"I'm so sorry but I got jealous, honey."
Tersontak Laikha mendengarnya. Cemburu? Carlo cemburu? Betul ke?
"Jea...jealous? Kenapa nak jealous, Carlo?" tanya Laikha dengan nafas yang tersekat di celah kerongkong.
Dia pandang Carlo. Carlo senyum, tipis.
"Sebab saya nampak awak senyum dengan lelaki tu tadi." katanya.
Lagi-lagi, mata Laikha jadi terkelip-kelip mendengarnya. Serius, susah nak percaya. Senyum dengan lelaki lain pun salah ke? Carlo juga yang nak bantu hilangkan fobia Laikha, kan?
"Apa ni, Carlo? Senyum dengan lelaki lain pun tak boleh ke?" soal Laikha, perlahan.
Bila dengar itu, Carlo menggeleng. Tak boleh!
"Kenapa pula?" tanya Laikha, ingin tahu.
"Maaf Laikha tapi tak boleh. Senyuman tu tak boleh bagi sesuka hati dekat lelaki lain." Carlo menyilang lengannya ke dada. Datar.
"Hah? Apa awak cakap ni?" Makin blur Laikha dibuatnya.
Melihat wajah blur itu, Carlo kembali merendahkan tubuhnya. Biar sejajar dengan ketinggian Laikha. Senyum.
"The smile is only mine."
Mata Laikha membuntang. Kata-kata Carlo itu benar-benar buat otak dia rasa nak terbang melayang. Bukan itu saja, lutut dia pun sekarang rasa macam nak tercabut skru.
Beberapa detik berlalu, Laikha akhirnya menggeleng. Kembali ke dunia nyata. Tangan kanannya naik bercekak pinggang. Kemudian, atas bawah atas bawah susuk Carlo dikerling. Hilang innocent!
"Amboi, sejak bila senyuman saya ni hanya untuk awak?" soal Laikha, gaya makcik makcik.
Carlo senyum. Bibirnya diketap, menahan tawa daripada tersembur keluar.
"Jangan gelak. Saya tanya ni." Mencerlung Laikha pandang Carlo. "Jawab. Sejak bila?"
"Sejak pertama kali kita bertatap mata, sejak itu aku mula mengetahui bahawa dirimu adalah takdirku. Senyumanmu yang manis, hanya tercipta untukku." kata Carlo dengan intonasi yang dibuat maco. Habis bermadah, mulut Carlo akhirnya pecah dengan tawa.
Laikha yang mendengarnya juga ikut tertawa. Tapi cepat-cepat dia sembunyikan. Dia berdehem. Biarpun bibirnya terasa gatal nak ternaik sendiri.
"Amboi Carlo, bijak awak ya. Senyuman saya ni hanya tercipta untuk awak? Sejak bila? Ada nama awak ke dekat senyuman saya ni?" Laikha menunjuk bibir sendiri.
Carlo gelak sambil mengangguk.
"Mana?" soal Laikha.
"Cuba awak senyum." suruh Carlo pula. Mulutnya senget, menahan senyum.
Tanpa berfikir apa-apa lagi, Laikha langsung mengulum senyuman. Biarpun nampak ketat macam orang yang terpaksa, tapi ianya tetap kelihatan cantik dan manis.
Di mata Carlo.
"Hah tu..." Carlo menjuih bibirnya ke arah Laikha.
"Apa?" Laikha kebingungan.
"Ada nama saya dekat senyuman awak." kata Carlo tanpa rasa bersalah.
YOU ARE READING
| C | CARLO : THE SILENT DESTINY
Romance'Let go of your fears of starting over' || Known as Carlo Revino, Han Dylen's Bodyguard Malaikha Amanda. Gadis yang hidup sekadar menumpang di rumah mewah namun tak ubah seperti penjara dunia. Dipukul, didera, dimaki. Apa sebenarnya salah dia sampai...