Dhiara skrol akaun tiktok dia. Penuh fyp dia dengan video makanan. Sekali dia tekan suka di video makan, berderu- deru video makanan lain masuk ke dalam. Tak semena- mena dia rasa mengidam pula nak makan enoki butter hasil melihat masakan yang dibuat oleh Anju.Dhiara letak telefon di tepi. Kaki diturunkan ke lantai. Perut disentuh. Usia kandungan Dhiara sudah mencecah lima bulan. Dia mahu ke bawah mendapatkan suaminya. Sejak pagi tadi dia masih duduk di dalam bilik. Itu pun sebab Nuh yang minta dia berehat di dalam bilik sementara lelaki itu sedang mengemas bawah.
Pernah juga Dhiara mempelawa diri untuk membantu Nuh membersihkan rumah. Sudahnya, Nuh berkeras menghalang dia untuk melakukan tugas tersebut jika tak mahu buat Nuh merajuk. Terpaksalah Dhiara ikutkan kehendak suaminya walaupun dia rasa dah tepu tak buat kerja di rumah. Kalau di tempat kerja, lasak macam mana pun dia bukan Nuh tahu. Jika di rumah, pantang sungguh lelakinya melihat dia buat kerja.
Dia berjalan keluar bilik. Tombol pintu dipulas. Pintu dibuka. Dhiara menapak ke tangga. Dari atas dia tidak dapat melihat keadaan di bawah. Telinganya hanya menangkap bunyi sunyi di bawah. Mana pula suaminya pergi?
Langkah Dhiara diatur menuruni anak tangga. Bila pandangan mata terlihat ruang tamu kelibat suaminya tak ada. Namun, belum sempat Dhiara turun di anak tangga yang terakhir, tak semena- mena kakinya tergelincir dan dia terjatuh dari anak tangga yang kedua sehingga ke bawah.
"Auchhh!" Dhiara mengadu sakit. Raungan sedikit kuat gara- gara dia terasa sakit di bahagian bawah ari- arinya. Dia langsung tak perasan tangga basah. Matanya menangkap baldi dan sebatang mop di dalamnya.
"Sayang!" Terkejut Nuh melihat tubuh Dhiara yang sudah terduduk di bawah tangga. Wajahnya sedang menahan kesakitan. Nuh melutut di tepi Dhiara. Peluh yang merinik di dahi Dhiara diusap. Hanya seketika, pandangan mata Nuh tertancap pada kain putih Dhiara yang sudah tercemar dengan darah.
"Abang... tolong bawa Dhia ke hospital. Sakit sangat!"
Nuh tercengang dengan apa yang dilihatnya. Wajah Dhiara sudah lencun dengan air mata. Suara Dhiara tertahan- tahan digabung dengan rasa sakit yang ditimpa. Terus tubuh Dhiara dicempung ke dalam dukungan. Tubuh Dhiara dibawa masuk ke dalam kereta.
Dia harus cepat! Nuh tak sanggup melihat kesakitan isterinya. Apatah lagi sepanjang perjalanan ke hospital suara Dhiara tak berhenti mengadu sakit. Sebelah tangan Dhiara digenggam kemas.
Sungguh Nuh rasa semuanya disebabkan dia. Punca Dhiara jatuh disebabkan dia meninggalkan tangga yang basah gara- gara tak tahan ingin ke tandas. Akhirnya, dia menyaksikan tubuh isterinya terjatuh di bawah.
"Sayang... Tolong kuat. Tolong bertahan demi anak kita." Jika ada apa- apa yang berlaku kepada Dhiara dan bakal anak mereka, Nuh akan salahkan diri sendiri kerana terlalu cuai. Bila- bila masa Dhiara boleh turun ke bawah, tetapi kenapa dia langsung tak peka dan biarkan lantai yang basah di lalui oleh Dhiara.
"Sakit abang!" Rintih Dhiara memegang perutnya. Saat ini dia sudah tidak merasa lagi gerakan di dalam. Dhiara takut! Dia takut dia bakal kehilangan anaknya.
"Tolong bertahan sayang." Lagi harapan Nuh berharap Dhiara mampu bertahan sehingga mereka tiba di hospital.
-ˋˏ ༻❁༺ ˎˊ-
Nuh jatuh terduduk di atas kerusi. Kepala disandarkan di dinding. Wajah diraup kasar. Sungguh besar ujian yang perlu dihadapinya saat ini. Kakinya lemah dan longlai. Dia tak mampu nak menampung dirinya. Apatah lagi untuk berdiri di sebelah katil isterinya.
