Bab 44

3.1K 143 9
                                    

Sepanjang perjalanan pulang, satu bunyi angin pun tak kedengaran. Laikha dan Carlo masing-masing diam, tak tahu nak kata apa.

Sampai sahaja depan rumah, Laikha tak buang masa langsung menolak pintu. Baru saja dia nak melangkah keluar...

"Laikha..."

Laikha kemam bibir bila terdengar Carlo membuang nafas berat. Nak nangis, tapi dia dah penat.

"Maaf, Carlo. Saya keluar dulu." Tak betah dia nak lama-lama dalam ni.

"Sit, Laikha." Tak tinggi pun nada suaranya, tapi berjaya jugalah buat Laikha yang tadinya keras kepala terduduk semula.

"Okay. I'm done, Laikha. Now, tell me. What's going on actually?" Carlo dah menukar posisi. Betul-betul menghadap Laikha yang masih menguis-nguis hujung baju.

"Laikha?"

Senyap.

"Laikha...I'm talking to you, honey."

Tetap sama. Sepi macam kawasan kuburan.

"Laik—-"

"Carlo, izinkan saya akhiri hubungan kita."

Dan kata-kata yang terpacul keluar dari mulut Laikha itu berjaya membuatkan Carlo tersentak kuat.

Dahi Carlo yang berkerut hebat itu hampir membuatkan keningnya bercantum. Geleng-geleng kepalanya pandang Laikha.

"Saya...saya tak faham."

"Then, fahamkan." Lagi sekali Laikha mahu memboloskan diri tapi dihalang Carlo.

"Apa lagi, Carlo?" Mata Laikha dah berhabuk. Sumpah, dia rasa mahu menangis saja bila nampak Carlo yang menggeleng-geleng kepala seperti tak mahu melepaskan dia pergi.

"Tell me."

Laikha pandang Carlo. Wajahnya nampak merah. Membahang macam tengah tahan marah, tapi riak wajahnya lebih menggambarkan yang dia kecewa.

Sangat kecewa.

Tolonglah wahai mata, jangan lah menangis sekarang!

"Nak bagitahu apa?"

"Bagitahu apa yang dah terjadi? Kenapa awak tiba-tiba nak tamatkan hubungan kita? Saya ada buat salah apa-apa ke? Saya dah buat awak rasa tak selesa dengan kehadiran saya? Atau..." Berkerut dahi Carlo menelan liur kelat. Terkena tempiasnya ke arah Laikha.

"Awak dah tak sayangkan saya?"

Rasa macam blackout terus dunia Laikha. Dia tak sayangkan Carlo?

"Saya tak pernah terfikir pun macam tu, Carlo" Laikha menggeleng seraya menghela nafas berat.

"Then, why?"

Laikha diam. Mulutnya bagaikan digam dari dalam.

"I need your reasons, Laikha. Takkan semudah itu aje awak nak tamatkan semuanya?" Tak semena-mena, Carlo mendongakkan sedikit dagu Laikha ke atas.

Mata bertentang mata.

Dan Laikha seperti biasa. Kehilangan kosa kata terus!

"Is something bad happened to you, honey?" Suara penuh prihatin Carlo.

Laikha menggeleng. Lembut saja dia menepis tangan Carlo yang masih berpaut pada dagunya.

"Tak ada apa-apa. Saya cuma..."

"Cuma?"

Laikha menarik dan menghembus nafasnya. Cari kekuatan!

"Saya rasa, saya tak sesuai untuk jadi pendamping hidup awak Carlo. Hidup kita, bagaikan langit dan bumi. Jauh beza dan saya..."

| C | CARLO : THE SILENT DESTINYWhere stories live. Discover now