Bab 21

3.7K 190 6
                                    

Laura lebar tersengih bila otaknya ligat memikirkan susuk tampan lagikan berkarisma bernama Carlo itu dalam peta ingatan. Indah. Mata hazelnya. Lesung pipit yang terletak sempurna di tepi bibirnya, memang mampu membuatkan sesiapa sahaja yang memandangnya terpukau.

Baru pertama kali bertembung mata, tapi tak tahu kenapa rasa ingin memiliki lelaki itu terlalu menggila dalam diri Laura. Dia nekad. Dia nak pergi hotel itu lagi. Mana lah tahu nasib menyebelahinya. Masa itu dia takkan sia-siakan peluang. Carlo dia punya!

"Carlo, tunggu I. I akan pastikan you akan jadi milik I selamanya. No one can be yours. Only me. Just me."

Laura tersengih sendiri. Ah, dia memang dah gila. Penangan Carlo memang buat dia dimabuk asmara. Oleh itu, apapun yang terjadi dia harus mendapatkan hati lelaki itu dulu.

Tok tok tok!

Ketukan pada pintu bilik yang bergema membuatkan renungan Laura langsung mati. Dia pandang pintu. Keningnya ternaik. Berkira-kira, siapa pula yang datang bilik dia tengahari ni.  

"Siapa?" laung Laura.

Belum pun ada sahutan, pintu biliknya dikuak. Tersembul wajah Norman yang sedang menghampiri Laura yang sedang duduk di meja solek itu.

"Laura..."

Laura menjegil mata. Cis, ayah rupanya!

"Hmm, kenapa?" Laura mencapai telefon pintarnya lalu membuka aplikasi Instagram di sana. Malas dia nak layan ayah ni. Ayah tak ada cakap pun, dia dah tahu apa yang bakal keluar dari mulut itu.

"Dah ada khabar pasal Laikha?"

Dah agak pun!

Laura mendengus sebal. Telefonnya dicengkam kuat. Dia geram. Dia benci. Sakit betul hati dia. Kenapalah ayah baik sangat melayan anak pungut macam Laikha tu?

Tak layak tahu tak? Tak layak! Laura mula berperang dengan emosi sendiri. Geramnya dia. Kalaulah ada Laikha depan mata, sudah lama perempuan tu makan penampar olehnya.

"Ada ke, Laura?" Mata Norman terpancar harapan. Ya Allah, semoga Laikha selamat.

Laura menolak kasar kerusi yang dia duduki. Beg tangan yang pegun di atas meja solek langsung dicapai dan disangkut pada bahu. Hati dia panas. Nama Laikha selalu sahaja bergema di telinganya. Ingatkan kalau Laikha dah tiada, tenang sikit hidup dia. Rupanya makin bingit!

"Dah lah ayah. Jangan nak tanya Laura lagi. Laura tak tahu. Tak. Tahu. Okey? Kalau Laikha nak lari pun, biarlah dia. Hidup dia. Pandai lah dia jaga." Laura terus berlalu ke pintu. Jujur, dia malas nak bertekak lidah dengan ayah. Bukan boleh menang. Lebih baik dia lari.

"Laura, kamu nak ke mana?" laung Norman.

"Jumpa kawan." Jumpa jodoh, sambung Laura dalam hati. Mungkin dengan berjumpa Carlo, tekanan dalam otak dia dapat dikurangkan.

Sebaik sahaja susuk Laura hilang, Norman menggeleng. "Bila lah nak berubah kamu ni..."

Sedihnya hatinya sebagai seorang bapa. Susah betul nak dilembutkan hati anak dan ibu itu. Nak kata batu, batu pun boleh retak dengan air. Tak tahu, besi gamaknya hati dia orang ni.

*****

"Tolong saya!" Laikha menjerit kuat bila tubuhnya dicampung penjahat.

"Kau diam! Kau bagi duit kau kalau kau tak nak aku apa-apakan kau!" Serentak itu, tubuh Laikha langsung dicampak. Kuat.

"Aku tak ada duit!" jerit Laikha dengan air mata yang jatuh membasahi pipi.

| C | CARLO : THE SILENT DESTINYWhere stories live. Discover now