Gembira nampak perempuan ni. Sejak tadi tak lekang langsung senyuman itu dari wajahnya.
"Why?"
"Hmmm..."
Carlo angkat kening bila Laikha hanya menggeleng. Tapi bila diperhati, lama-kelamaan bibirnya juga terkena tempiasnya. Senyum.
"Are you happy? About the kids?" soal Carlo.
Laikha berhenti. Dengan wajah cerianya, dia mengangguk.
"Gembira. Budak-budak tu nampak suka. Thank you, Carlo. Sebab awak sanggup bagi aiskrim awak juga."
Mendengar itu, Carlo mengangguk. Bibir mencipta senyuman hangat. Jujurnya, dia terharu dengan sikap gadis ini. Sudahlah suka menggembirakan orang, tak lupa berterima kasih pula tu.
"By the way, kenapa awak tak makan aiskrim?" tanya Carlo sambil kaki sibuk melangkah.
"Oh kalau sebab tu..." Laikha menggigit-gigit bibir bawahnya. Carlo yang sedar langsung bergumam.
"Hmm?"
"Kalau saya makan aiskrim, nanti gigi saya nyilu." kata Laikha sembari menyentuh pipi kanannya. Gamak macam di sanalah yang akan sakit.
"Really?"
Laikha angguk lagi. "Seumur hidup saya, hanya sekali aje saya pernah makan aiskrim. Itu pun dah tak nak makan lagi. Cukuplah. Saya dah trauma. Gigi kalau dah sakit memang susah nak tidur." ujar Laikha.
Teringat pula dia memori lama dahulu. Sewaktu ibu dan ayah masih bernyawa. Sebelum dia diambil menjadi anak angkat keluarga Encik Norman.
Laikha senyum. Cuba menutup kesedihan yang kembali menyelubungi sukma hatinya. Bagaimana dia nak ungkapkan melalui kata? Yang dia benar-benar rindu akan kasih sayang yang telah ditaburkan oleh ibubapanya suatu masa dulu. Tapi dia tahu, yang tinggal kenangan hanya tinggal kenangan. Dia harus menerima ketentuan takdir yang sudah kemas terancang.
Tidak mengapalah. Tiada orang nak pedulikan dia tapi dia yakin Allah bersamanya. Allah pasti akan hantarkan bantuan untuknya. Dan bantuan itu sudah ada depan mata.
Carlo.
"Habistu, awak tak nak cuba makan lagi ke?" Sebelah tangan Carlo menyeluk poket seluar.
"No, thanks." Hanya itu yang Laikha katakan.
Carlo mengangguk, faham. "Okay then... awak nak makan-makan apa-apa tak ni?"
Belum sempat berbuat apa-apa, dia nampak Laikha berhenti. Automatik dia juga turut menghentikan langkah.
Carlo menoleh. Laikha yang sedang ralit merenung sesuatu di sebalik kaca sebuah kedai itu dipandang. Apa dia tengok tu?
Kaki dibawa mendekati cermin kaca tersebut. Kening Carlo terjongket saat melihat pelbagai jenis kek cawan yang kelihatan sangat menyelerakan di situ.
Dia berundur dua tapak. Kemudian kepala didongak ke atas. Oh patutlah, kedai cupcake rupanya.
"Do you want it?" Carlo langsung bertanya saat mata Laikha langsung tak lepas dari memandang sejenis manisan itu. Lagi-lagi bila dia perasan leher itu dah naik turun menahan rasa. Terliur!
Laikha menoleh. "Boleh ke?" soalnya, inginkan kepastian.
"Sure. You want it?"
Mendengar itu, laju-laju Laikha mengangguk. Serius dia nak!
"Nak yang mana satu?"
"Yang tu, boleh?" Laju sahaja jari Laikha naik menunjuk kek cawan berperisa coklat yang nampak sangat mengancam nyawa itu. Kenapa mengancam nyawa? Sebab cupcake tu nampak sangat manis dan sedap hingga mampu membuatkan separuh kaki hilang.
YOU ARE READING
| C | CARLO : THE SILENT DESTINY
Romance'Let go of your fears of starting over' || Known as Carlo Revino, Han Dylen's Bodyguard Malaikha Amanda. Gadis yang hidup sekadar menumpang di rumah mewah namun tak ubah seperti penjara dunia. Dipukul, didera, dimaki. Apa sebenarnya salah dia sampai...