Bab 16

3.8K 204 28
                                    

Menu malam ni ialah steak daging. Lama daging itu ditenung. Macamlah bila ditenung daging tu boleh masuk dalam mulut sendiri. Tak, Laikha!

Jujurnya, dia tak pernah makan makanan mewah macam sekarang ni. Bukan tu sahaja, tempat macam ni pun dia tak pernah pergi. Waktu malam berhadapan dengan menara KLCC pulak tu. Cantik betul. Rasa malu pula tiba-tiba.

"Laikha? Makanlah."

Eh?

Teguran Erina terus menyedarkannya ke alam nyata.

Angguk. Lantas, pisau dan garfu dicapai. Kemudian, dengan gigih daging tersebut dipotong. Tapi punah. Kecewa betul dia. Haih... kenapa susah sangat nak terbelah daging ni?

Laikha menoleh. Seketika, dia tersenyum bila nampak Han dengan baiknya tolong potongkan daging untuk isterinya, Erina.

Bila melihat itu, bibir Laikha dikemam. Cemburu pula tiba-tiba. Entahlah, rasanya dia pun teringin nak dilayan begitu tapi dia sedar dirinya bukan siapa-siapa di sini. Kalau nak harapkan di rumah, mungkin kena tunggu gajah di zoo negara tu bersayap agaknya.

Haih...

Tak semena-mena, pinggannya ditarik. Laikha tersontak. Laju saja matanya terkalih ke arah depan. Tepatnya ke arah Carlo yang sudah mula memotongkan daging miliknya itu. Apakah? 

"Tak elok tengok pasangan sebelah tu lama-lama, Laikha. Nanti awak jealous." ucap Carlo sembari tangan ligat bekerja.

"Kalau awak nak minta potongkan daging tu juga, bagitahu aje la saya. I can help you cut it."

Usai, pinggan Laikha terus diserahkan kembali. Gadis itu kelihatan termangu. Tapi tak lama selepas tu, dia mencipta senyuman.

"Terima kasih."

Carlo membalas senyum itu. "My pleasure, honey..."

Wink!

*****

Setelah makan, mereka berborak-borak santai. Melihat keramahan Han dan Erina, Laikha jadi lebih selesa dan yang pastinya, dia rasa selamat dan tak takut. Terima kasih kepada Carlo. Sedikit sebanyak fobianya dapat di atasi.

Sewaktu sedang menadah telinga dengan cerita pasangan itu, ligat pula Laikha meneguk air minum. Haus sangat gamaknya. Dan sekarang, dia rasa macam nak terkucil pula. Aduh!

"Errr..." Ragu-ragu Laikha ingin bertanya.

Menyedari itu, mereka semua menoleh.

"Ya, Laikha? Kenapa ni?" soal Erina, menyedari dengan sikap gadis itu.

Tak sanggup nak tahan lagi, Laikha terus sahaja bertanya. Lantaklah, malu pun malu lah. Dia nak membuang ni!

"Tandas kat mana?" soalnya. Kepala ditolehkan ke kiri kanan. Gaya mencari di mana tandas berada.

Oh...

"Tandas ada kat luar." balas Erina, tersenyum.

Bila dengar itu, Laikha mengangguk. Senyuman Erina dibalas manis. Baru sahaja dia ingin bangun, Carlo terlebih dahulu bangkit dan meluru ke arahnya.

"Nak saya teman?" terjah Carlo.

Ya Allah...

Hampir saja nyawa yang ada ni rasa nak melayang. Tiba-tiba menerjah. Terkejut beruk Laikha dibuatnya. Ish, dia ni lah kan!

| C | CARLO : THE SILENT DESTINYWhere stories live. Discover now