Bab 20

4.4K 207 2
                                    

Kepala ditoleh ke kiri kanan. Tapi hasilnya tetap sama. Kosong. Puas Laikha mencari, tapi Carlo tetap tak ada.

"Mana awak?" lirih Laikha. Tubuhnya disandarkan pada belakang dinding polos hotel itu. Penat. Rasanya dalam ni aircond kuat, tapi entahlah kenapa dia berpeluh sekarang ni.

"Awak..." Laikha bergumam perlahan. Dia tahu Carlo ada di tingkat ni. Cuma tak tahu saja di mana lelaki itu berada.

"Carlo..." panggil Laikha lagi. Tapi kali ni hanya di hati. Batin.

Mata dipejam rapat. Carlo, Carlo, Carlo...

"Yes, honey?"

Automatik mata Laikha tercelik. Dadanya berdegup kencang. Bila dengar suara itu menyapa hujung telinga, dia terus menoleh ke kanan.

Lelaki itu sedang bersandar di belakang dinding yang sama di mana dia bersandar kini. Pandangannya dilontarkan ke hadapan. Kosong.

Melihat itu, mata Laikha berkaca-kaca. Dia ingat Carlo dah tinggalkan dia.

'Carlo...' Laikha memanggil lelaki itu lagi dalam hati.

Sebaik sahaja dia menyebut, Carlo langsung menoleh. Tatapan redup dilontarkan.

"Ya, Laikhaa..." meleret Carlo bertanya. Hatinya kuat mengatakan Laikha sedang memanggilnya.

Setitis cecair bening itu gugur dari pelupuk mata. Carlo yang melihat itu langsung terkedu. Ringan aje rasa tangan dia hendak menepis. Aduh... Macam mana ni?

Oh ya!

Carlo menyeluk masuk tangannya ke dalam poket seluar. Sapu tangan miliknya dia keluarkan. Lalu dengan lembut, air mata gadis itu dilap. 

Laikha pegun bila terasa ada kain bergerak di pipinya.

"Kenapa nangis ni, hm?" soal Carlo lembut. Tangannya ligat menyapu air mata Laikha yang jatuh berguguran lagi.

Laikha kemam bibir. Dia nak balas tapi tak tahu kenapa mulutnya terasa begitu berat. Payah. Sudahnya air mata sahaja yang menjadi jawapan di kala mulut dia sudah terbungkam.

"Hey..." Carlo cuak. Kenapa Laikha menangis lagi ni? Aduh, ini semua salah dia.

"Honey..." panggil Carlo lagi, dia cuba memujuk tapi bahu itu sudah terhinjut. Biarpun tak ada bunyi tapi dia tahu, Laikha sedang teresak.

"Laikhaa..." Meleret. Dia harap sangat gadis itu memandang ke arahnya.

"Laikha sayang..."

Dup!

Laikha terdiam. Langsung hilang esakannya mendengar apa yang baru sahaja Carlo katakan tadi.

"L...laikha sa...sayang?" Dengan kudrat yang ada, Laikha beranikan diri memandang Carlo.

Carlo senyum. Sisa air mata Laikha ditepis sekali sebelum bersabung pandangan dengan gadis itu kembali.

"Awak suka?"

Kening Laikha berkerut. Suka?

"S...suka?" Dengan suara serak, Laikha bertanya juga.

| C | CARLO : THE SILENT DESTINYWhere stories live. Discover now