Sepasang matanya ralit memerhati gadis di hadapannya itu. Nampak berselera sungguh. Namun begitu, nampak sopan dan teratur sahaja perangai dia. Meja pun bersih. Tak ada langsung butiran nasi yang bertaburan di sini sana.
"Sedap?" Sekian lama menjadi cctv tak bertauliah Laikha, Carlo akhirnya bertanya. Pinggan yang sudah licin, diletakkan di tepi. Jus epal kemudiannya dicapai lalu disedut dengan perlahan.
Mendengar suara garau itu berbicara, Laikha lantas mengangkat kepala. Soalan Carlo tadi terus dibalas dengan anggukan. Seketika, dia tersenyum dengan mulut yang ligat mengunyah-ngunyah makanan. Yum!
"Sedap! Sedap sangat. Errr... Mungkin sebab saya tengah lapar. Jadi, semua benda pun rasa sedap." Ya, dia makan nasi goreng biasa aje pun. Tapi entah lah kenapa, dia rasa macam sedang menjamah nasi dari khayangan.
"Can taste it?"
Laikha terkedu tatkala mendengar soalan yang baru sahaja terbit dari mulut Carlo itu. Taste it? Carlo nak rasa juga ke?
"Awak nak juga ke, Carlo? Kenapa tak bagitahu awal-awal? Alaa...macam mana ni eh? Hmm...Tunggu kejap ya..." Laikha kelihatan cemas. Lagi-lagi bila nampak muka Carlo yang sudah seperti orang yang sedang mengidam makanan. Aduh!
Baru sahaja dia ingin bangkit, bunyi gelak halus seseorang mematikan tindakannya.
Laikha menoleh, memandang Carlo yang sudah menayang senyum tak bersalah kepadanya. Again!
"Carlo!" Tajam renungan mata Laikha menikam mata lelaki itu. Dia tak marah, cuma geram. Boleh pula nak bergurau. Rasa nak cubit sahaja Carlo ni tapi tak tergamak pula dia nak sakitkan lelaki tu.
"I'm sorry, honey..." Carlo tertawa bila wajah gadis itu semakin cemberut.
Laikha mencebik. Carlo terkekek, makin tercuit pula hatinya melihat tingkah gadis itu. Bukan sahaja makin tercuit, malah makin jatuh hati. Kenapa? Sebab Laikha tayang muka masam pun, tetap nampak manis. Payah!
"I'm sorry, Laikhaa..." Carlo susun sepuluh jari. Memohon agar gadis itu memaafkannya walaupun kala ini, mulut Carlo seakan lupa cari untuk berhenti tersenyum.
"Okay, Carlo..." Laikha akhirnya mengalah. Penat sebenarnya dia nak berlakon marah orang ni. Kan dah kata, dia memang tak reti nak marah orang. Lagi-lagi dengan orang yang tak bersalah.
Wajah Carlo kembali ditatap lembut. Biarpun begitu, hatinya tetap diselubungi rasa risau.
"Cakap lah betul-betul, Carlo. Kalau awak nak makan ni, saya boleh pergi oderkan." Lembut sahaja suara Laikha memberitahu. Dahinya berkerut, risau.
Kelemahannya...Dia pantang nampak orang lapar!
Mendengar itu, Carlo hanya tersenyum tipis sebelum menggeleng. Menandakan bahawa dia tidak menginginkannya.
"Do you worried about me?" soal Carlo lembut. Mata dikerdip sekali.
Tanpa berbasa-basi lagi, Laikha terus menjawab...
"Yes, Carlo."
Carlo senyum. Hatinya sedikit tersentuh dengan sikap ambil berat gadis di hadapannya itu. Benarlah...
Laikha itu bidadari.
Carlo kemudiannya menggeleng.
"Tak ada apa-apalah, Laikha. Saya gurau aje tadi tu."
"But your face..." Dahi Laikha berkerut. Ditiliknya seraut wajah Carlo seketika. Lelaki itu langsung terkekek kecil.
"Naaa..." Carlo menggeleng. "It's just, you know...acting?"
YOU ARE READING
| C | CARLO : THE SILENT DESTINY
Romance'Let go of your fears of starting over' || Known as Carlo Revino, Han Dylen's Bodyguard Malaikha Amanda. Gadis yang hidup sekadar menumpang di rumah mewah namun tak ubah seperti penjara dunia. Dipukul, didera, dimaki. Apa sebenarnya salah dia sampai...