Bab 33

3.7K 211 17
                                    

Suasana yang penuh dengan keheningan malam. Bunyi cengkerik yang kedengaran di sini sana, namun tidak dapat didengari olehnya. Kerana kala ini, dia berada di dalam kereta. Tidak jauh, tidak juga dekat. Hanya memerhati rumah agam yang dia yakin gadis bernama Malaikha Amanda itu berada.

Carlo menghentikan enjin kereta. Lalu, dia menyarung topi ke kepala. Hoodie yang melekat elok ditubuh, diperkemas.

Dia sudah punya rencana. Tujuannya datang ke situ malam ini ialah untuk...

"Wait for me, Laikha. I will help you." katanya seraya melangkah keluar.

Malam ini dia akan menyamar sebagai seorang penghantar.

Penghantar? Ya.

Penghantar yang tiada siapa pun tahu, melainkan Tuhan. Yang telah menjadikan dia sebagai seorang penghantar bantuan.

*****

Ding dong!

Sedang Laikha bertungkus lumus di dapur, bunyi loceng rumah tiba-tiba bergema. Terus terhenti kerjanya. Dengan wajah yang berkerut sini sana, hatinya tertanya-tanya...

Siapa pula yang datang malam-malam begini?

"Wahai anak pungut yang cantik lagi jelita, takkan kau nak tercegat pula dekat dapur tu. Pergilah buka pintu tu!" Laura menengking dari arah ruang tamu.

Laikha mendengus lelah sebelum dia berjalan ke hadapan. Sesudah di muka pintu, tombol pintu dipulas dan ditarik. Kepala disembul keluar. Kemudian, dia berjalan lagi sehingga dia berdiri tepat di depan pagar. menilik gerangan yang tiba-tiba datang waktu-waktu begini.

Seketika, dahi Laikha berkerut. Kelihatan seorang lelaki berhoodie hitam dengan topi hitam di kepala. Semua hitam. Wajah juga kurang kelihatan dalam kegelapan.

Sekali lagi, Laikha melihat lelaki itu sedang berdiri di depan pagar sambil memegang sesuatu. Plastik. Errr...makanan?

"Errr...kejap ya encik."

Laikha berlalu semula ke dalam rumah. Pembetulan. Hanya di ambang pintu. Kepala sahaja disembul masuk sedikit.

"Laura..." Laikha memanggil.

"Ish, apa lagi kau nak?!" Seperti selalu, Laura tak pernah menggunakan nada yang elok. Selalu menempelak kasar.

Dan seperti selalu juga, Laikha hanya memberikan reaksi tenang. Tidak lah tenang mana, cuma apa yang Laura kata kepadanya hanya dibiarkan berlalu seperti angin. Buat-buat tak terkesan.

"Laura ada oder makanan ke malam-malam ni?" soal Laikha sedikit kuat. Takut suaranya yang halus ini tak didengari dek kejauhan ini pula.

"Ada...kut. Eh, entahlah. Kau ambik aje la. Aku rasa ada. Kalau tak ada pun, mungkin peminat aku yang bagi." kata Laura acuh tak acuh. Mata masih melekat pada telefon.

Laikha menggeleng sebelum kembali ke arah lelaki penghantar makanan itu.

Pagar dibuka sedikit lebar, biar mudah untuk makanan bertukar tangan.

Usai, lelaki itu tiba-tiba melangkah mendekat. Membuatkan Laikha mengundur setapak. Errr...

"Maaf tanya. Tapi berapa semua ni ya?" Tanpa berbasa basi, Laikha laju bertanya. Sebenarnya, dia sengaja buat begitu sebab ingin membuang rasa canggung yang tiba-tiba datang dalam diri.

| C | CARLO : THE SILENT DESTINYWhere stories live. Discover now