TERHENTI SAAT INI III

1K 86 0
                                    


Percutian bulan madu. Seperti yang dijanjikan Mateen bawa Mikayla ke Cameron Highlands. Tempat kegemaran isterinya. Sebelum ini mereka pernah jejaki di sini sewaktu mereka masih lagi sebagai pasangan kekasih. Kali ini mereka datang lagi sebagai pasangan suami isteri.

Mateen bawa Mikayla ke sini sebab dia tahu Mikayla suka pergi sini. Angin sejuknya nyaman. Mikayla gemar makan strawberry. Isterinya turut gemar dengan pokok bunga yang dijual disini. Bukan tak ada di tempat tinggal mereka, tapi isterinya masih lagi tertarik- tarik dengan bunga yang dijual diatas sini. Entah apalah yang beza, dia tak faham.

Pintu gelangsar dibuka sedikit besar. Angin yang meniup- niup langsir ditolak ke tepi. Menampakkan susuk tubuh isterinya yang berdiri di balkoni bilik hotel mereka. Terus kaki Mateen melangkah mendekati isterinya, tubuh itu terus dipeluk dari belakang.

Bahu Mikayla terhinjut sedikit gara- gara pelukan mengejut dari belakang. Mata mengerling ke sisi. Melihat Mateen labuhkan dagu diatas bahunya. Tangan yang berada di atas perutnya diutuh ketat. Mengetatkan lagi pelukan antara mereka.

"Tak sejuk ke sayang?" Pipi sebelah kanan Mikayla dikucup laju. Tak semena- mena dia perasan pipi isterinya terus berona merah. Malu.

"You kan ada biy. You boleh hangatkan I." Balas Mikayla dengan senyuman gatal bergayut di bibir. Tangannya terus mencari tangan Mateen dibawah. Saling melekap diatas tangan kekar suaminya.

"Awak jangan macam- macam sayang. Siang lagi ni. Apa jadi kalau saya tiba- tiba bawa awak ke katil tu? Nampak macam menarik dari sini." Mateen menjeling kearah katil di dalam bilik sana. Tak dan, dia dapat cubitan halus di atas belakang tapak tangannya.

"You jangan biy. I tumbuk you nanti. Kita dah janjikan nak petik buah strawberry. Lagipun I teringin sangat nak makan." Awal- awal lagi mereka dah rancang aktiviti seharian mereka. Mikayla tak nak rancangan mereka gagal gara- gara aksi nakal suaminya itu.

"Awak sanggup tumbuk saya, sayang? Dah tak sayang suami awak ni ke?"

Terjuih bibir bawah Mikayla. Eee, laki dia ni! Sengaja nak merajuk dengan dia ke? Mikayla pusing tubuh seratus lapan puluh darjah ke belakang. Tubuhnya bertentangan dengan suaminya. Pelukan Mateen pada tubuhnya masih tidak dilepaskan. Elok diganti tangan melekap di belakang pinggangnya.

"I love you biy. You ingat I sanggup nak tumbuk muka kacak you ni. Tak pasal- pasal husband I dah tak handsome." Tangan dibawa menekap pipi suaminya. Terasa bulu- bulu halus di tapak tangannya. Mikayla usap penuh sayang kedua belah pipi suaminya.

"Sayang juga awak dekat saya kan."

Menjegil biji mata Mikayla.

"Kalau tak sayang dah lama I tak kahwin dengan you biy. Baik I kahwin dengan ex classmate I. Ada juga yang handsome..." Mikayla perasan wajah Mateen serta merta berubah.

"Tapi..." Mikayla gantung ayat.

"You lagi handsome dari semua lelaki yang I jumpa. But... papa. Papa tetap nombor satu dalam hati I. You pun sama nombor satu... yang dapat cinta I."

Hujung bibir Mateen ternaik. Ayat beli jiwa sungguh. Mateen tundukkan wajah. Bibir didekatkan di dahi isterinya. Ciuman dilabuhkan sekali di situ. Hangat.

