Bab 40

3.6K 164 11
                                    

"Happy?" Soalan yang dilontarkan oleh Mark itu membuat Laikha menoleh kepala.

Senyum sampai telinga.

"Happy!" balas Laikha, girang. Hatinya mula berlagu gembira. Otak pula sibuk memikirkan reaksi Carlo nanti. Wajah tampan yang tersenyum gembira. Ayat manis yang tak pernah gagal mencairkan hatinya.

Semua Laikha terbayang!

"Kenapa awak buat semua ni? I mean...bukan nak merendahkan. Tapi macam mana hanya dengan benda seringkas itu mampu membuatkan awak nampak begitu bahagia? Like now, you look so happy." tanya Mark lagi. Namun kali ini, nadanya cukup perlahan dan berhati-hati. Takut pula mengguris hati Laikha.

Laikha yang sedang elok mengatur langkah berhenti. Dia menoleh. Mendongak pandang Mark yang sedikit tinggi itu daripadanya.

Bibir Laikha naik membentuk senyuman setelah itu. Manis dan penuh ikhlas. Tiada kesan terasa hati mahupun kecil hati dengan pertanyaan Mark itu langsung.

"Saya datang daripada keluarga yang susah Mark." Tenang dan lembut ayat yang keluar dari mulut mungil itu.

Mark terdiam. Hanya merenung dan masih setia menadah telinga.

Laikha menarik nafas lagi sebelum satu senyuman diukir. Lembut.

"Tapi hidup saya berubah semenjak ibu dan bapa saya tiada. They gone. And I lived alone."

Untuk seketika, Mark nampak tergamam. Mata gadis bernama Laikha itu dilihatnya mula berkaca-kaca. Seperti sedang berperang dengan emosi agar tak menumpahkan segala butiran mutiara dari sana. Namun begitu, Laikha tetap mampu menarik senyuman.

"Saya tinggal dengan keluarga angkat saya selepas tu. Mereka kaya. Dan saya tak pernah terfikir bakal tinggal di dalam rumah semewah tu." Laikha berhenti sebelum kembali membuka suara.

"Saya bersyukur. Setidak-tidaknya, saya masih ada tempat berlindung dan diberi peluang untuk bernafas walaupun..." Laikha berhenti. Tekak dan kerongkong terasa perit untuk meneruskan kata-kata. Dia juga tidak tahu. Kenapa kala ini, terasa ringan betul mulut hendak meluah. Kepada Mark.

Lelaki yang pernah menyelamatkan dia dulu.

"Walaupun?" Berdebar-debar rasa jantung menanti.

"Walaupun tak semua ahli keluarga angkat saya tu menerima kedatangan saya." jujur Laikha akhirnya.

Mark terdiam. Malah terus mendiamkan diri. Tak tahu dia mahu membalas apa. Mulutnya bagaikan disumpah untuk terus tertutup. Dan saat ayat tadi keluar mulut Laikha, hatinya bagai dijentik sesuatu. Rasa kasihan atau prihatin? Tapi dibiarkan sahaja berlalu.

Dia harus fokus!!

"Persekitaran saya mungkin mewah, tapi tidak dengan saya. Walaupun keluarga tu kaya, tapi saya tetap tiada apa-apa. Saya tiada hak. Saya tak ada duit. Biarpun kadang-kadang, ayah bagi saya duit tapi tetap juga dirampas semula. I have no choice rather than accept it." cerita Laikha lagi.

Laikha angkat kepalanya. Kemudian tersenyum tipis ke arah Mark yang masih kelihatan pegun tak berkutik itu.

Sebuah senyuman diukir lagi. Lebih bermakna.

"Why I'm telling you this because I want you to know." Laikha mengerling sekilas ke arah beg yang ada dalam tangannya. Beg tali leher yang telah dia belikan untuk Carlo.

"Biarpun se-simple dan sekecil apapun sesuatu benda tu, saya tetap gembira. Dan sekarang awak tahu. Saya tak kaya. Duit poket pun kadang-kadang tak ada. Nak bagi hadiah untuk orang tersayang pun mustahil. Sebab saya tak ada duit."

| C | CARLO : THE SILENT DESTINYWhere stories live. Discover now