Dah masuk seminggu. Satu berita tentang Laikha pun tak dapat dikesan lagi.
Nafas berat dihembus perlahan. Mata terpejam untuk beberapa saat. Mana Laikha ni? Adakah disebabkan layanan anak dan isterinya yang begitu teruk itu membuatkan Laikha lari daripada rumah itu?
Mata dibuka. Norman menggeleng kepalanya, menidakkan. Mana mungkin Laikha sanggup berbuat begitu. Laikha tu bijak budaknya. Dia takkan pernah bertindak melulu dalam membuat keputusan. Mesti ada sebab disebalik semua ni.
Penat berfikir, Norman akhirnya menyambung semula membaca akhbar. Kut kutlah muka Laikha masuk berita. Tapi hampa. Semua berita tentang isu semasa yang tiada langsung kaitannya dengan gadis itu.
Laura dan Zaliha turut berada di ruang tamu di mana Norman berada. Laura yang menyedari sikap ayah itu terus menjeling sebal. Cis, menyampah!
'Perempuan sampah macam tu pun masih nak ambil peduli', getus hati Laura.
"Dah la tu ayah. Baru seminggu kut, bukan setahun. Cuba bawa bertenang sikit. Tak payah la nak duk risau melebih-lebih dengan 'kakak' Laura tu." Perkataan kakak itu sengaja ditekan. Kemudian dia buat muka meluat. Jijik!
'Laikha kakak? Huh, boleh bawa matilah gelaran tak sah taraf dia tu!'
Laura menjegil mata. Malas lah nak bertekak dengan ayah. Bukan boleh menang pun. Lebih baik bercakap dengan mama.
Laura menoleh ke arah Zaliha. Bibir mengulum senyuman. Sebenarnya dia duduk situ pun bersebab.
"Nah untuk mama..." Duit tunai sebanyak seribu ringgit itu dihulur.
Norman hanya memerhati perilaku anak beranak itu.
"Awww my darling. Thank you so much." Sejurus itu, kedua belah pipi Laura langsung dikucup.
"Ini baru anak yang baik. Bukan macam yang seorang tu. Dah la makan percuma, tak bekerja, lari rumah pula tu." Sempat lagi Zaliha menyindir.
Norman menggeleng, tak faham langsung dengan dua orang ni!
"Haaa Laura. Ayah tak pernah tahu pun kamu kerja. Banyak sangat duit kamu tu. Kerja apa?" Kening Norman terjongket.
"Eh, ayah ni. Ada lah. Rahsia." jawab Laura.
"Jangan kamu buat benda yang bukan-bukan sudah."
"Abang!" Zaliha tiba-tiba menempelak. "Kalau ya pun nak back up sangat budak pungut tu, janganlah sampai nak buruk-burukkan kerja anak sendiri!"
Dahi Norman berkerut. "Eh dia ni. Sampai ke situ pula. Sejak bila saya buruk-burukkan kerja Laura? Saya tanya aje, kan?"
"Apa budak tak guna tu dah bagi abang makan hah sampai abang terlalu sayangkan dia tu?!"
Eh, emo pulak dah!
Norman menggeleng. Kepala yang berdenyut langsung dipicit. Silap hari bulan boleh meletup kepala dia macam ni. Payah benar nak bertoleransi dengan anak bini ni!
Malas hendak menambah masalah, Norman bingkas bangun dan langsung berlalu ke taman belakang rumahnya. Nak ambil udara segar. Biar tenang sikit kepalanya sedang berserabuk ni.
Tidak hairanlah kalau Laikha lari dari rumah. Memang teruk pun layanan anak dan bininya itu. Beberapa kali sudah dia menasihati dan menghalang, esoknya buat lagi. Memang tak makan nasihat betul!
Kesian Laikha. Semoga saja dia selalu dilindungi walau di mana saja dia berada. Norman yakin, Laikha pasti akan kembali. Bila dan atas sebab apa, biar sahaja nanti Laikha yang menjelaskan.
Sebaik sahaja ayah menghilang dari pandangan, Laura tersenyum. Sinis.
"Mama..."
![](https://img.wattpad.com/cover/303981229-288-k969871.jpg)
YOU ARE READING
| C | CARLO : THE SILENT DESTINY
Romance'Let go of your fears of starting over' || Known as Carlo Revino, Han Dylen's Bodyguard Malaikha Amanda. Gadis yang hidup sekadar menumpang di rumah mewah namun tak ubah seperti penjara dunia. Dipukul, didera, dimaki. Apa sebenarnya salah dia sampai...