Bab 25

4.1K 203 7
                                    

Semalaman, dia menginap di rumah keluarga Carlo. Dia tak ada cara lain. Dah Carlo bagi cadangan, dia terima aje lah. Asalkan tak tinggal berdua, dah cukup bersyukur lah tu. Nanti tak pasal-pasal, ada yang... Eh?

Laikha menggeleng. Sudah cukup! Jangan nak fikir pelik-pelik. Awal lagi ni!

Kala ini, mereka semua sedang menyantap sarapan pagi di meja makan. Semua tu maksudnya ibu dan ayah Carlo, Carlo dan Laikha. Ya, hanya berempat.

Baru sehari, tak sampai dua puluh empat jam pun rasanya, tapi Laikha rasa selesa berada di situ. Layanan Alise, ibu Carlo dan ayahnya memang baik. Ramah dan suka tersenyum. Sama macam Carlo.

Terlintas juga dalam otak. Carlo ni anak tunggal ke? Tak ada adik beradik?

Laikha berfikir dalam diam. Hurm...nantilah tanya.

"We need to go now. Ada masa Carlo datang lagi." Carlo menyalam ibu dan ayahnya sebaik sahaja mereka berdiri tepat di muka pintu. Usai, dia kembali berdiri disamping Laikha.

"Assalamualaikum, aunty uncle. Laikha pergi dulu, ya?" Tak terkecuali, Laikha juga turut berbuat benda yang sama seperti Carlo. Salam.

Alise dan Qaizer, ibu dan ayah Carlo tersenyum dan mengangguk. Sebenarnya, berat juga hati mereka hendak melepaskan Laikha pergi. Bukan apa, tengok sahaja muka
Laikha, hati terus rasa tenang. Mereka dah anggap Laikha seperti anak sendiri biarpun baru sehari kenal.

"Hati-hati." Sempat ibu Carlo menitip pesan.

Carlo mengangguk.

"Oh ya, lagi satu. Lain kali kalau nak datang lagi, bawalah Araz sekali." kata Alise, senyum.

Dahi Laikha automatik berkerut tatkala mendengar itu. Araz? Siapa tu?

Terjongket kening Carlo. "Dia tak datang lagi ke?" soalnya. Pelik. Jarang-jarang budak tu tak balik.

Alise tergelak kecil. Menggeleng.

"Tak ada la. Baru aje dia balik minggu lalu. Saja aje mama nak gurau dengan kamu."

Laikha tersenyum bila melihat kemesraan ibu dan anak itu. Entah lah, tiba-tiba pula dia rasa cemburu. Kalaulah ayah dan ibunya masih ada, mesti dia juga dapat bergurau senda bersama. Tapi sekarang ni, di rumah besar yang sama sekali tiada darah daging dia itu, nak ketawa pun susah.

Carlo terkekek kecil. Menggeleng. Ada-ada saja mama dia ni. Kemudian. dia pandang Laikha. Gadis itu hanya tersenyum. Tapi senyum itu telah berjaya menggores sedikit luka di hati Carlo.

Senyum itu...

Sayu.

Carlo pejam mata buat seketika. Bermonolog dengan diri. 'Laikha...kalau suatu hari nanti awak milik saya, saya janji akan pinjamkan kedua orang ibubapa saya kepada awak. Saya tahu awak sunyi. Kurang kasih sayang dan perhatian. Jadi, sudikah awak....'

"Carlo?"

Tap!

Carlo langsung tersedar ke alam nyata. Dia menggeleng beberapa kali. Haaa sudah, dia dah mula dah berangan nak kahwin dengan Laikha!

"Hey, Carlo..." panggil Laikha bila Carlo masih tak bersuara.

Carlo menoleh. Kening naiknya sebagai tanda 'ya?'.

| C | CARLO : THE SILENT DESTINYWhere stories live. Discover now