BUKAN PENGGANTI DIA IV

1.4K 106 6
                                    


Eshan meraup kasar wajahnya. Dia beristighfar di dalam hati. Kalau diikutkan rasa marah di hati dia sudah heret Erra ke balai. Sanggup Erra cuba menghancurkan rumahtanggnya dengan berita palsu itu.

Surat yang berada di tangannya dipandang sepi. Dia tak salah. Bihah dah salah anggap. Tak mungkin dia akan buat perbuatan terkutuk itu. Dia masih ada akal yang waras. Dia ada iman dan maruah yang perlu dijaga.

Assalamualaikum abang,

Bihah minta maaf sebab dah tinggalkan rumah tanpa keizinan abang. Tapi Bihah dah tak kuat nak teruskan hubungan ni kalau abang dah tak perlukan Bihah sebagai isteri. Bihah tak nak abang berdosa.
Bihah dah tahu semuanya yang terjadi antara abang dan Erra. Sekalipun abang salah dalam hal ini, tolong jangan lari dari tanggungjawab. Bihah tak nak abang tanggung dosa gara- gara abang lari dari tanggungjawab. Tentang Bihah abang jangan risau. Bihah rela lepaskan abang demi Erra dan anak abang.
Bihah tak nak jadi penghalang antara abang dan dia. Bihah hanya pengganti Erra. Abang dan dia dah sama- sama berdosa. Jangan terus tambahkan dosa dengan biarkan hubungan tanpa ikatan. Demi Allah, andai terpaksa lepaskan abang untuk dia, Bihah dah terima dengan hati yang terbuka.
Maafkan Bihah. Bihah cuma mahu yang terbaik buat abang. Selamat menyambut bulan Ramadhan, abang.

Bihah, Isterimu.

"Bihah dah salah anggap sayang. Abang tak buat benda terkutuk tu." Ehsan merintih dalam tangisan. Buat pertama kali dia menangis kerana wanita. Sewaktu Erra meninggalkan dia, dia langsung tak terkesan seperti mana Bihah meninggalkannya.

Ehsan harus segera selesaikan masalah ini. Dia tak mahu ada hati yang tersakiti lagi. Cukuplah selama ini dia yang pernah tersakiti.

Dan dia tak mahu Bihah rasa yang sama. Itu janjinya.

-ˋˏ ༻❁༺ ˎˊ-

Menggeleng- geleng kepala abah melihat Bihah. Sudah puas dia menasihati si anak tetapi langsung tak ada tanda- tanda mahu berbaik.

"Sampai bila nak bermasam muka ni. Seorang dekat sana, seorang dekat sini. Abah nikahkan Bihah dengan Han bukan sampai nak jadi macam ni tahu. Kalau kata masih boleh berbincang, pergi berbincang baik- baik. Bukannya bawa diri sampai ke sini seorang diri."

"Dia yang salah patutnya dia datang pada Bihah. Dia jelaskan pada Bihah. Bukan jadikan Bihah kambing hitam dia. Bihah pun ada hati dah perasaan." Air matanya jatuh lagi. Sudah dua minggu Bihah tinggalkan Eshan. Dia pulang ke kampung. Dia tahu Eshan tahu keberadaan dia. Tetapi langsung tiada tanda- tanda Eshan ingin datang memujuknya.

"Yang Bihah pun satu. Dah tahu ada masalah tu berbincang. Bukan melarikan diri sampai ke sini. Bihah sendiri tahu Eshan tu sibuk kerja dekat sana. Nak balik kampung jarang sekali. Janganlah salahkan dia kalau dia tak datang sini."

"Nampak sangat perkahwinan ni tak ada erti pun bagi dia."

"Itu sebabnya Bihah kena dengar penjelasan daripada dia dulu. Jangan membuta tuli dengar apa saja bekas tunang dia cakap. Kalau dikatakan Eshan tak buat benda tu, Bihah sanggup tanggung dosa menuduh suami sendiri. Patutnya bulan mulia ni kita saling bermaafan- maafan. Jangan kerana dendam dan ego, kita usung rasa marah tu sampai menutup segala kebenaran."

Sedikit sebanyak kata- kata abah buat Bihah terkesan. Andai benar Ehsan tidak bersalah mampukah dia menagih sebuah kemaafan sang suami.

"Dua minggu lagi dah nak raya. Abah tak nak Bihah usung dosa pada suami sampai ke raya." Semedan buat Bihah rasa nak balik ke rumah suaminya. Bihah berdiri. Berura- ura ingin masuk ke balik untuk mengemas pakaian.

"Nak pergi mana?" Soal abah melihat kekalutan si anak nak masuk ke bilik.

"Nak balik rumah suami Bihah."

KOMPILASI CERITA PENDEK [EDISI 2]Where stories live. Discover now