Sampai bilakah dia harus tetap bertahan? Tinggal di dalam rumah yang serba mewah namun tak ubah seperti neraka dunia.
Semuanya serba-serbi tak kena. Apa salah dia sebenarnya? Kenapa dia terus menerus di hukum sekejam ini walaupun dia tidak bersalah?
Malaikha Amanda
Sejak umur tujuh tahun, dia diangkat sebagai anak angkat dalam keluarga Encik Norman setelah kematian orang tuanya. Lelaki itu baik kepadanya, namun tidak kepada penerimaan isteri dan anaknya. Melalui jelingan mata sahaja, dia dapat tahu nasib seterusnya yang bakal dia hadap. Ya.
Dan semenjak itu, belakang inilah yang selalu meninggalkan kesan parut. Tapak tangan inilah yang berbirat. Tapi itu dulu, sekarang tidak lagi. Cuma, tiada apa yang berbeza. Kalau dulu, dia diserang fizikal. Sekarang, mental pula dihunus dengan jutaan tikaman lidah. Kadang kala, kedua-duanya sekali. Setiap hari!
Pagi itu, sedang dia sedap diulit mimpi...
Splash!
"Uhuk uhuk!" Tercungap-cungap Laikha bernafas. Mata yang terasa berat digigihkan juga dibuka. Dia bangun. Rambut dan wajahnya yang basah kuyup akibat disimbah itu diraup ke belakang.
Tergamak!
"Amboi, sedapnya kau tidur. Berapa kali aku panggil, tak menjawab!" Laura, adik yang muda setahun darinya itu sudah mencengkam kuat rerambut Laikha.
"Apa? Kau ingat kau tuan puteri? Boleh hidup sesuka hati dalam rumah ni? Cis, sedarlah diri yang kau tu anak pungut!" Serentak itu, kepala Laikha di tolak kasar.
"Ingat, kau tu sebenarnya tak ubah macam orang gaji. Cuma bezanya, ayah aku angkat kau jadi anak." ucap Laura tajam sambil menunjuk muka gadis itu.
Laikha teguk liur yang terasa pahit.
"Cepat bangun! Masak!"
Sejurus itu, daun pintu bilik terus dihempas kuat. Terhinjut bahu Laikha bahana terkejut.
Mata kuyu itu dipejam rapat. Dalam hati dia berdoa. Ya Allah, pinjamkanlah aku sedikit kekuatan untuk meneruskan hidup yang semakin hari semakin dilanda pancaroba ini . Ayah outstation, hanya ada Kak Pah sahaja yang menjadi tempat paling selamat untuk aku.
"Malaikha Amanda!!!"
Dengan helaan nafas yang berat, kaki di atur ke bilik air. Tak apa, Laikha. Kau kuat! Kau kuat!
*****
Ya, bersedialah kau Laikha. Apa nak buat sekarang ni?
"Kak Pah, macam mana ni? Bahan-bahan masak dah habis."
Pintu peti ais ditutup. Kaki kemudiannya di bawa mendekati Kak Pah, pembantu rumah yang sedang membasuh sisa pinggan mangkuk di singki itu.
Aktivitinya terhenti. "Ya Allah, akak lupa!" Kak Pah menepuk dahi. Baru dia teringat.
Melihat itu, Laikha tersenyum. Tubuh wanita itu dipeluk kejap. Dan kerana tindakan spontan itu, Kak Pah terkaku untuk seketika.
"Tak apalah, kak. Biar saya aje yang pergi beli." kata Laikha lembut.
Kak Pah rasa tak sedap hati. Dia terus menggeleng. "Eh, tak apalah. Kamu duduk aje kat sini. Biar Kak Pah aje pergi. Nanti tak pasal-pasal, Puan marah kamu."
Tapi Laikha menggeleng. "Tak, kak. Mama tak marah saya sebab keluar, tapi sebab tak beli barang-barang. Sebab Laikha tak peka." Laikha masih tenang.
"Laikhaaa..." Lemah jiwa wanita itu melihat air muka keruh Laikha.
