Seusai bermain di Molly Fantasy, Laikha dan Mark akhirnya memutuskan untuk ke Jaze's Cafe. Sebenarnya, Mark yang bawa Laikha. Katanya nak basahkan tekak dulu sekian lama berperang dengan labah-labah. Laikha pun akurkan sahaja.
"Give me one mango juice." kata Mark kepada pelayan restoran di situ.
"Laikha? Awak nak minum apa?" soal Mark pula kepada Laikha.
"Hmm apa-apa aje lah. Saya okey aje."
"Nak join macam saya?"
"Boleh juga."
Mark mengangguk. Pelayan restoran tadi dipandang semula.
"Give two mango juices yah."
Pelayan itu lantas mengangguk dan berlalu pergi.
Suasana sunyi kini menyelimuti mereka berdua. Masing-masing larut dalam pemikiran sendiri. Canggung? Tak ada lah. Cuma tak tahu nak borak tentang apa. Lebih selesa diam.
"Mark..."
"Hm?"
"Boleh tak saya nak ke tandas kejap?"
Ternaik kening kiri Mark tatkala mendengar itu. Ingin sahaja dia ketawa dengan sikap Laikha ni, tapi ditahankan sahaja dalam hati.
Sengih.
"Awak ni terlalu sopan lah, Laikha. Nak pergi tandas pun nak minta keizinan saya ke?" Mark ketawa.
"Eh tak boleh ke?" Laikha dah tayang muka cemas.
"Boleh lah. Apanya tak boleh. Tak pasal-pasal terseksa anak orang nak membuang kalau saya tak izinkan. By the way, tak perlulah minta izin macam tu. Bagitahu aje lah macam biasa."
Laikha tersengih bak kera busuk.
"Saya pergi dulu ya?" Sengih malu.
Mark tergelak lagi sebelum dia mengangguk.
*****
Laikha memandang wajahnya di balik pantulan cermin yang ada di dalam tandas. Wajahnya kusam. Bawah matanya sembab. Bibir juga nampak kering.
Tudung yang melilit di kepala Laikha baiki. Usai, pili paip dibuka dan tangan di tadah untuk membasuh muka.
Tak semena-mena, Laikha rasa sesuatu. Entah kenapa, tiba-tiba pula dia rasa tak sedap hati. Rasa macam ada sesuatu buruk bakal terjadi.
Tapi apa?
Astaghfirullah...
Laikha menggeleng. Berusaha dia abaikan bisikan hatinya yang bersangka buruk itu.
Positif Laikha!
Laikha kembali ke meja. Terlihat sudah tersedia dua gelas minuman yang mereka pesan tadi di atasnya.
"Dah?"
Laikha pandang Mark yang santai menyedut minumannya.
"Alhamdulillah dah." kata Laikha, sengih.
Mark hanya mengangguk tanpa memandang seinci pun wajah Laikha. Leher lelaki itu juga kelihatan bergerak-gerak. Macam nampak...
Resah?
Errr...
Entah kenapa, Laikha rasa pelik sekejap. Pelik? Mark ni okey ke? Hmm mungkin aku sahaja yang melebih rasa itu pelik.
YOU ARE READING
| C | CARLO : THE SILENT DESTINY
Romance'Let go of your fears of starting over' || Known as Carlo Revino, Han Dylen's Bodyguard Malaikha Amanda. Gadis yang hidup sekadar menumpang di rumah mewah namun tak ubah seperti penjara dunia. Dipukul, didera, dimaki. Apa sebenarnya salah dia sampai...