MEMBURU CINTA IV

2.1K 129 2
                                    

Dari jauh Armel nampak kelibat Aryan keluar daripada dewan. Kelihatan Aryan melangkah ke keluarga mereka dengan senyuman lebar di wajahnya. Hari ini merupakan hari konvokesyen Aryan setelah dua tahun setengah bertungkus lumus menghabiskan pengajiannya dia peringkat diploma. Berbaloi dia tak tidur malam demi menyiapkan tugasannya. Rezeki Aryan juga memiliki Anugerah Naib Canselor setelah berturut- turut mendapat keputusan dekan.

"Tahniah Yan." Tubuh Aryan dipeluknya erat. Bertuah dapat adik bijak dan pandai ini.

"Nah untuk adik kakak." Armel hulur jambangan bunga yang terselit coklat diatasnya. Tersenyum manis Aryan menyambut hadiah pemberiannya.

Seketika mata Aryan mengerling pada satu jambangan bunga yang masih ada dalam pegangan Armel.

"Itu untuk Yan juga ke?"

Armel geleng kepala. Bagi satu cukuplah! Tamak budak ini.

"Ini untuk kawan Yan tu." Armel muncung pada Irsyad yang turut ada juga di situ.

"Irsyad?" Soal Aryan tidak percaya. Dia pandang wajah Irsyad dengan senyuman penuh tersirat.

Irsyad pula memandang Aryan dan Armel silih berganti. Pada mulanya Irsyad tak mahu ikut Aryan jumpa keluarganya tetapi dah Aryan memaksa memandangkan dia hanya seorang diri di situ terpaksa Irsyad mengikutnya.

"Thank you." Irsyad capai jambangan bunga yang dihulurkan Armel. Serba salah dia nak ambil apabila teringatkan kejadian dia meluahkan perasaan kepada wanita itu. Selepas kejadian itu memang Irsyad tak banyak bercakap dengan Armel. Dia keluar dari pejabat pun Armel tak ada cakap apa- apa. Fahamlah Irsyad yang Armel memang tak sukakan dia.

Irsyad pandang Aryan. Kawannya itu dah pergi dekat mama dan papanya. Tinggal Irsyad berdua dengan Armel.

"Tahniah dapat anugerah ANC. Teruskan usaha lagi. Masih jauh lagi perjalanan awak. Saya yakin lepasni awak mohon mana- mana pun awak senang dapat sebab best student kan." Hanya senyuman nipis Irsyad lemparkan.

"Terima kasih. Selagi ada kudrat untuk belajar memang aku akan teruskan. Sebab-"

Irsyad diam. Matanya tunak mencari anak mata cantik Armel. Dimana kali pertama dia jatuh cinta pada wanita itu selepas melihat renungan mata Armel.

"-Ada orang pernah cakap pada aku..."

Mulalah hati Armel jadi dup dap dup dap!

"Untuk kejar cinta aku, aku kena kejar dulu impian dan cita- cita. So, here I am. Aku tak akan berhenti belajar dan tunjukkan kejayaan aku sehinggalah dia yakin dengan aku. Yang aku bukanlah budak 21 tahun yang tak kenal apa- apa. I know everything and I learned it." Perkataan 'dia' yang ditutur dari bibir Irsyad sengaja dikuatkan.

Serba tak kena Armel mendengarnya. Armel tahu kata- kata itu ada makna disebaliknya. Dan ditujukan khas untuk dirinya.

-ˋˏ ༻❁༺ ˎˊ-



4 tahun berlalu,

Semuanya sudah berubah. Terhidang di hadapan matanya ini juga turut berubah. Wajahnya kekal beku seperti kali terakhir Armel melihatnya. Tubuhnya kelihatan lebih tegap dan wajahnya juga jelas kelihatan lebih matang apabila ada kumis halus yang tumbuh di wajahnya.

Malam itu Armel tak menyangka yang Aryan nak bawa Irsyad makan di rumah mereka. Setelah hampir empat tahun tidak bertemu, lelaki itu muncul dengan personaliti barunya. Melihat saja lelaki itu Armel dapat rasakan aura dia sungguh lain. Berbanding dengan Irsyad yang dikenalnya dahulu masih kelihatan lelaki bujang yang sibuk belajar dan bermain.

Kini, aura lelaki itu seperti lelaki matang yang sudah berkahwin. Memiliki keluarga sendiri. Ada kerjaya yang hebat. Kekayaan dan pendidikan yang tinggi. Tiba- tiba fikiran Armel melencong memikirkan yang Irsyad sudah kahwin. Iyalah, mereka dah lama tak berjumpa. Tup tup, Aryan bawa Irsyad ke sini mulalah dia tak fikir lelaki itu sudah berjaya sekarang. Empat tahun macam- macam boleh jadi. Lihat saja kereta yang terparkir di luar sana cukup menggambarkan diri Irsyad yang sekarang.

KOMPILASI CERITA PENDEK [EDISI 2]Where stories live. Discover now