Usai ke ladies, Laikha langsung mengatur langkah keluar. Dia harus segera kembali, nanti tak pasal-pasal ada yang risau. Siapa lagi kalau bukan Carlo.
Memikirkan itu, bibir Laikha tiba-tiba naik mengulum senyuman. Segala kebaikan Carlo yang pernah dilakukan serta-merta terimbas dalam pita ingatan.
Carlo...memang baik.
Tak pernah dia terfikir mahupun membayangkan bahawa dia dapat berkenalan dan berkawan dengan lelaki seperti Carlo. Macam tak sesuai pun ada. Tapi mungkin itu takdirnya. Bersyukurlah Laikha...
Langkah diatur sedikit laju. Biar cepat sikit sampai. Namun sebaliknya bila bahunya tiba-tiba dilanggar seseorang.
"Aduh!" Laikha mendesis. Spontan tangan memegang bahu kanan lalu diusap perlahan.
"Oh god, i'm sorry. Cedera tak? Ada sakit kat mana-mana ke?" Risau.
Automatik badan Laikha mengeras tatkala mendengar itu. Kenapa? Sebab dia amat yakin yang langgar dia tu ialah... Lelaki!
Liur ditelan. Mata dipejam. 'Bawa bertenang Laikha...rileks', puas dia memujuk diri sendiri yang diambang keresahan ini. Gila, macam mana ni? Dia sepatutnya biarkan Carlo bersama tadi!
Tiba-tiba terasa bahu Laikha disentuh seseorang. Automatik matanya terbuka dan menjerit kecil.
"Jangan! Tolonglah jangan!" Laikha sudah seperti ingin menangis. Ya Allah, kenapa trauma ni datang kembali?
Berubah cuak air muka lelaki itu. Kiri kanan dipandang, nak pastikan tak ada orang tengok ke arah mereka gamaknya.
Kemudian, Laikha yang sudah mandi peluh itu dipandang. Dia ingin mendekati gadis itu namun gadis itu semakin menjauh. Gaya macam nampak hantu depan mata.
"Jangan dekat!" pinta Laikha.
Lelaki itu terus berhenti. Laikha pula sedaya upaya mengatur nafas yang sudah jauh dari kata normal itu. Satu, dua, tiga...
"Are you okay?" Lembut.
Pap!
Diri Laikha seakan-akan seperti terkena penampar deja vu!
Kenapa? Kenapa soalan dan suara itu seakan serupa?
Perlahan-lahan, Laikha membuka matanya. Seorang lelaki dengan jaket denim biru sedang memandang ke arahnya.
"Are you okay, girl?" soalnya lagi, lembut.
Laikha terdiam. Tak tahu nak bagi reaksi apa. Adakah dia patut lari ataupun terus terpaku di tempat yang sama sambil merenung lelaki itu.
Beberapa detik berlalu, barulah dia mendapat kekuatan kembali.
"Ma...maaf" Akhirnya, hanya itu yang mampu Laikha kata.
Bila dengar itu, lelaki itu tersenyum. Dia membetulkan sedikit bajunya dan kembali berdiri tegak.
"Tak apa. Salah saya juga sebab tak sengaja langgar awak." mesra dia berkata. Senyum.
"By the way, let me introduce... Mark." Tangan kanan diletakkan di dada. Salam perkenalan. Sengaja dia buat begitu sebab hormat. Tidaklah dia nak berjabat dengan perempuan sesuka hati, kan?
Perlahan-lahan, dada Laikha yang berombak kencang tadi beransur tenang. Dia kembali menegakkan badan. Nafas ditarik. Senyuman tipis di ukir.
"Laikha."
Bila dengar itu, automatik bibir Mark membentuk bulat. Macam cakap 'Ooo'. Kepala pula terangguk faham.
"By the way, boleh saya cakap sesuatu?" soal Mark tiba-tiba.
![](https://img.wattpad.com/cover/303981229-288-k969871.jpg)
YOU ARE READING
| C | CARLO : THE SILENT DESTINY
Roman d'amour'Let go of your fears of starting over' || Known as Carlo Revino, Han Dylen's Bodyguard Malaikha Amanda. Gadis yang hidup sekadar menumpang di rumah mewah namun tak ubah seperti penjara dunia. Dipukul, didera, dimaki. Apa sebenarnya salah dia sampai...