Tak berkelip mata Dhiara memandang alat ujian kehamilan di tangannya. Matanya dikecilkan. Cuba fokus pada line merah yang terlihat di atasnya. Dia sedar! Dia tak bermimpi! Malah dia yakin yang keputusan ini adalah benar. Hanya kemudian, senyuman di wajah Dhiara melebar.Dhiara jatuhkan tangan. Tangan melekap di perutnya yang kempis. Masih lagi tak menampakkan bentuk. Ya, dia mengandung. Dia yakin sekali yang dia sedang mengandung kerana ini alat ketiga yang dia cuba buat pemeriksaan.
"Dhia... Apa sayang buat kat dalam lama sangat tu?" Suara mamai Nuh kedengaran. Mana tidaknya, bangun tidur dia terus menghilang ke dalam bilik air. Selalunya Nuh akan sedar dulu. Tetapi sengaja dia mahu buat pemeriksaan tanpa pengetahuan suaminya. Lagipun, dia perasan yang dia mengandung disebabkan dia terlewat datang bulan.
"Dhia... buka pintu ni sayang..." Lagi pintu diketuk dari luar. Dhiara lekas menyimpan alat ujian kehamilan itu di dalam kocek baju tidurnya. Dia tak mahu Nuh tahu. Dia mahu sediakan kejutan buat suaminya.
Tangan dicuci. Kemudian, di lap menggunakan kain bersih yang tergantung di belakang pintu. Tombol pintu dipulas serentak bunyi kunci terbuka. Tak sempat dia menarik pintu ada tangan yang muncul menolak pintu ke dalam. Tubuh Dhiara terundur ke tepi memberi ruang buat suaminya masuk ke dalam.
Atas bawah Nuh merenung isterinya. Matanya sedikit kuyu. Masih lagi dikuasi ngantuk yang tak berpenghujung. Ini gara- gara tidur lewat malam tadi.
"You scared me." Ujar Nuh berbaur risau. Dhiara tergelak kecil. Lengan suaminya dipaut. Dia berjalan keluar dari bilik air. Tubuh Nuh didukkan kembali di atas katil.
"Dhia sakit perutlah abang. Itu pun nak risau." Pipi Nuh diusap- usap. Selalunya Nuh akan bereaksi begini bila dia menghilang di katil. Mana tidaknya, selalunya Nuh terlebih dahulu bangun daripada dia. Melihat dia tiada di sisi, tak ke risau lelaki itu.
"Makan apa malam tadi? Sakit perut lagi? Nak abang bawa pergi klinik?" Bertalu- talu Nuh menyoal dengan kerisauan di wajah.
Dhiara tergelak sendiri melihat Nuh mempercayai kata- katanya. Dia sengaja mencipta alasan lain agar Nuh tidak terus mengesyaki dia.
"Sakit perut biasa aje. Sekarang dah okey." Dhiara kulum senyuman. Ibu jari dinaikkan bersama jari lain digenggam ditunjukkan kepada suaminya.
"Tapi boleh tak..." Dhiara sengaja meleretkan kata. Tak semena- mena wajah yang hilang kerisauan itu kembali terpamer.
"Dhia nak apa?" Gementar Nuh menanti ayat isterinya dihabiskan.
"Dhia nak pergi klinik. Nak jumpa doktor. Mungkin sakit perut ni akan berlarutan." Dhiara sembunyi senyum.
"Boleh- boleh. Kita pergi sekarang." Bergegas Nuh untuk membersihkan diri. Pergerakan Nuh terhenti pabila lengannya disentuh Dhiara.
"Dhia okey abang. Janganlah panik sangat." Dhiara sembunyi senyum. Lucu melihat aksi suaminya yang begitu merisaukan keadaannya.
Agak- agaknya apa lah reaksi Nuh bila tahu dia sedang membawa zuriat mereka? Sungguh Dhiara tak sabar mahu menantikan saat itu.
