DEMI CINTA IV

1.1K 84 4
                                    


Malam itu Erra buat kerja gila. Melihat penampilan diri di cermin, dia rasa seakan ini bukan Erra yang dikenali Irham. Buat pertama kali dia berpakaian sebegini selepas menjadi isteri Irham.

Pintu bilik dipulas dari luar. Hati Erra berdebar- debar. Dia takut dengan pandangan dan penerimaan Irham melihat dia memakai pakaian tak cukup kain ini. Saat Irham melangkah masuk ke dalam, mata mereka saling bersabung.

Irham tunduk memandang bawah dan ke atas melihat penampilan isterinya malam ini. Tak semena- mena dia rasa tak kena malam ini. Terasa angin sejuk menyapa kulit tubuhnya melihat penampilan isterinya. Irham telan liur kesat bila Erra mendekati dirinya. Terasa bulu romanya naik gara- gara menerima sentuhan halus di tangannya.

"You..." Seperti mana Irham gugup, Erra juga merasakan benda yang sama. Namun sedaya upaya dia cuba hilangkan rasa gugup yang kian kuat.

"Jangan buat macam ni kalau kau tak bersedia." Irham halang tangan Erra dari menjalar masuk ke dalam bajunya. Nafasnya kedengaran tak teratur. Kedudukan Erra dan dia terlalu rapat.

"I nak berikan hak you."

"Aku tak nak paksa kau. Pergi salin pakaian lepastu tidur." Arah Irham tak mahu keadaan ini berpanjangan. Apatah lagi saat ini dia tak betah melihat godaan Erra. Siapa saja tak cair melihat isteri sebegini di hadapannya.

"I memang nak berikan hak you, Am." Tak cukup itu Erra labuhkan ciuman di bibir Irham sebelum semuanya bermula pada malam itu. Dimana Erra serahkan dirinya yang serba kekurangan kepada Irham.

Sampai bila dia nak menafikan hak Irham kalau bukan sekarang. Dia cuma takut Irham jatuh ke tangan orang lain. Dia tak nak semua itu berlaku. Dan biarlah dia yang mulakan dulu sebelum apa yang ditakutkan itu terjadi.

Paginya Irham terlebih dulu sedar. Dia pandang jam di atas meja. Dah hampir nak masuk waktu subuh. Pandangan Irham kembali ke sebelah. Bibirnya melorek senyuman saat mengenangkan apa yang jadi semalam.

Selimut yang melorot di dada isterinya ditarik sehingga menutupi bahu. Rambut yang mengurai di wajah di bawa ke tepi. Satu ciuman berlabuh di dahi isterinya.

Serentak, Erra tersedar dengan sentuhan di wajahnya. Matanya mengecil sebelum terbuka luas memandang tatapan mata suaminya. Melihat saja Irham di hadapannya, laju Erra berlari masuk ke dalam bilik air. Pintu ditutup rapat dan dikunci.

Irham yang melihatnya terkesima. Kenapa pula Erra tiba- tiba masuk ke dalam? Atau sebenarnya Erra menyesal apa yang terjadi pada mereka malam tadi?

-ˋˏ ༻❁༺ ˎˊ-

Erra banyak mengelak. Irham pula jadi tak faham dengan isterinya. Dia rasa ada yang tak kena selagi tak dapat penjelasan daripada isterinya.

Rasa ingin tahunya membuak- buak. Dia takut andaiannya tepat yang Erra menyesal dengan apa yang berlaku malam tadi. Tapi Erra sendiri yang mulakan. Kalau tak kerana isterinya, dia sanggup menunggu sehingga Erra benar- benar bersedia untuk dimiliki.

Bila Erra lalu di depannya, laju dia menangkap lengan isterinya. Selagi Erra mengelak selagi itu dia tak dapat jawapan sama ada Erra ikhlas atau tidak memberikan haknya kepadanya semalam.

"Nak pergi mana?"

"I nak ke dapur. Haus." Erra cipta alasan.

"Baru tadi aku nampak kau minum. Takkan haus lagi. Jangan cakap kau nak mengelak daripada aku." Mata Irham memincing memandang Erra. Mahu mencari sama ada Erra menipunya atau tidak.

"Mana ada I mengelak daripada you. Lepaslah, I haus ni."  Erra cuba rungkaikan tangan Irham malangnya tautan tangan suaminya makin utuh.

"Duduk jap. Aku nak cakap sikit."

