Carlo merenung Laikha. Wajah gadis itu kelihatan begitu bercahaya. Dengan senyuman yang dari awal hingga akhir tak lupus dari bibir itu sama sekali.
Tapi bukan itu yang menjadi masalahnya sekarang ni.
"Mana cupcake awak?" soalnya sembari menatap Laikha.
"Oh, dah habis. Awak lama sangat. Jadi, saya makanlah." jawab Laikha seperti tiada apa-apa yang berlaku. Kaki yang tidak mencecah lantai saat duduk itu diayun riang.
Kening sebelah Carlo ternaik. "Cepat nampak."
"Lapar." Hanya itu Laikha kata.
"Sebab tu ke awak asyik senyum?" soal Carlo lagi.
Ayunan pada kaki terhenti. Laikha pandang Carlo.
"Haah." Bersinar mata Laikha tatkala membalas.
Carlo senyum. "Sedap?"
Errr...
"Sedap. Sedap sangat!" Macam mana ni? Aku tak rasa lagi kek cawan tu. Macam mana aku boleh kata sedap?
Tapi diakan Malaikha Amanda. Kalau nak tahu, dia juga seorang penggemar cupcake.
Sewaktu kecil dulu, dia selalu membantu ibunya membuat kek cawan di dapur. Kecil lagi, dalam lingkungan lima tahun. Semua perisa dia masuk. Tapi yang paling dia suka sudah semestilah coklat. Yum!
Apa-apapun, asal namanya kek cawan, Laikha tetap akan kata ianya sedap.
"Kalau macam tu, baguslah." Carlo melorek senyuman. Bersama dengan Laikha ni betul-betul membuatkan otak dia berfikir. Laikha ni sungguhkah manusia? Ataupun bidadari yang hanya berupakan seorang gadis jelita?
Kenapa? Bukan dia tak tahu yang kek cawan yang dia belikan untuk gadis itu, Laikha bagi kepada seorang lelaki susah di seberang sana.
Ya, dia nampak. Dengan mata dia sendiri, dia nampak Laikha dengan senang hati menghulurkan bantuan untuk kedua kalinya.
Kaki di atur ke tempat letak kenderaan. Jauh lagi pun, sempat lagi kalau nak borak.
"Awak suka cupcake?" Carlo menyoal pendek.
Laikha pandang Carlo sekilas. "Suka. Suka sangat." balasnya.
"Favourite dessert?"
Langkah kaki Laikha terhenti. "Haah. Macam mana awak tahu?" Terkelip-kelip matanya pandang lelaki maskulin disampingnya itu.
Carlo angkat bahu. "Just guessing." Cantik!
Oh...
Laikha mengangguk. Sepasang kaki kembali menyambung tugas. Melangkah hingga mereka tiba di tempat kereta Audi hitam itu terletak.
Pelik! Hari tu Range Rover, lepas tu Lamborghini, hari ni Audi pula. Kereta siapa sebenarnya Carlo ni bawa? Bos dia ke?
"Carlo, nak tanya sikit boleh?" Laikha membuka suara sebaik sahaja mereka masuk ke dalam perut kereta.
Tali pinggang keledar dipasang. "Sure. What is it?"
"Kereta siapa sebenarnya awak bawa ni? Awak ada berapa kereta? Kenapa asyik tukar-tukar?" Bertubi-tubi dia menyoal.
Carlo ketawa menyambut pertanyaan Laikha. "Oh, saya tak pernah bagitahu awak lagi kan?"
Bagitahu? Bagitahu apa tu?
Laikha menggeleng. Sungguhlah dia rasa macam orang dungu sekarang ni.
"I'm Mr. Han bodyguard..." kata Carlo.
![](https://img.wattpad.com/cover/303981229-288-k969871.jpg)
YOU ARE READING
| C | CARLO : THE SILENT DESTINY
Romansa'Let go of your fears of starting over' || Known as Carlo Revino, Han Dylen's Bodyguard Malaikha Amanda. Gadis yang hidup sekadar menumpang di rumah mewah namun tak ubah seperti penjara dunia. Dipukul, didera, dimaki. Apa sebenarnya salah dia sampai...