"Nuh..." Bahu Nuh disentuh. Mata yang terpejam dibuka. Pandangan Nuh terhala pada daddy dan mummy yang datang melawat Dhiara. Selepas Dhiara selamat masuk ke dalam ruangan kecemasan, dia terus menghubungi mummy dan daddy memberitahu tentang keadaan Dhiara.
Dhiara hanya ada keluarga mentua. Ibu dan ayah Dhiara sudah lama meninggal. Dhiara ada adik lelaki yang sedang melanjutkan pelajaran di universiti awam. Mereka dua beradik. Selepas Dhiara berkahwin dengan Nuh, Dhiara menumpang kasih sayang keluarga Nuh.
"Daddy mummy..." Tak sempat Nuh bangkit, bahunya ditolak perlahan oleh daddy meminta dia hanya duduk saja. Nuh salam tangan daddy dan mummy-nya. Dia perasan wajah sedih yang tertayang di wajah mummy. Sementelah daddy masih kekal tenang walaupun Nuh tahu dia sedang menyimpan perasaan sedih itu dan tidak mahu ditunjuk pada anak dan menantunya.
"Macam mana Dhia boleh jatuh, Nuh?" Mummy mengambil tempat di sebelah. Nuh mengeluh halus. Saat dia teringatkan kesilapan dia, hati dia memberat dengan rasa serba salah.
"Nuh mop lantai. Tak sedar Dhia nak turun bawah. Lantai tak sempat kering dan..." Tak perlu Nuh cerita penuh, mummy dah boleh mengagak punca Dhiara terjatuh.
"Anak Nuh dah tak ada mummy..." Tangisan seorang anak lelaki bergema di ruang koridor itu. Terhinjut- hinjut bahu Nuh menahan esakan.
Di dalam wad tadi, dia menahan tangisan. Wajah sayu Dhiara direnung dengan rasa sedih. Sedih bila mana zuriat yang ditunggu mereka pergi disebabkan kecuaian dia. Namun bukan itu yang buatkan Nuh bertambah kecewa dengan diri sendiri. Sedar daripada tidur, Dhiara minta dia keluar. Dhiara langsung tak mahu pandang muka dia. Mungkin Dhiara terlebih dulu tahu bawa anak mereka sudah tiada.
"Allah..." Mengucap mummy yang mendengar berita duka ini. Sungguh besar dugaan yang menimpa anak dan menantunya.
"Nuh tak boleh sedih. Nuh kena kuat." Belakang tubuh Nuh diusap tangan kekar daddy. Walaupun usia Nuh sudah menginjak ke angka 30 tahun, mummy dan daddy tak pernah kurang dalam memberikan kasih sayang. Malah, jika dia sedih seperti waktu kecil dulu masih lagi mummy dan daddy memujuknya.
"Allah uji kita sebab sayang. Mesti ada hikmah di sebalik ujian yang berlaku. Nuh tak boleh terus bersedih. Dhiara perlukan Nuh sebagai kekuatan dia." Pujuk mummy tidak mahu Nuh terus terbawa dengan kesedihan. Namun, hati tua mummy tak mampu tenang pabila mendengar ayat yang seterusnya.
"Dhia bencikan Nuh. Dhia tak nak tengok muka Nuh, mummy."
"Ya Allah..." Mummy turut berduka. Dia tak menyalahkan Dhiara. Tentu menantunya terkesan dengan apa yang telah terjadi.
"Nuh jangan fikirkan sangat. Mummy tahu dia tak terniat nak buat macam tu pada Nuh. Bagi Dhia masa. Biar mummy uruskan Dhia. Sekarang ni apa yang Nuh kena buat uruskan pengebumian anak Nuh. Jangan tangguhkan."
"Tapi Dhia tak sempat nak tengok anak kami..." Makin bertambah sebak dada Nuh mengenangkan anaknya yang sudah cukup sifat itu tidak bernyawa.
"Mummy yakin Dhia terlebih dulu dah tengok. Nuh jangan risaukan lagi. Cepat uruskan anak Nuh. Lepastu datang balik ke sini untuk pujuk Dhia."
Nuh mengangguk. Sekilas dia memandang ke wajah daddy. Lelaki itu mengangguk dan mengikutnya untuk menguruskan pengebumian anak syurganya.
Tunggu mama dan papa di Syurga, sayang...
-ˋˏ ༻❁༺ ˎˊ-
Bersambung
Kita harap Dhia tak minta bukan- bukanlah🥹
Jangan lupa vote dan komen, terima kasih🫶🏻
YOU ARE READING
KOMPILASI CERITA PENDEK [EDISI 2]
KurzgeschichtenKOMPILASI CERITA PENDEK [EDISI 2] ©️ 2022 Status: On-going Start: 11 March 2022 End: