"Han tak jadi nikah, mak."Hampir gugur jantung Mak Lijah mendengar kenyataan si anak. Dadanya diurut kasar. Anak matanya tajam merenung Eshan meminta penjelasan.
"Han jangan nak malukan mak. Mak dah jemput ramai orang. Kenapa sampai nak batalkan?"
"Han rasa dah buat keputusan yang salah. Betul kata mak, Erra memang tak sesuai untuk Han. Andai kata kami bernikah, Han tak mampu nak ubah dia jadi baik. Han juga banyak kekurangan. Cuma ada satu sebab lain yang buat Han fikir hubungan kami hanya setakat ini."
Sekaligus buat Mak Lijah teringatkan kata- katanya dulu.
"Han betul- betul nak jadikan Erra tu isteri?" Mak Lijah menyoal serba salah. Dia tak nak memburukkan Erra, tetapi selagi boleh ditegur lebih baik dia tegur sekarang.
"Kami saling cinta, mak."
"Ya mak tahu. Tapi Han kena tahu juga tugas seorang suami itu besar tanggungjawabnya. Nak mendidik seorang isteri susah, Han. Banyak cabarannya. Sebab tu bila jadi suami ni banyak benda yang kita kena pikul. Mak tak nak anak mak jatuh tersungkur gara- gara tak mampu didik isteri jadi baik." Eshan tersentap mendengarkan ayat Mak Lijah. Dia tak menafikan apa yang dikatakan Mak Lijah.
"Mak tak kata Erra tu jahat. Mak tahu dia baik sebab tu anak mak terpikat dengan dia. Tapi kalau boleh Han didiklah dia jadi wanita yang baik disisi Dia juga. Han fahamkan maksud mak."
"Erra curang, mak. Han nampak dia keluar berdua dengan lelaki lain dari hotel." Mak Lijah bertambah terkejut.
"Han bukan nak buka aib dia. Tapi Han perlu berterus terang dengan mak supaya mak faham kenapa Han buat keputusan macam ni." Tambah Eshan. Hatinya sudah cukup remuk dengan kecurangan Erra. Seminggu dia ambil masa untuk bertenang dan buat keputusan pulang ke kampung untuk memberitahu kepada Mak Lijah.
"Han ada bukti ke? Mungkin Han tersalah pandang." Mak Lijah cuba nak bersangka baik.
"Dia dah mengaku mak. Han dah jumpa dia dengan lelaki tu. Mereka mengaku dah ada hubungan sejak kami bertunang."
"Ya Allah, beratnya dugaan anakku." Terpejam mata Mak Lijah nak menghadamkan setiap perkara yang didengarnya.
"Majlis tu kita tukar dengan majlis bacaan Yassin untuk arwah ayah. Tentang orang kampung tanyakan majlis kahwin tu mak tak perlu fikir, Han akan selesaikan sendiri."
Mak Lijah tak sampai hati. Melihat raut wajah Eshan, dia tahu anaknya cuba menutup luka di hati. Mulalah Mak Lijah terfikirkan sesuatu untuk memastikan majlis itu berjalan seperti biasa.
"Kita gantikan pengantin perempuan." Tutur Mak Lijah dengan cadangannya tiba- tiba. Terkelu lidah Eshan.
"Hah?"
"Bihah boleh gantikan tempat Erra. Majlis tu akan diteruskan. Berbezanya pengantin perempuan saja. Han dah tak perlu fikirkan alasan nak cakap pada orang kampung."
"Han tak rasa Bihah akan setuju, mak. Lagipun takkanlah Bihah tak ada teman lelaki. Han tak nak caras makwe orang." Eshan tak rasa dia boleh ikut cadangan Mak Lijah. Antara dia dan Bihah ada jurang. Mustahil untuk mereka bersama dalam ikatan yang sah.
"Bihah tu single. Mak tak pernah nampak dia keluar dengan lelaki selama dia tinggal sini." Yakin Mak Lijah.
"Kalau Han terima cadangan mak, esok mak lamarkan Bihah untuk Han."
Eshan tak mampu nak bagi jawapan. Entahkan dia setuju ataupun tidak. Semuanya dia serahkan kepada Mak Lijah dan biarkan takdir yang membawa jawapan kepada permintaan Mak Lijah.
-ˋˏ ༻❁༺ ˎˊ-
Umi serahkan cincin kepada Bihah. Bihah pandang pemberian umi dengan seribu tanda tanya di wajah. Alih- alih balik dari klinik dapat cincin. Bihah tak rasa cincin itu hasil pembelian dari umi atau abah kerana kotak baldu yang menyembunyikan cincin itu nampak lain. Rasa seperti pemberian orang lain.
"Siapa punya ni umi?"
"Bihah punya."
"Bihah punya?" Bertambah kerutan di dahi Bihah.
"Mak Lijah melamar Bihah untuk Han."
Membulat anak mata Bihah. Wajah umi dipandang dengan rasa tidak percaya. Bukankah lelaki itu bakal menikah tidak lama lagi?
"Bihah tak faham. Kenapa Mak Lijah lamar Bihah untuk anak dia? Bukan abang Han nak bernikah tak lama lagi ke?"
"Umi tak rasa umi orang tepat untuk jelaskan semua tu. Bihah boleh tanya Han sendiri. Umi dan abah dah sepakat nak beri Bihah buat keputusan sendiri. Kami terima apa jua keputusan Bihah."
Bihah makin bertambah tidak faham. Kenapa tiba- tiba saja? Takkan mereka tak jadi kahwin? Dan menggunakan dia untuk menjadi pengganti pengantin perempuan.
Bihah masuk dalam bilik. Kotak cincin diletakkan di atas meja. Dia pandang sepi. Hanya seketika, telefonnya berbunyi. Nombor tanpa nama itu dipandang. Bihah tahu tak lain tak bukan Eshan yang menelefonnya. Entah siapa yang memberikan nombor telefonnya kepada lelaki itu.
"Assalamualaikum." Suara dari sana menyapa.
"Waalaikumsalam." Bihah jawab salam. Panggilan mereka sunyi buat seketika sehinggalah kedengaran deheman halus Eshan.
"Bihah baru balik kerja?"
"Hmm."
"Boleh abang nak cakap sikit dengan Bihah?" Kedengaran suara Eshan agak berat untuk bercakap dengannya.
"Hmm cakaplah." Bihah menanti penjelasan Eshan. Dia mahukan penjelasan lelaki itu membuat keputusan memilih dia.
"Umi dah serahkan cincin lamaran tu pada Bihah ke?" Eshan menyoal. Tiba- tiba dia rasa gementar nak bercakap dengan Bihah. Apatah lagi bila Bihah seakan malas mahu melayan panggilan telefonnya.
"Dah. Baru tadi." Balas Bihah pendek.
"Mak dah lamarkan Bihah bagi pihak abang. Tapi kalini abang nak melamar Bihah jadi isteri abang. Bihah sudi ke?" Dalam gentar Eshan melamar.
Tiba- tiba Bihah tergelak halus. Eshan dihujung sana dah rasa pelik.
"Abang salah orang ni. Bukan Bihah sepatutnya di tempat dia. Bihah bukan barang untuk ganti tempat bakal isteri tak jadi abang tu." Nada Bihah berubah serius. Hati dia terkesan. Dia kecewa. Walaupun ini yang pernah dia harapkan dulu, tetapi bukan sebegini yang akan jadi.
"Abang serius ni Bihah. Abang betul- betul nak melamar Bihah jadi isteri abang. Bukan sekadar untuk gantikan tempat dia."
"Kenapa abang tak jadi menikah dengan tunang abang?"
Eshan mengeluh halus. Dia tak tahu nak memberikan jawapan. Itu aib Erra. Seteruk- teruk wanita itu dia tak tergamak nak membuka aibnya.
"Jodoh kami tak panjang."
"Habistu abang pilih Bihah ni kira jodoh abang dengan Bihah panjanglah? Kalau jodoh kita tak panjang macam mana? Abang akan cari orang lain juga ke untuk gantikan tempat Bihah?" Tiba- tiba Bihah jadi beremosi membuatkan Eshan mula rasa sesuatu. Tetapi dia tak yakin selagi tak dapat jawapan daripada Bihah.
"Abang bagi Bihah fikir dulu. Bila Bihah setuju Bihah beritahu umi. Assalamualaikum." Eshan terus matikan panggilan.
Bihah terus meletakkan telefonnya kasar di atas katil. Wajahnya diraup. Ada keluhan berat terlepas. Peluang dah ada depan mata tetapi dia seakan- akan menolak.
Sejujurnya Bihah teringin ada hubungan istimewa dengan lelaki itu. Tetapi bukan dengan cari sebegini.
Dia buntu. Apa yang perlu dia buat sekarang? Jika dia menerima lamaran Eshan, dia seolah- olah dah hancurkan hati sendiri sebab memilih lelaki yang punya cinta pada wanita lain.
Cinta, yang bukan untuk dia.
-ˋˏ ༻❁༺ ˎˊ-
Bersambung
Agak- agak Bihah terima ke lamaran Eshan?
Jangan lupa vote, comment dan share❤️
YOU ARE READING
KOMPILASI CERITA PENDEK [EDISI 2]
NouvellesKOMPILASI CERITA PENDEK [EDISI 2] ©️ 2022 Status: On-going Start: 11 March 2022 End: