Di pusat beli belah...
"Shh it's okay, Laikha. It's okay. Nah..."
Laikha menyambut huluran tisu daripada Mark sebelum melepaskan semua bendalir yang berada di hidungnya di tisu itu.
Hiks!
"Teruk juga broken awak ni, kan?" Mark hulur tisu lain lagi kepada Laikha.
Laikha sambut.
"Awak tak faham." Laikha menangis sepuas-puasnya. Tercalar sudah maruah dia menangis begini depan orang lain. Tempat awam pula tu. Tapi...
Dia tak tahan.
"Sorry..."
"Tak..tak apa." Laikha mengesat air matanya. Ya Tuhan, begini rupanya perasaan putus hati.
Mark diam untuk seketika. Memikirkan cara apa yang patut dia lakukan untuk mengembalikan semangat gadis di hadapan dia ini.
"Nak biskut?" Eh? Kenapa macam pelik aje?
Laikha menggeleng perlahan.
"Hmm...cendol?" tanya Mark lagi. Cuba nasib.
"Tak apa lah, Mark." Laikha dah tayang muka pasrah. Dia tahu Mark cuba nak pujuk dia.
"Sorry...tak pandai pujuk perempuan sebenarnya." Mark sengih sambil menggaru belakang leher.
Laikha senyum kecil, mengangguk. Tak apalah.
"Laikha..."
"Ya?"
"Nak tak ke sana?" Mark menunjuk ke suatu arah.
Laikha menoleh ke arah yang ditunjuk. Untuk seketika, keningnya bertaut. Wajah Mark pandang semula.
"Molly Fantasy?"
Mark mengangguk.
"Buat apa?"
"Main lah. Mana tahu dengan main dekat sana dapat hilangkan semua tekanan yang awak rasa sekarang?" kata Mark, sengaja memancing Laikha.
"Awak ingat saya ikan ke nak pancing?"
Mark tersengih. Bijak betul perempuan ni.
"Jomlah."
"Awak yang nak main, kan?"
"Mana ada."
"Habis tu?"
"Awak lah. Nak ajak awak main ni."
"Kalau saya tak nak?"
"Alaaa, jangan lah macam ni. Bukan ke awak suka tempat-tempat macam tu?" Mark dah tayang muka kesian.
Melihat muka meraih simpati Mark, Laikha akhirnya ketawa.
"Haa kan cantik tu." Mark tersenyum bila nampak bunga senyuman di wajah Laikha.
"Tak payah nak puji saya sangat lah." Laikha pura-pura menjeling.
"Auch, dia main jeling-jeling pulak dah." Mark pegang dada, acah sakit jantung lah katakan.
Sekali lagi, Laikha ketawa. Mark pula tersenyum sahaja melihatnya.
"So...should we?"
Lama Laikha hanya diam sebelum akhirnya mengangguk.
*****
"Yes!" Kuat Mark menjerit. Gembira bercampur bangga dia sebab dah menang main lumba kereta.
YOU ARE READING
| C | CARLO : THE SILENT DESTINY
Romance'Let go of your fears of starting over' || Known as Carlo Revino, Han Dylen's Bodyguard Malaikha Amanda. Gadis yang hidup sekadar menumpang di rumah mewah namun tak ubah seperti penjara dunia. Dipukul, didera, dimaki. Apa sebenarnya salah dia sampai...