"Habistu air I macam mana?"

"Betul- betul haus ke ni?" Irham menyoal ingin kepastian.

"Yelah. Takkan I nak tipu pula."

Irham tarik tangan Erra lalu dudukkan di sofa. Sempat lagi dia bagi arahan pada Erra.

"Aku ambilkan air. Kau jangan cuba larikan diri pula." Tegasnya sebelum mengatur langkah ke dapur.

Erra tak mampu nak buat apa. Jika dia lari sekalipun tentu Irham akan mengejarnya. Lambat- lambat nanti Irham tentu nak tahu kenapa dia jadi begini tiba- tiba.

Tak lama itu Irham datang dengan minuman. Dihulurkan gelas berisi air oren kepada isterinya. Kemudian dia labuhkan duduk di sebelah Erra.

"Aku nak cakap sikit." Ujar Irham selepas Erra minum minumannya.

"Hurm cakaplah." Erra langsung tak pandang wajah suaminya.

"Boleh tak time aku cakap kau pandang muka aku. Kenapa? Dah benci tengok muka aku?"

Serta- merta Erra dongakkan wajah. Dia berdecit geram bila Irham sesuka hati menuduhnya.

"What?" Sebelah kening Irham terjungkit membalas renungan tajam si isteri.

"You memang sukakan tuduh I bukan- bukan. Bila masa pula I bencikan you."

"Habistu kalau tak benci kenapa mengelak daripada aku sejak pagi tadi."

"Mana ada I mengelak daripada you. I cuma..." Erra diam. Memikir jawapan sebetulnya. "I perlukan masa sendirian je."

Tiba- tiba Irham tergelak. Erra tak faham dengan maksud gelakan suaminya.

"Sepanjang kita kahwin tak pernah kau cakap perlukan masa sendirian. Ni tiba- tiba sejak kejadian malam tadi kau nak mengelak daripada aku. Atau aku ada terkasar..."

"Irham!" Erra tak sanggup nak dengar Irham cakap tentang malam tadi. Wajahnya berona merah.

"I malu. I mengelak bukan sebab I tak ikhlas apa yang terjadi malam tadi. Tapi I malu dengan you sebab I tak ada apa- apa nak diberikan pada you. I tak sempurna. I takut kekurangan I tu buat you kecewa."

Irham mula memahami apa yang menghantui isterinya. Tangan dia mencapai tangan Erra. Dikucup halus belakang tapak tangan itu sebelum digenggam di atas pehanya.

"Aku tak pernah pun pandang semua tu. Kau dah lupa janji aku pada kau?" Sebelah kening Irham naik tanda menyoal.

Erra menggeleng. Dia tak lupa. Bahkan dia yakin yang Irham tak akan pernah mungkir janjinya untuk bahagiakan dia dan buatkan dia lupa semua kisah silamnya.

"I sayangkan you, Am." Malu- malu Erra mengaku.

Irham tersenyum sumbing saat mendengar ayat manis itu meniti di bibir Erra.

"Sejak bila?"

"I tak tahu bila. Tapi yang pastinya I cemburu bila you dekat dengan clients you. Hati I tak kuat tengok you ada dengan perempuan lain." Erra mengaku lagi.

Hati Irham kembang dengan bunga- bunga cinta. Beginikah rasa indahnya bila bercinta.

"Patutlah semalam cemburu dia lain macam. Siap bawa sampai ke malam." Lirikan nakal diberikan. Tak semena- mena, tangan Erra laju mencubit perut Irham.

"Sakit sayang." Adu Irham. Boleh tahan menyengat cubitan isterinya.

"You sengaja nak malukan I." Erra cemberut. Bila dah luahkan beginilah jadinya. Irham suka main- mainkan dia.

Irham tarik Erra ke dalam pelukan. Bibirnya tak berhenti mengucup ubun- ubun isterinya.

"Terima kasih sebab beri peluang untuk aku masuk dalam hidup kau." Ayat itu diungkapkan ikhlas buat Erra kerana sudi melayari bahagia bersamanya.

-ˋˏ ༻❁༺ ˎˊ-

Bersambung

Happy dah mereka🥰
Next part ending kisah mereka. InshaAllah saya update petang ni.
Yang penting jangan lupa vote, comment dan share. Terima kasih🫶🏻

KOMPILASI CERITA PENDEK [EDISI 2]Where stories live. Discover now