Bab 2

6K 284 9
                                    

Laikha jeling baju sendiri. Tak ada kotoran pun, tapi kenapa lelaki-lelaki tu asyik tersenyum?

Hesy, sudah Laikha! Tak payah layan. Mungkin kau aje yang perasan dia orang senyum tengok kau.

Sudahnya, Laikha langsung sahaja masuk ke dalam pasaraya tanpa mempedulikan kejadian tadi. Makin difikir, makin meremang pula bulu roma. Jadi lebih baik buat tak tahu.

Sepanjang dia membeli barang, entah kenapa dia merasa seperti sedang diperhati. Bila dia toleh belakang, ada lelaki. Toleh depan, ada lelaki juga. Kiri kanan pun sama. Lelaki!

Cumanya mereka nampak sibuk membeli barang macam dia juga. Tapi tetap juga, dia rasa kurang selesa. Semua lelaki, perempuan-perempuan di dunia ni mana?

Seketika, Laikha tersedar sesuatu. Jantung seakan berhenti berdetak. Baru perasan, kenapa pasaraya ni macam tak ramai orang? Dan yang lagi pelik, kenapa hanya ada lelaki?

Laikha kemam bibir. Aura negatif mula bermaharajalela. Laju tangan mencapai apa barang yang nak dibeli di rak kedai. Selesai, dia terus berjalan laju ke kaunter pembayaran.

Dia mesti keluar dari sini dengan segera!

Namun baru sahaja dia ingin melarikan diri, langkahnya terhenti. Nyawa bagai rasa hendak melayang saat ada sekumpulan lelaki sedang berjalan mendekatinya.

Gulp!

Satu, dua, tiga dan... lapan orang?!

Tak boleh jadi. Dia perlu lari!

Laikha berpaling ke belakang. Dan sekali lagi, niat hendak melarikan dirinya terbantut. Barang-barang yang dicapai tadi sudah selamat terlepas dari pegangan tangan.

Macam mana ni? Depan belakang aku dikepung. Ya Allah, bantu aku! Mana semua orang ni?

Tak semena-mena, tubuh kecilnya diangkat. Beg yang disilangkan di tubuh juga dirampas.

"Arghh...Lepaskan aku!" Laikha meronta-ronta agar dilepaskan.

"Mana lagi duit kau?!" kasar salah seorang lelaki itu menempelak. Beg duit gadis itu dibelek.

Tubuh Laikha yang diangkat tadi terus ditolak jatuh. Laju sahaja tangan lelaki itu mencengkam rahang Laikha. Yang lain turut mengepung.

Ya Allah, luka yang ada di badan ni pun belum sempat nak sembuh, datang lain musibah lain.

"Aku tanya mana duit kau?!"

"Aku...tak ada duit!" Air mata bergenang saat menjawab. Ya, memang pun. Dia memang tidak mempunyai duit. Duit yang ayah bagi kepadanya pun habis lesap oleh Laura. Duit yang dibawa sekarang ni pun cukup-cukup untuk membeli keperluan.

"Kau jangan nak menipu kita orang!"

Poket seluar Laikha langsung diraba. Depan, belakang, kiri dan kanan diperiksa rakus.

"Apa ni?! Lepaslah!" jerit Laikha dengan pipi yang lecun dengan air mata.

"Buka kasut dia." kata salah seorang mereka.

Dalam keadaan terduduk, Laikha mengengsot tubuhnya ke belakang. Kasut digenggam. Apa dia orang nak buat?

"Eh, kau jangan nak larilah!"

Kepala Laikha terdorong ke belakang saat rambutnya ditarik kasar. Kasut yang dipakainya sudah selamat dicabut oleh mereka.

"Apa kau orang nak sebenarnya?!" teriak Laikha tak tertahan.

"Bodoh! Kosong!" Bila kasut itu kelihatan kosong tanpa ada duit, langsung sahaja mereka melemparkan kasut itu ke tubuh Laikha. Aduh!

Salah seorang dari mereka datang lalu duduk mencangkung di hadapannya.

| C | CARLO : THE SILENT DESTINYWhere stories live. Discover now