"Tak apalah. Biar akak aje yang gantikan tempat Laikha. Laikha rehatlah, ya?" Suara Kak Pah persis memujuk.
Laikha angkat muka. Tak semena-mena, matanya bersabung dengan figura Puan Zaliha yang baru masuk ke dapur. Muka...macam nak makan orang.
"Haaa, kenapa tak masak-masak lagi ni?!" tengking Zaliha kepada Laikha yang mula kecut ketakutan itu.
Melihat itu, Kak Pah terus berdiri di hadapan Laikha. "Maafkan saya, puan. Tapi barang-barang makan dalam rumah ni dah habis. Saya cadang nak beli sekarang."
Atas bawah, atas bawah susuk Kak Pah dikerling. "Kau tepi. Aku bercakap dengan budak degil seorang tu."
Budak degil? Sejak bila dia degil? Padahal apa sahaja kemahuan semua orang dalam rumah ini, dia turuti.
"Laikha!"
Gulp!
Perlahan-lahan, dia memberanikan diri juga keluar dari benteng persembunyian Kak Pah. Dan tanpa sempat mencerna apa-apa, rahangnya langsung dicengkam kuat.
"Hei! Kau memang tahu nak makan percuma dalam rumah ni aje, kan?" Bulat mata Zaliha memandang Laikha. Bencinya dia dengan perempuan yang acah polos ni.
"M...maafkan s...saya, mama" tersekat-sekat Laikha berkata.
"Kau jangan nak panggil aku mama. Kau tu anak pungut. Sedarlah diri kau tu cuma menumpang."
Zaliha menolak kasar dahi Laikha. Mahu tak bergegar otaknya ditolak sebegitu rupa.
"Dah, aku tak nak dengar apa-apa lagi. Tahu makan, tahu juga nak beli, kan?"
"Puan---" belum sempat Kak Pah membantah, tangan Laikha sudah naik melarangnya. Sayu sahaja hatinya melihat Laikha yang hanya mampu tersenyum itu.
Senyuman itu, tak ubah seperti mawar berduri. Cantik dilihat, tapi mudah terluka. Betul lah apa yang anak itu kata. Walau apapun yang terjadi, pasti salah itu dihumban ke arahnya. Semua salah dia. Mungkin kalau ikan di lautan Pasifik tu mati seekor pun, Laikha juga yang kena tuding jari.
"Kalau macam tu, Laikha pergi dululah ya."
"Tapi Laikha nak naik apa?" soal Kak Pah risau.
Laikha senyum pada Kak Pah. "Sekarangkan dah maju. Laikha naik GrabCar aje lah. Kak Pah tak perlu risau." bisik Laikha.
Pantas dia keluarkan telefon bimbit dari poket seluar. Sewa GrabCar terus. Senang. Beg dah siap disilangkan pada tubuh. Tak sampai sepuluh minit, kereta dah sampai depan rumah. Fuh, cepatnya!
"Sunrise Shopping Centre?"
Laikha angguk sebaik sahaja pemandu lelaki itu bertanya. Bukan niatnya nak ber-shopping, cuma di situ aje tempat paling dekat. Jadi, nak tak nak dia kena pergi juga.
Beberapa minit perjalanan, mereka akhirnya tiba di destinasi. Usai membuat pembayaran, kaki langsung melangkah ke dalam kedai.
Dup dap dup dap!
Eh?
Kenapa aku rasa tak sedap hati ni?
Laikha telan liur. Matanya kini memandang sekeliling kedai itu. Dan...gulp!
Kelihatan beberapa orang lelaki sedang lekat memandang dirinya dengan senyuman yang sukar hendak di baca.
to be continue🕊
YOU ARE READING
| C | CARLO : THE SILENT DESTINY
Romansa'Let go of your fears of starting over' || Known as Carlo Revino, Han Dylen's Bodyguard Malaikha Amanda. Gadis yang hidup sekadar menumpang di rumah mewah namun tak ubah seperti penjara dunia. Dipukul, didera, dimaki. Apa sebenarnya salah dia sampai...