epilog

8.9K 323 39
                                    

Hari ini, Carlo dan Laikha ke rumah Han memandangkan Han dan Erina sendiri yang menjemput mereka datang. Katanya nak ajak makan di rumah bersama. Sebagai tanda hormat dan bersenang hati, Carlo dan Laikha pun datang.

Sebaik sahaja selesai menjamu selera dan siap membantu di dapur, Laikha terus bermain dengan Nia, puteri Han dan Erina di taman belakang. Tak sangka, sekejap sahaja bayi kecil ini membesar. Sudah boleh berjalan walaupun masih terkedek-kedek belajar. Comel.

"Mommy..." Nia dengan terkedek-kedeknya berjalan mendekati Laikha. Bila sudah dekat, Laikha dipeluknya. Nia ketawa menampakkan giginya yang baru mahu tumbuh bila Laikha mula menggomol-gomol pipinya.

"Suka ya?" Laikha cium pula Nia.

"Hi, my wife..." Tak semena-mena, kedengaran satu suara menegur. Tak cakap pun Laikha dah tahu siapa gerangan itu.

Laikha mendongak. Pandang Carlo yang semakin hari semakin bertambah kacaknya.

"Buat apa tu?" soal Carlo kepada Laikha.

"Main dengan Nia. Kan sayang kan?" Laikha sengaja melaga-lagakan hidung dengan hidung Nia. Tertawa lagi Nia dibuatnya.

Kali ini, Nia mendongak pula. "Daddy..." Dia berlari mendapatkan Carlo.

Carlo tak tunggu lama langsung mendukung si kecil itu. Dia mencubit pipi gebu Nia. Comel.

"Comel la budak-budak ni. Saya suka." ucap Carlo dalam tak sedar. Laikha yang mendengarnya terdiam seketika. Bagaikan ada sesuatu yang menjentik hati dan perut dia saat ini.

"Amboii..." Tak semena-mena datang Erina. Entah dari mana munculnya tapi sedar-sedar sahaja dia sudah berada di hadapan Carlo dan Laikha.

"Mama!" jerit Nia, gembira melihat ibunya datang.

Carlo kembali menyerahkan Nia kepada Erina. Erina pula langsung sahaja menyuakan tangannya dan mendukung anaknya itu.

Silih berganti Carlo dan Laikha dipandangnya sebelum bibir herot mengulum senyuman senget.

"Both of you love kids, right?"

Soalan yang dilemparkan Erina itu berjaya membuatkan Laikha dan Carlo sama-sama merah muka. Bukan apa, suka tu memang suka. Tapi macam lain sahaja maksud mendalam soalan dia tu.

"Tak nak ke?" soal Erina lagi, makin galak mengusik pasangan itu.

"Erinaa..."

Erina menoleh. Han sudah pun menggeleng sambil menghadiahkannya sebentuk senyuman.

"Sakan sangat mengusik dia orang eh? Biarlah. Itu urusan dia orang. Kita doakan sahaja yang terbaik buat mereka berdua." nasihat Han. Bahu Erina dipaut. Erina pula langsung tersengih mendengarnya.   

"Nia..." Erina pandang puterinya yang berada dalam dukungan.

"Look at uncle Carlo dan aunty Laikha. They will give you a new friend!"

Laikha dan Carlo berpandangan. Entah kenapa, hilang rasa malu sekejap. Carlo kemudiannya mendekati Laikha dan mendekatkan bibirnya ke telinga gadis itu.

"Hm...should we give her a new friends?"

*****

Tiga minggu kemudian...

"A...awak..."

Carlo yang masih setia menanti di luar bilik air tersentak apabila melihat Laikha melangkah keluar dan mendekatinya dengan langkah tak berdaya.

| C | CARLO : THE SILENT DESTINYWhere stories live. Discover now