Bab 35

3.6K 176 14
                                    

Agak-agaklah Carlo ni!

Laikha menggeleng. Bukan dia tak mahu tapi tak sanggup. Banyak lagi kedai cincin yang ada, kenapa yang ini juga jadi pilihan.

"Jomlah..." Carlo memujuk.

Laikha menghela nafas panjang. Ditatap sepasang mata Carlo itu lembut.

"Mahal lah, Carlo..." Sekali lagi, Laikha menggeleng. Swarovski bhai!

"Tak apalah. Bukan selalu. Benda macam ni sekali seumur hidup aje, tahu?" Carlo cekap memberi alasan. Bijak! Tapi ada betulnya juga, hmm...

"Ye lah ye lah."

Laikha akhirnya setuju. Tersenyum gembira Carlo melihatnya.

"Tapi nanti kalau saya duit, saya ganti balik duit awak. Okay?"

Pudar terus senyuman di bibir Carlo. Seketika, dia menutup mata. Nafas panjang dihembus sebelum matanya kembali dibuka.

"No need to pay me back, honey. All mine is yours to be." kata Carlo penuh makna.

Laikha terdiam sebelum bibirnya mengulum senyuman tipis. Dengan perlahan dia berkata...

"You more than enough, Carlo." bisiknya kepada diri sendiri. Tapi tak sedar yang Carlo juga mampu mendengarnya.

Ralit mata meneliti semua cincin yang ada di dalam cermin kaca kedai itu. Dari hujung ke hujung, berusaha Laikha mencari cincin yang mana dia berkenan. Jujur, semua pun cantik. Semua pun berkenan. Cuma, harga...

Mana yang paling murah ni?

Semua pun empat angka ke atas. Hai lah...

"Hey, honey..."

Tak semena-mena, tangan Laikha ditarik lembut oleh Carlo. Automatik kaki Laikha bergerak mengikuti langkah lelaki itu.

"Try this..."

Laikha terkedu. Aik? Sejak bila Carlo pegang cincin ni?

Cincin tersebut mula bertukar tangan. Mata Laikha nampak bersinar tatkala melihat cincin itu. Satu yang boleh dia kata...

Cantik!

Dengan penuh berhati-hati, Laikha menyarungkan cincin itu ke jari manisnya. Kemudian, tangannya diangkat dan ditayang di hadapan Carlo.

"Okey ke?" Laikha cuba meminta pendapat.

Carlo melebarkan senyuman.

"Lebih dari okey, Laikha. It's perfect!" puji Carlo.

Laikha menekur, melihat jarinya yang tersarung cincin.

"Do you want it, Laikha?" soal Carlo saat melihat Laikha yang sedang mengusap cincin pilihan dia itu.

Laikha mendongakkan kepala. Matanya bersabung pandangan mata dengan Carlo. Serba-salah...

"Nak. Cincin ni cantik tapi..."

Baru sahaja Laikha ingin menyambung, suara Carlo terlebih dahulu memintas.

"Cincin ni murah je, Laikha. Saya berusaha cari yang cantik dan murah. Yang nampak manis dan sesuai dengan awak. And finally, I found it. The one that in your finger." Carlo menjuih bibirnya ke arah tangan Laikha.

Kening Laikha ternaik. "Macamana..."

"We have the same telepathy, remember?" potong Carlo dengan kening yang terjongket-jongket. Laikha terdiam.

"I know what you think. And I know what is on your mind, honey..." katanya lagi. Kali ini nada suaranya bertukar lembut, selembut baldu.

Laikha mengangguk. Otaknya tiba-tiba nakal hendak menguji Carlo.

| C | CARLO : THE SILENT DESTINYWhere stories live. Discover now