Laura memerhati wajahnya di balik pantulan cermin. Gincu merah dioles, membiarkan bibirnya kelihatan merah menggoda.
Usai bersiap, dia langsung sahaja menggapai beg tangannya lalu disangkutkan pada lengan. Hari ini, seperti biasa, dia mahu bertemu dengan jejaka hatinya. Carlo.
Sudah beberapa hari Laura datang ke Hotel De' Stella. Niat nak jumpa dan ajak Carlo luangkan masa bersama. Biar nampak mesra. Dan lama-lama, bunga-bunga cinta bakal mekar di hati lelaki itu.
Laura yakin, Carlo pasti akan jatuh ke tangannya. Well...apa susah. Dia cantik. Boleh tahan ramai juga lelaki-lelaki yang beratur mahukan dia. Lekuk tubuh yang ideal dan menjadi idaman para wanita di luar sana dia miliki. Senang kata, dia mampu membuatkan lelaki tergoda melihatnya.
Tapi sejak dua menjak ini, Carlo selalu tiada. Batang hidungnya juga tak kelihatan. Nak cari bos dia pun, entah dah lenyap ke mana. Bila dia tanya staf, katanya lelaki itu sibuk.
Sibuk apa lah dia tu?
Sesampainya dia di hadapan bangunan gah lima bintang itu, Laura langsung mengorak langkah ke dalam. Jalan catwalk. Tertonjol juga mata beberapa orang lelaki melihatnya. Belahan pada skirt merah yang dipakai telah menampakkan kulit kakinya.
Seketika, mata Laura meluas. Kaki tiba-tiba terpasung saat jejaka yang dicarinya selama ini muncul.
Walaupun jejaka itu sedang membelakanginya, namun Laura yakin. Sangat yakin. Itu adalah dia.
Yes, finally!
"Carlo!"
Nampak tubuh Carlo mengeras sebelum dia menoleh ke arah punca suara itu. Dahinya berkerut. Namun tak lama, bibir perlahan membentuk senyuman.
"Laura?"
Laura yang sudah mendekat mengangguk. Lebar senyuman dia. Macam tak percaya pula kali ni Carlo ada.
Laura menyelitkan rambutnya ke belakang telinga. Carlo yang melihatnya hanya diam. Sesekali matanya mengerling tubuh Laura. Ketat dan sendat. Kain juga terbelah, menampakkan kakinya.
Cantik?
Mungkin bagi lelaki lain itu adalah nikmat. Nampak cantik dan menggoda. Sekaligus dapat menggetarkan jiwa untuk terus dibelenggu dengan nafsu semata.
Tapi tidak bagi Carlo. Baginya, itu adalah suatu yang hina. Nampak keji dan kotor. Nak lebih kasar, jijik!
"You buat apa dekat sini?" soal Carlo, tak ingin terus menerus membuang masa.
Laura yang mendengar itu berdehem seketika. Senyum diukir sekali lagi.
"Nak jumpa you." jujur.
"I?" Kening Carlo berkerut. Laura mengangguk lagi.
"I selalu datang sini. Nak jumpa you. Tapi you selalu tak ada. I perasan. Kenapa semenjak dua menjak ni you nampak sibuk?" Apa yang bermain di benak Laura akhirnya dilepaskan juga.
Riak pertama, Carlo terkejut. Sebab tak menyangka Laura selalu datang ke sini sebelum ini. Kedua, sebab alasan Laura itu.
Datang semata nak jumpa dia?
Oh...ini sungguh mencurigakan.
Tapi Carlo tetap mengukir senyuman. Manis dan menenangkan. Tiada riak terkejut mahupun mencurigakan pada wajah kacaknya. Santai saja.
"Oh, betul lah tu. I've been busy lately." kata Carlo bersahaja.
"Busy?" Laura sengaja angkat keningnya. Mahu Carlo menyambung alasannya.
YOU ARE READING
| C | CARLO : THE SILENT DESTINY
Romansa'Let go of your fears of starting over' || Known as Carlo Revino, Han Dylen's Bodyguard Malaikha Amanda. Gadis yang hidup sekadar menumpang di rumah mewah namun tak ubah seperti penjara dunia. Dipukul, didera, dimaki. Apa sebenarnya salah dia sampai...