Bab 43

3.1K 139 4
                                    

Betul ke keputusan aku ni?

Laikha memegang kepalanya yang terasa pening bagaikan mahu jatuh. Tak tahulah. Saat ini, dia benar-benar buntu. Dilema dia hendak memilih antara dua keputusan. Kalau keputusan tu senang macam nak pilih makanan, tak apa juga. Ini tidak!

Tinggalkan Carlo atau Carlo sendiri akan jatuh dalam godaan Laura?

Ya Allah, kenapa sebegini sulit pilihan yang aku ada?

Laikha menekup wajahnya dengan telapak tangan. Lama. Sehinggalah beberapa minit dia begitu, Laikha akhirnya angkat muka. Dengan wajah yang kelihatan begitu sembap, Laikha cuba menarik nafasnya sedalam-dalamnya. Mencari ketenangan, kekuatan dan...

Keyakinan atas keputusan yang dia sudah buat.

Ya! Keputusan sudah berada dalam tangannya. Biarpun keputusan itu tersangatlah perit untuk diterima dek akal fikiran, dia harus tetap kuat. Dia tak boleh nak pentingkan diri sendiri.  Demi Carlo. Demi keselamatan dan maruahnya.

Dia rela, biarpun jauh di sudut hatinya menafikan kenyataan itu.

Kebetulan! Memang dah dalam pelan, hari ini Laikha dan Carlo akan berjumpa. Beberapa hari lalu, sememangnya mereka dah rancang hendak bertemu untuk sekian lamanya tak bersua muka. Nak uruskan itu dan ini untuk kahwin, kan? Memang sibuk gila. Rindu? Tak usah dikata, selangit membuak-buaknya.   

Memikirkan itu, Laikha tiba-tiba tersenyum. Tapi senyumannya itu kembali sirna tatkala teringatkan bahawa pertemuan kali ini tidak seperti yang dia inginkan. Malah, sekarang dia rasa mahu menangis saja kerana merasakan bahawa ini adalah kali terakhir untuk mereka bersama.

Selamanya.

Maafkan saya, Carlo...

*****

Rindunya dia dengan gadis yang sudah mula kelihatan dari jauh itu. Sumpah, bila sudah nampak depan mata, terus hilang resah dalam hati. Sejujurnya, hidup dia selama beberapa hari ni manalah pernah nak tenang. Ada saja yang menganggu fikirannya. Dan yang pasti, semuanya tentang Laikha.

Lagi-lagi dalam beberapa tempoh ni, dia dan Laikha harus berjauhan dulu. Adalah tu sebabnya. Dan sekarang, bila nampak Laikha, barulah rasa beban di bahunya beransur pergi.

"Oh god! Miss you so much, honey!"

Sebaik sahaja ternampak susuk Laikha yang baru sahaja keluar dari pintu rumah, Carlo tak buang masa terus keluar dari perut kereta dan berlari anak mendekati gadis itu. Terujanya dia dapat jumpa Laikha. Rasa nak menangis pun ada sebab terlalu gembira.

Carlo dah angau dengan bakal isteri sendiri. Yo ho!

Suara garau dan lantang yang menyapa tiba-tiba itu menyentakkan Laikha. Lantas dia angkat kepala. Kelihatan Carlo yang sudah tersenyum lebar sedang memandangnya dengan tatapan ceria bercampur rindu.

Ya Allah, sungguh aku rindu dengan hambamu yang satu ini. Senyumannya yang manis dengan lesung pipit disebelah kiri dan kanan...

Laikha rasa mahu menangis lagi!

"You seem to quiet just now, Laikha. Don't you miss me too?" Carlo sudahpun mengangkat-angkat kedua belah keningnya ke atas. Haaa...nak mengusik lah tu.

Perlahan-lahan, Laikha mengulum senyuman tipis. Agak susah tapi dia berusaha juga mencipta satu. Biarpun matanya sudah mula rasa panas. Namun perasaan perit dan sakit yang telah menguasai dirinya tadi cuba dicampak ke tepi dulu untuk seketika. Marilah bergurau dengannya untuk kali terakhir.

"Tak pun" nafi Laikha seraya memeluk tubuh. Sumpah, itu cuba tipu belaka. Yang benarnya. dia rindukan Carlo sangat-sangat.

Bila dengar itu, terletus tawa Carlo. Dari tampak wajahnya itu, langsung tak menggambarkan yang dia sedang terasa mahupun berkecil hati dengan kata-kata Laikha tadi.

| C | CARLO : THE SILENT DESTINYWhere stories live. Discover now