Ketiadaan Laikha selama tiga hari berturut-turut akhirnya sampai ke telinga Norman sebaik sahaja beliau pulang dari outstation. Terkejutnya beliau bila mendengar berita yang satu ini. Bila ditanya Kak Pah, wanita itu turut menggeleng kepala. Tak tahu langsung punca hilangnya Laikha.
Suasana makan malam terasa sunyi. Mata Laura berlaga dengan mata Zaliha. Masing-masing seperti sedang membalas pesan melalui pandangan mata. Hingga Norman perasan tentang perbuatan anak beranak itu. Dia pandang anak isterinya.
"Apa yang tak kena sebenarnya ni? Cuba cakap..."
"Pasal Laikha..."
"Haaa...kenapa? Dah dapat khabar tentang dia?" Norman terus melepaskan sudu dan garfu dari tangan. Wajahnya nampak bercahaya.
Cis, menyampah!, desis hati kecil Laura.
"Ayah tak perlulah risau dengan budak tu. Dia pandai jaga diri. Kalau budak sial tu kena culik sekali pun, apa hubungannya dia dengan keluarga kita?"
"Laura!" Naik satu oktaf nada bicara Norman. Dah elok mood dia tadi, Laura ni pula tiba-tiba cari pasal. Wajahnya naik merah mendengar tutur kata tak beradab Laura itu. Siapalah yang ajar budak tu sampai begini sekali?
"Jaga sikit kata-kata kamu tu, Laura. Ayah tak pernah ajar anak ayah cakap benda tak elok begitu!" marah Norman.
"Sudah!" Bila Norman sudah berdiri, Zaliha turut bangun. Suaminya dipandang sambil bercekak pinggang.
"Betul lah apa yang Laura tu kata. Yang awak nak bela sangat anak pungut tu kenapa?" Zaliha menambah batu api.
Melihat perilaku anak dan isterinya itu, Norman menggeleng kesal. Tak putus-putus dia mengucap dalam hati. Bukan senang hendak dipelihara dua hati yang begitu keras ni. Apalah dosa Laikha yang mempunyai hati yang cukup luhur itu?
"Kalau nak sangat, pergilah buat repot kat polis." tempelak Zaliha bila Norman hendak berlalu ke tangga. Gamaknya, hilang dah seleranya.
Langkah kaki lelaki itu terhenti. Manakala mata Laura pula sudah terbuntang mendengar ayat ibunya itu. Repot polis? Tidak!
"Haaa, baguslah tu. Esok juga saya akan buat repot polis." kata Norman.
"Tak perlu!"
Kuatnya suara Laura membuatkan Zaliha dan Norman menoleh ke arahnya. Wajahnya terkulat-kulat.
"Mama, kan Laura dah kata tak perlu risaukan budak tu. Tak payahlah sampai nak repot polis bagai!" marahnya.
"Laikha tu bijak. Pandailah dia jaga diri. Nanti-nanti dia baliklah tu." Lantaklah apa nak jadi, yang penting dia mesti yakinkan orang tuanya ini.
Mata mamanya dipandang. Memberi isyarat supaya menarik balik cadangan tadi. Memang tidaklah dia mahu repot polis. Pergi mampuslah, Laikha!
"Errr... baiklah. Saya tarik balik. Tak perlulah nak repot polis tentang kes ni. Bila difikir balik, betullah apa yang Laura kata. Pandai pergi, pandailah pulang budak Laikha tu."
Lega hati Laura mendengarnya. Sebuah senyuman dihadiahkan kepada Zaliha. Terima kasih, mama.
Tangan Norman sudah naik memicit pelipis sendiri. Pening pula kepala dia. Tak tetap pendirian betul lah anak dan bini dia ni. Tidak mengapalah. Hanya hati ini mampu berdoa. Semoga sahaja Laikha sentiasa selamat. Dia tahu Laikha kuat. Biarpun dengan sikapnya yang agak polos itu, dia tahu Laikha bukanlah gadis yang begitu lemah. Hanya luaran sahaja yang membezakan dalaman yang tertutupi jasad.
"Suka hati kau orang lah. Ayah dah tak ada selera nak makan. Letih nak fikir." Norman langsung berlalu dan memanjat tangga ke atas. Lebih baik tidur. Buat serabut kepala otak aje.
![](https://img.wattpad.com/cover/303981229-288-k969871.jpg)
YOU ARE READING
| C | CARLO : THE SILENT DESTINY
Romance'Let go of your fears of starting over' || Known as Carlo Revino, Han Dylen's Bodyguard Malaikha Amanda. Gadis yang hidup sekadar menumpang di rumah mewah namun tak ubah seperti penjara dunia. Dipukul, didera, dimaki. Apa sebenarnya salah dia sampai...