Bab 47

3.4K 136 5
                                    

Ya Allah, apalagi yang dia tak puas ni? Tak cukup lagi ke apa yang dirinya dah korbankan?

"Last warning aku nak bagitahu dekat kau. Kau jangan berani nak dekat dengan Carlo lagi. Tak kisah lah bila, yang penting aku tak nak kau bertembung dengan dia lagi. Faham?" Jari telunjuk Laura lurus menuding muka Laikha.

Laikha mengeluh dalam diam. Sumpah, Laikha rasa penat sangat. Lagi penat daripada kena paksa untuk cuci pinggan mangkuk berbakul-bakul. Setidaknya fizikal boleh rehat, tapi otak?

Laikha pejam mata untuk seketika. Memikir. Apa lagi yang dia dah buat. Semua benda dia dah mengalah. Sampai Carlo pun dia sanggup lepaskan.

Kadangkala dia sendiri hairan, macamana Laura ni boleh kenal Carlo?

Haa tak payah fikir. Laura memang tak mustahil kalau bab-bab terjumpa lelaki kacak ni. Hmm mungkin juga Laura pernah pergi hotel tu. Lepas tu terserempak dan berkenalan dengan Carlo. Lepas tu berhubungan, kemudian rapat.

Eh kejap. Kalau ya pun, kenapa selama bersama dengan Carlo sebelum ni lelaki itu tak pernah sebut pun nama Laura? Tak silap Laikha, dia juga pernah sebut nama Laura banyak kali waktu berbual dan meluah dengan Carlo. Takkan tak sedar kut?

Perlu ke dia ambil tahu atau biarkan sahaja persoalan itu tergantung sepi seperti lagu Haqiem Rusli tu?

"Kau ada jumpa Carlo?" soal Laura, berpeluk tubuh.

Laikha menggeleng. Tak ada.

"Kelmarin?"

Geleng.

"Dua hari lepas?"

Geleng lagi.

Laura tarik senyuman sinis.

"Good. Aku harap kau tak gatal sangat nak jumpa lelaki tu. Ingat sikit ya. Lelaki macam Carlo tu memang tak layak dengan kau. Satu dalam sejuta. Bagai langit dengan bumi kalau nak dibandingkan dengan kau yang zero ni." Tubuhku dikerling atas bawah.

Judgemental!

Sakit? Hmm....Tak pun sebenarnya. Kenapa? Sebab aku dah biasa dihunus dengan beribu-ribu kata menyakitkan hati macam tu. Sindiran. Makian. Semua tu dah imun dengan aku. Dan satu lagi sebab aku memang dah sedar dengan diri sendiri.

Carlo dan aku?

Padankah?

Sesuaikah?

Bahagiakah?

"Wait until the time comes, he will be mine." Sinis.

Laikha telan liur yang terasa kesat sebaik sahaja dengar kata-kata itu keluar dari mulut Laura. Nampak bersungguh dan serius. Berganda rasa gabra Laikha kejap.

"Ah!" Laura menyebak rambutnya. Senyuman di bibir semakin lebar.

Laura melangkah ke katil sebelum melabuhkan punggungnya di atas sana. Wajah Laikha dipandang. Senyum lebar.

Berkerut dahi Laikha melihatnya. Kenapa dengan Laura ni? Jarang-jarang senyum macam ni.

"K...kenapa?" soal Laikha, memberanikan diri.

"Carlo..." balas Laura tiba-tiba.

Laikha menelan air liurnya sebaik sahaja nama itu disebut Laura. Carlo? Kenapa dengan Carlo?

Sedaya upaya Laikha tayang wajah biasa, tak berperasaan.

"Kau nak tahu..." Nada suara Laura tiba-tiba berubah teruja.

'Kalau kakak tak nak tahu, Laura nak buat apa?' Laikha tahan diri daripada tak menjawab.

"Semenjak dua menjak ni, Carlo nampaknya dah mula tertarik dengan aku."

| C | CARLO : THE SILENT DESTINYWhere stories live. Discover now