Bab 15

4.1K 229 19
                                    

Tubuh sendiri dikerling. Berbeza. Untuk pertama kalinya, dia mengenakan gaun putih panjang yang dibelikan oleh Carlo tempoh hari itu.

Kali ini cermin dipandang. Rambut panjang dan ikal di hujung itu dibiarkan saja terurai ke bawah. Make up? Tak ada. Hanya gincu sahaja dia kenakan. Tapi tetap juga kecantikan yang terhasil semula jadi.

Mengenangkan itu, jantung kembali berdetak kencang. Jujur, dia takut sangat.

Haih... Tak apa Laikha. Kau boleh!

Baru sahaja dia ingin berlalu ke muka pintu, bunyi loceng biliknya tiba-tiba berbunyi. Dan Laikha yakin, itu mesti Carlo!

Dan sangkaannya tepat. Memang Carlo pun. Aduh! Dadanya kembali berdebar. Mengingat bahawa sebentar lagi dia akan berhadapan dengan orang-orang. Itu satu. Kedua, apa pandangan Carlo bila pandang dia ni nanti?

Laikha terus menyembunyikan dirinya di belakang pintu. Sorok diri dulu, tak sanggup dia dipandang Carlo. Nanti kalau Carlo kata dia pelik lagi macam mana?

Perlahan-lahan, Laikha membuka lebar pintu biliknya. Tak terus tunjukkan diri. Biarlah Carlo jumpa dia dulu.

"Laikha? Dah siap?" Kening Carlo bertaut bila sedar Laikha bersembunyi di belakang pintu itu.

Tiada respons.

Dahinya berkerut. Dengan langkah yang cukup berhati-hati, dia akhirnya masuk. Baru tiga tapak melangkah, Carlo sudah tergamam. Tak berkelip matanya memandang susuk gadis yang sedang berdiri sambil menunduk di belakang pintu itu.

Bila sedar Carlo sudah di hadapannya, Laikha akhirnya angkat wajah.

"Okey tak saya, Carlo?" soal Laikha. Jujurnya, dia tak konfiden.

Oh god! Carlo menekup mulutnya. "Are you an angel?"

"Hah?" Laikha tak faham. Bidadari? Siapa bidadari?

"You look so pretty, honey!" puji Carlo. Terpesona dengan kecantikan gadis di hadapannya itu. Nampak natural saja.

Bila dengar itu, automatik pipi Laikha berubah rona. Merah-merah. Tak perlu blusher.

"Betul ke?" soal Laikha malu-malu. Juntaian rambutnya diselitkan di belakang telinga.

Carlo terbatuk melihat Laikha. Ya Allah, dia malu-malu pula. Kenapa comel sangat ni!

"Carlo? Awak okey ke ni?" Wajah Laikha berubah cuak bila Carlo tiba-tiba terbatuk.

"N...no." Carlo pura-pura menahan sakit. Sebelah tangan pula menahan dinding, gaya macam hampir nak tumbang.

Laikha panik. Dengan pantas, dia mendekati Carlo.

"Awak sakit ke? Dekat mana? Biar saya periksa."

"Here. Here, Laikha. Please help me." Dada ditunjuk-tunjuk. Bibir pula berusaha ditahan daripada pecah dengan senyuman.

Laikha terpinga-pinga. Akibat terlalu panik, tanpa sedar Laikha langsung meraba-raba dada kekar Carlo. Mencari di mana yang sakit. Namun hanya seketika sebelum telinga menangkap bunyi gelak maskulin seseorang.

Carlo!

"Ya Allah, Carlo!" Laikha menjerit, geram. "Saja nak main-mainkan?"

"Not either, Laikha. My heart beating so fast." kata Carlo. Tersengih.

"Because of what?" Laikha dah bercekak pinggang. Eeee geram aje dia!

"Because of you." ucap Carlo. "Because of you, Laikha." ulangnya lagi. Kali ini dia merenung gadis itu dengan tatapan redup.

| C | CARLO : THE SILENT DESTINYWhere stories live. Discover now