu kepada ayah atau tidak? Ataupun tentang...
Laikha mengangguk. Ya, ada sesuatu yang dia nak tanya dan bagitahu ayah. Baru dia ingat. Tentang itu.
"Hmm?" Kening ayah terjongket naik.
Belum sempat berbuat apa-apa, Laikha terlebih dahulu mengamit ayah pergi ke beranda luar yang terdapat di tingkat itu. Kerusi yang ada ditarik. Tanpa disuruh, ayah langsung melabuhkan punggung di atas sana. Diikuti Laikha.
"So...?" Ayah masih setia menanti.
Laikha menarik nafas dalam-dalam. Mencari kekuatan yang hilang semenjak dua menjak ini. Bismillahiramanirahim...
"Ayah..."
"Hmm?"
Bawah bibir, dikemam kemas. Takut pula dia nak tanya, tapi dia perlu mendapatkan pandangan ayah. Biarpun ayah bukan ayah kandungnya yang sebenarnya.
"Apa pandangan ayah kalau Laikha kahwin?" tanya Laura, sedikit menunduk.
Bila dengar itu, mata ayah membuntang. Terkejut mendengar penyataan yang baru keluar dari mulut mungil itu.
Tanpa sedar, bibir tersenyum.
"Laikha dah calon ke ni?" usik ayah, bercanda.
Automatik, pipi Laikha membahang. Merah teruk. Sepantas kilat, wajah dikalih ke tepi. Malu!
Ayah ketawa, halus. Dia menggeleng sebelum kembali berdehem singkat.
"Kalau Laikha nak kahwin, ayah dah tak boleh halang. Mungkin, dah tiba masanya ayah lepaskan amanah ni kepada bakal suami Laikha." Ayah senyum, lembut.
Bergenang birai mata Laikha mendengar. Sebak terasa hatinya. Berat pula rasa hendak melepaskan ayah.
"Jadi...bila Laikha nak bawa bakal menantu ayah jumpa ayah ni?" Suara ayah berubah ceria. Sengaja mahu mengusik dan menceriakan suasana.
Sedu-sedan Laikha terhenti, berganti dengan sebentuk senyuman yang tersangatlah manis dilihat.
"Makna...ayah setuju?" tanya Laikha berhati-hati.
![](https://img.wattpad.com/cover/303981229-288-k969871.jpg)
YOU ARE READING
| C | CARLO : THE SILENT DESTINY
Romance'Let go of your fears of starting over' || Known as Carlo Revino, Han Dylen's Bodyguard Malaikha Amanda. Gadis yang hidup sekadar menumpang di rumah mewah namun tak ubah seperti penjara dunia. Dipukul, didera, dimaki. Apa sebenarnya salah dia sampai...