WAJAH Alyssa masam mencuka sebaik sahaja keluar dari bilik pejabat Arash Zakuan atau panggilan singkatnya Arash aka BFH (Boss from Hell) yang dia gelarkan buat lelaki itu. Sejak kehadiran Arash Zakuan menjadi CEO Stasia Enterprise wajah Alyssa tidak lagi seceria dahulu, office tidak lagi aman seperti dahulu. Bukan dia sahaja bersikap demikian, malah pekerja-pekerja lain juga.
Hendak tak hendak terpaksa mereka menurut sahaja kehendak boss barunya.
Boss yang di maksudkanya adalah anak tunggal Tan Sri Farihin sendiri. Selama Tan Sri Farihin menjadi CEO dan mengendalikan syarikatnya dahulu, tidak pernah Alyssa di herdik dan dimaki sedemikan rupa. Tan Sri tidak seperti anaknya yang sombong dan bongkak itu. Malah tidak keterlaluan jika dia mengatakan Arash tidak memiliki peribadi sebaik bapanya.
"Hah kenapa dengan kau, muka masam aje dari tadi?," tegur Shima sebaik sahaja terpandang akan wajah Alyssa yang tak ubah seperti tapai basi. Muncung sedepa. Hilang seri wajahnya yang sememangnya ayu.
Tanpa menjawab Alyssa menghempas file akaun di atas mejanya. Sengaja dia berbuat begitu menunjukkan dia geram dan marah. Dia menjeling ke arah Shima yang sudah biasa dengan perangainya bila setiap kali dia berjumpa dengan BFH.
"Ada ke muka aku senyum macam dulu sejak si jan tut tu jadi boss kita!!! Ada tak!," jawab Alyssa kuat dengan wajah selamba tanpa menoleh kiri kanan bila dia mengutuk Arash. Dia tidak peduli akan orang di sekelilingnya. Lantaklah! Sakit hati benar dia dengan Arash. Ikutkan hati hendak di cekik-cekik batang lehernya.
Shima tidak terperanjat mendengar komen Alyssa kerana memang sejak kebelakangan ini perkataan itu yang sering keluar dari mulut mereka. Dia tidak tahu kenapa perangai Arash Zakuan sedemikian rupa. Rupanya tidak sepadan langsung dengan perangainya. Harap muka sahaja kacak. Tapi perangai Nauzubillah! Datang bulan sepanjang tahun! Ada sahaja yang tidak kena pada pandangan matanya. Apa sebenarnya masalah anak tungal Tan Sri Farihin tu. Sehinggakan Tan Sri tidak tahu bagaimana hendak membetulkan perangai Arash. Sakit otak barangkali!
Alyssa merentap pensil dari container dengar kasar. Semua pensil dan pennya bertaburan di atas meja. Tanpa menghiraukan mejanya yang berselerakan pantas jarinya menulis memperbetulkan angka-angka yang dianggap salah di mata Arash.
Shima hanya mengelengkan kepalanya perlahan, dia tak dapat hendak membantu Alyssa kerana dia sendiri selalu menjadi mangsa Arash. Perbuatan Arash yang melampau itu hingga membuatkan Alyssa dan Shima pernah terfikir hendak mengajarnya suatu hari nanti. Biar Arash sedar samada langit itu tinggi atau rendah.
"I wish he would die!!! Kena langgar lori! Eiii.....gerammmmmmm!!!" gerutu Alyssa menyumpah seranah Arash menjadi penyebab hidupnya di office tidak aman dan seceria dahulu kini keadaan office menjadi tegang sejak kehadirannya.
Arash, ya Arash yang dimaksudkan oleh Shima dan Alyssa. Sejak kali pertama mereka di perkenalkan oleh Tan Sri Farihin, mereka sudah menjangka the worst nightmares begin. Kerana dari segi rupa dan physical Arash sememangnya perfect! Memiliki wajah yang kacak punya karisma and whatnot!!
Arash bisa mencairkan hati mana-mana wanita kerana memiliki wajah yang kacak dan Arash seorang lelaki yang suka bergaya. Sehinggakan makcik yang membersihkan pejabat turut mengaku Arash sememangnya seorang jejaka yang kacak.
Selama ini, Tan Sri tidak pernah membawa anak tunggalnya ke pejabat, kerana menurutnya, Arash berada di overseas dan tidak berminat untuk mengendalikan syarikat perusahaannya kerana alasan yang di berikan Arash, dia tidak menuntut jurusan business studies dan dia tidak tahu akan selok belok dunia perniagaan. Tapi entah bagaimana pula dia berubah fikiran untuk mengantikan tempat ayahnya.
YOU ARE READING
Sweet Revenge (Completed)
RomanceAlyssa seorang accounts manager di Syarikat pembangunan Stasia Heights. Dia mempunyai teman baik seorang jurutera bernama Shima. Dan dia suka bekerja di bawah jagaan Tan Sri Farihin kerana dia seorang majikan yang baik hati. Sehingga lah suatu hari...