'What?!'
Melihat susuk Laikha yang sedang duduk di sofa ruang tamu bersama dengan ayah, mama dan Kak Pah itu membuatkan Laura cuak.
Langkah turun ke tingkat bawah semakin dilajukan. Sebaik sahaja Laura mendekat, susuk Laikha ditatap atas bawah.
Berbeza.
Alis Laura naik meneliti.
'Lain macam Laikha lepas hilang. Ingat dah mati. Rupanya masih wujud pula perempuan sampah ni.' gumamnya dalam hati. Benci.
Bila sedar diri hanya tercegat tak buat apa-apa, Laura terus buka pentas lakonan.
"Oh god!" Laura menekup mulutnya dengan mata yang sedikit meluas.
"How long and finally..." Laura menggeleng.
"Where did you go, Laikha? You tahu tak I rindu gila dengan you." ucap Laura, buat-buat sedih.
"I miss you..."
"...sister." sambung Laura dengan mulut yang terkumat-kamit tanpa suara. Sinis.
Laikha tertunduk tatkala melihat renungan Laura yang bersinar garang. Dia tahu kata-kata yang keluar dari mulut Laura itu cumalah sekadar lakonan dan sindiran buatnya.
Norman menggeleng melihat lakonan anaknya itu. Sangat tak ramah.
Beliau kembali menghalakan pandangan ke arah Laikha. Jujurnya, terkejut sampai tak terkata dia bila melihat anak itu tiba-tiba muncul di hadapan rumah sebentar tadi.
Mahu tak marah dia. Tapi sekelip mata saja amarah itu luntur kerana rasa syukurnya. Ya, dia bersyukur. Setidaknya Laikha kembali dengan keadaan yang selamat.
"Laikha pergi mana?" Sesi soal dimulakan.
Laikha mengangkat wajahnya dengan mata yang menatap satu persatu wajah yang ada. Bibirnya diketap-ketap.
"L...Laikha..."
Belum sempat Laikha ingin menyambung bait bicaranya, Laura terlebih pantas memotong.
"Ini mesti keluar dengan jantan." kata Laura sengaja menjadi batu api.
Laikha terkedu. Lidahnya kelu hendak menjawab. Dia juga tidak tahu, adakah apa yang Laura cakap itu sebuah tuduhan atau kenyataan?
Keluar dengan jantan?
Laikha menggeleng. Dia tak minta pun semua ni. Selepas kejadian hitam yang menyebabkan dia ditahan di hospital itu, datang Carlo yang sudi membantunya tanpa dipinta.
Sudahnya, satu keluhan terbit dari bibir tipis itu.
Laura langsung tersenyum senget.
"See? Betapa murahnya you ni, Laikha. Sanggup you keluar dengan jantan tanpa pengetahuan semua? Kenapa? You nak lari dari rumah ni ke?" makin galak Laura menfitnah.
Laikha menggeleng-geleng kepalanya. Matanya ralit memandang wajah Norman dengan tatapan semoga beliau mempercayainya.
"Betul ke, Laikha?" soal Norman bernada kecewa.
Laikha menggeleng lagi. Setitis air matanya sudah selamat jatuh membasahi pipi.
"Tak ayah. Laikha tak macam itu. Laikha ada sebab kenapa semua ni terjadi."
YOU ARE READING
| C | CARLO : THE SILENT DESTINY
Romance'Let go of your fears of starting over' || Known as Carlo Revino, Han Dylen's Bodyguard Malaikha Amanda. Gadis yang hidup sekadar menumpang di rumah mewah namun tak ubah seperti penjara dunia. Dipukul, didera, dimaki. Apa sebenarnya salah dia sampai...