Suasana hening kini menyelimuti kereta yang mereka naiki kini. Bosan berdiam diri, Laikha akhirnya kalih memandang Carlo yang tenang memandu. Cermin mata hitam yang tergantung di hidung mancung itu membuatkan Carlo bertambah semakin tampan.
"Apa tadi tu Carlo?" Laikha akhirnya bersuara. Fikirannya masih melayang, memikirkan kejadian beberapa belas minit lalu. Carlo dan ibu lelaki itu.
Carlo kerut dahi. Dia menoleh sekilas ke arah Laikha yang disedari tadi asyik memandang dia.
"What do you mean?" soal Carlo.
"Errr...pasal tadi tu. Mama awak kata, awak fikir tentang saya. Betul ke?" Laikha menunduk. Rasa nak tampar diri sendiri sahaja sekarang ni. Kenapa pula dia nak bangkitkan isu tadi. Kan dah malu!
Carlo termangu sebelum sekali lagi dia menoleh ke arah Laikha. Gadis itu masih menunduk. Malu gamaknya. Haih...
"Right." balas Carlo selamba.
Terbuntang terus Laikha dibuatnya. Carlo fikirkan dia?
Kepala diangkat perlahan. Oksigen yang hampir tersekat gara-gara jawapan Carlo itu ditarik masuk. Semoga sampai ke paru-paru dia.
"S...say it again." ujar Laikha dengan nada yang sedikit bergetar. Tak percaya!
Senyuman tipis tersungging di bibir Carlo. Kebetulan lampu isyarat bertukar merah, brek kereta langsung tarik. Dia menoleh, memandang Laikha lembut.
"Yes, Laikha. I'm thinking about you." 'My Future, if god destined us to be together' sambung Carlo dalam hati.
Jantung Laikha berdegup kencang tatkala kata-kata Carlo itu masuk ke dalam koklea telinga. Muka jangan cakaplah. Merah teruk!
"Strawberry girl." kata Carlo sembari tertawa melihat Laikha.
"Hah?" Dalam malu pun, Laikha masih blur. "Apa yang strawberi?"
"You." kata Carlo.
"Me?" Laikha tunjuk diri sendiri.
Carlo mengangguk. "Muka awak merah, Laikha. Merah sangat. Mungkin sebab awak putih. Jadi bila awak malu, rona dekat wajah awak tu terlalu ketara." kata Carlo dengan senyuman yang tak lekang sama sekali dari wajah.
Kan dah kata, dengan Laikha bila aje dia tak senyum!
Bila dengar Carlo berkata seperti itu, lantas tangan Laikha menarik cermin. Wajah sendiri dipandang sebelum tangannya menekup kedua belah pipi.
"Ini semua salah awak, Carlo!" kata Laikha dengan posisi yang masih sama. Malunya sampai rasa nak terjun dari kereta!
Carlo gelak.
"Well, memang salah saya pun. Kan?"
Mendengar itu, Laikha pantas menggeleng.
"Tak. Ini semua bukan salah awak!"
Aik?
Carlo berkerut bingung. Mana satu Laikha ni. Terbelit dah otak dia ni.
"Bukan salah saya? Habis tu, salah siapa?" soal Carlo lagi.
"Salah awak la!" Okey Laikha, rasanya otak kau dah tak betul ni. Otak dan jantung ni pun rasa macam dah berkongsi tenaga. Sama-sama terlalu laju. Berdebar dan hampir aje nak meletup. Arghh!
Carlo tertawa lagi bila melihat wajah kecewa Laikha. Nampaknya, Laikha sedang berperang dengan perasaan sendiri.
"Tak apa lah. Tak salah pun muka merah. Nampak comel apa? Saja lah saya nak tanya. Tak penat ke jadi cantik? Dah lah cantik, comel pulak tu. Saya yang tengok ni pun penat. Haih..." Carlo pura-pura mengeluh.
YOU ARE READING
| C | CARLO : THE SILENT DESTINY
Romance'Let go of your fears of starting over' || Known as Carlo Revino, Han Dylen's Bodyguard Malaikha Amanda. Gadis yang hidup sekadar menumpang di rumah mewah namun tak ubah seperti penjara dunia. Dipukul, didera, dimaki. Apa sebenarnya salah dia sampai...