-ˋˏ ༻❁༺ ˎˊ-
Masuk dalam kereta, tubuh Dhiara disauk ke dalam pelukan. Sungguh dia tidak mampu gambarkan dengan kata- kata. Dibiarkan tubuhnya dalam dakapan Dhiara. Terasa tangan Dhiara melilit di belakang tubuhnya. Kepala melentok di atas bahu tegapnya.
Dhiara tersenyum dalam pelukan. Dia tahu Nuh masih lagi kelu lidah. Jelas terbias wajah gembira suaminya di dalam bilik doktor tadi. Bibir suaminya hanya melebar dengan senyuman tanpa sebarang kata. Cuma Dhiara boleh perasan bibir itu mengalunkan kalimah Alhamdulillah tanda bersyukur pada rezeki yang dikurniakan mereka hari ini.
"Kenapa tak beritahu abang?" Nuh regangkan pelukan. Tangan melekap di wajah Dhiara. Dia yakin Dhiara terlebih dulu tahu akan kehamilan ini. Kalau tidak, Dhiara tak akan mengajak dia untuk membuat pemeriksaan pagi ini.
"Dhia rasa lain dekat tubuh Dhia. Lagipun abang tak perasan ke dah lama Dhia tak period?" Dhiara menyoal. Gelengan sebagai jawapan tanda Nuh tidak perasan tentang itu.
"Abang..." Nuh hilang kata. Dia masih lagi terasa seperti sedang mimpi. Kalau ini hanyalah sebuah mimpi, dia rela tak bangun.
"Abang tak mimpi. Dhia tengah mengandung anak abang." Dhiara boleh agak apa yang difikirkan suaminya. Mana tidaknya kalau Nuh tak habis- habis menepuk pipi sendiri untuk sedarkan diri.
"We waiting for long, sayang. Abang terlalu gembira. Abang bersyukur sangat. Penantian kita bertahun- tahun selama ini dah terjawab." Birai mata Nuh bergenang.
Dhiara tak mampu melihat tubir mata suaminya bergenang. Dia larikan pandangan. Cuba menghalang air matanya jatuh. Hampa, dia terlebih dahulu menangis. Bukan hanya Nuh gembira dengan berita ini. Dia berganda- ganda gembira dengan apa yang dirasainya hari ini.
"Allah dengar doa kita sayang. Allah dah makbulkan doa kita." Hujung ayatnya kedengaran sebutan Alhamdulillah di bibir Nuh.
"Terima kasih sebab tak pernah mengalah." Kepala Dhiara diusap- usap sayang.
Dhiara tersenyum lebar. Tangan Nuh dicapai dan dikucup belakang tapak tangan suaminya. Lama. Jika tidak kerana Nuh sentiasa memberikan sokongan, dia sendiri tidak tahu mampu bertahan atau tidak.
Akhirnya, penantian bertahun- tahun ini memberikan jawapan yang menggembirakan.
Hanya kemudian, Nuh tundukkan sedikit wajah. Tangan kekarnya diletakkan di atas perut isterinya. Lembut dia mengusap perut yang masih kempis itu.
"Assalamualaikum anak papa. Membesar dengan sihat dalam perut mama. Lagi lapan bulan nanti kita jumpa tau." Ciuman kudus dihadiahkan di situ.
Tersentuh hati Dhiara dengan aksi suaminya. Nuh kembali pada tempatnya. Mereka saling bertatapan. Pandangan penuh cinta dihantar ke dalam dasar mata isterinya.
"Thank you. Thank you so much! Abang cintakan Dhia sangat- sangat." Ucapan penuh syahdu itu keluar dari bibir Nuh. Semakin melebar senyuman di wajah Dhiara. Kenangan ini tak mampu dia lupakan. Walaupun ianya tidak dirakam, memori ini akan kemas di dalam ingatannya.
-ˋˏ ༻❁༺ ˎˊ-
Bersambung
Saja nak bagitahu bersedia untuk next part🫣
Jangan lupa vote dan komen, terima kasih🥰
YOU ARE READING
KOMPILASI CERITA PENDEK [EDISI 2]
Historia CortaKOMPILASI CERITA PENDEK [EDISI 2] ©️ 2022 Status: On-going Start: 11 March 2022 End: