Bab 9

4.6K 236 0
                                    

Tak sudah-sudah lagi wajahnya yang berada dalam pantulan cermin itu ditenung. Tangan pula perlahan-lahan menyentuh mata. Kemudian turun ke hidung, bibir dan berhenti di pipi. Dan sekali lagi, tubuh sendiri dipandang.

Pakaian yang membaluti tubuhnya kali ini benar-benar selesa. Biarpun pakaian kecil tadi agak besar. Tapi tidak mengapalah. Carlo mana tahu apa-apa!

Haih, malu pula bila ingat balik!

Saat dia ingin melangkah keluar, kelihatan susuk lelaki itu berada di ruang tamu. Nafas ditarik sedalamnya. Carlo yang sedang menonton rancangan televisyen itu mula didekati.

"Dah siap." Laikha melabuhkan duduk.

Carlo yang tersedar langsung menoleh. Bila susuk Laikha sudah memenuhi kornea, seketika mata Carlo meluas.

Is she Laikha?

"Kenapa pandang saya macam tu? Pelik eh?" soal Laikha bila Carlo tak lepas memandang dirinya.

Macam cicak basah ke aku ni?

"No..."

"Then?" Kening Laikha ternaik.

"Just... you look so different." Kepala Carlo sudah senget ke kanan.

"Maksud awak?" Haih, otak ni lah kan... lembab betul!

Carlo tersenyum sebelum tangan mencapai tapau makanan. Kemudian, tapau tersebut diberikan kepada Laikha.

"You look clean." kata Carlo.

"... and pretty." Kali ini, nada suaranya diperlahankan. Sengaja tak nak Laikha dengar.

"Huh?" Bersih dan apa? Itik? Eh, macam jauh aje.

"Nothing..." Carlo tayang senyum sembari menggeleng kepala.

"You must be hungry, right?" Carlo cuba mengubah topik perbualan.

Laikha mengangguk.

"Makanlah, honey..."

Baru sahaja Laikha ingin membuka bekas makan, terbantut terus tindakannya. Dia pandang Carlo dengan wajah yang sedikit cemberut. Bibir pula muncung macam itik.

"Laikha, Carlo. Laikha. Not honey." tekan Laikha agar lelaki itu mengerti. Haih...berapa kali nak cakap?

Carlo ledakkan ketawa. Kelakar pula dia tengok wajah polos itu marah. Garang. Macam kucing.

"Faham?" soal Laikha lagi bila Carlo sudah berhenti ketawa.

Sedaya upaya ditahan supaya bibir tidak tergelak lagi. Beberapa saat kemudian, Carlo akhirnya berdehem. Kepala dikeleng. Mulut pula tersenyum.

"Okey. Tapi saya tak rasa saya akan terus panggil awak dengan nama Laikha. 'Honey' is more suitable for you. Sweet. And sometime sour." Tanpa rasa bersalah, Carlo kernyit mata.

Eh?

"Errr... awak ni dah kenapa?" Dahi Laikha sudah berkerut seribu. Pelik betul dia dengan ulah Carlo yang bertukar seratus lapan puluh darjah ni. Kernyit mata pulak dia tiba-tiba. 

Carlo gelak.

"The honey is too sour. Sampai terkernyit pula sebelah mata ni."

Ya Allah, kenapa dengan kau ni Carlo? Dah terkena panahan asmara ke?

Seakan faham dengan kata-kata Carlo, Laikha akhirnya ketawa mengekek. Ada logiknya. Kalau kita makan benda masam, mata kita automatik akan terkernyit-kernyit, kan? Dan dalam ayat lelaki tu, muka akulah yang masam. Kan? Haih... Ada-ada aje lelaki depan ni.

| C | CARLO : THE SILENT DESTINYWhere stories live. Discover now