"Awak pun nombor satu..." Mateen diam.

Mikayla menanti penuh debar. Nombor satu apa?

"Nombor satu isteri saya." Mateen menyengih menampakkan barisan gigi hadapannya.

Buntang biji mata Mikayla. Kenapa dia rasa pengakuan Mateen lain macam? Dia isteri pertama? Jadi Mateen...

"You dah fikir nak cari kedua, ketiga dan keempat ke biy? You jangan... biy!" Tak sempat Mikayla habiskan ayat, Mateen dah labuhkan ciuman mengejut di bibirnya.

Bibir... Mikayla kemam bibir. Kepala langsung menoleh ke kiri dan kanan. Memanglah mereka berada di tingkat atas. Jauh dari penglihatan orang. Tapi kalau tiba- tiba orang nampak aksi mereka tak ke menduga parah namanya.

"You sengaja nak buat I berhenti membebel kan." Tajam renungan Mikayla. Mateen sengaja dekatkan wajah lagi. Laju tangan Mikayla melekap di dada Mateen. Menjarakkan tubuhnya sedikit dari suaminya.

"Kalau nak lagi saya boleh ba-" Lepaskan rangkulan Mateen, berdesup Mikayla lari masuk ke dalam bilik. Terlalu melayan suaminya, risau mereka tak keluar dari bilik ini. Takut berkurung saja sehingga ke malam.

Mateen pusing tubuh. Memandang Mikayla yang dah masuk ke dalam. Bibir ketawa halus melihat reaksi si isteri. Bibir itu tak pernah puas membebel pada dia. Usik sikit baru nak diam.

-ˋˏ ༻❁༺ ˎˊ-

Tersenyum Mateen melihat Mikayla selera menikmati strawberry cicah coklat. Habis satu bekas pinggan kecil dia nikmati tanpa pandang kiri kanan. Langsung tak mempelawa dia. Sebelah pinggan kosong itu masih lagi ada pinggan penuh terisi buah strawberry. Mereka tak sempat nak merasa petik strawberry sendiri memandangkan mereka agak lewat datang ke tempat ini. Sudahnya, mereka beli saja dari kaunter.

Ada banyak lagi hari mereka bercuti di sini, bila- bila masa nanti Mateen akan tunaikan hajat si isteri. Pandang Mikayla, Mateen dehem halus.

Mikayla panggung wajah. Langsung menatap raut wajah suaminya yang merenung ke arahnya. Mateen jatuhkan pandangan. Mikayla turut mengalih mata arah pada pandangan suaminya. Di pinggan kosongnya yang sudah habis dinikmati seorang diri. Angkat wajah, wajah suaminya ditatap dengan sengihan.

Jari jemari Mikayla terus mencapai sebiji strawberry. Disalutkan coklat dihujungnya. Disuakan ke pada suaminya.

Tak bercakap, Mateen terus buka mulut bila Mikayla menyuakan ke mulutnya. Sedap! Patutlah syok sangat Mikayla makan langsung tak pandang dia. Rasa strawberry yang masam- masam bergabung dengan coklat yang manis buatkan rasanya bertambah sedap.

"Sedap sangat makan sampai saya pun awak tak pandang."

"Sedap biy! Sebab tu I tak sempat nak pandang you." Tangan masih ligat mencapai lagi strawberry dan disuap ke dalam mulut.

Tergeleng kepala Mateen. Tak mengapalah. Strawberry yang pertama, dia yang kedua. Capai bekas minuman isterinya, Mateen sedut sedikit. Semua yang Mikayla beli perisa strawberry. Dia pula tak berapa nak gemar sangat benda masam. Terpaksalah makan dah isteri dia suka.

"Lepasni nak pergi mana?"

Mikayla muncung bibir. Gayanya sedang memikir. Sebenarnya harini tujuan dia hanya satu. Memandangkan mereka tiba lewat, tak banyak tempat yang boleh mereka singgah hari ini. Jadinya Mikayla merancang untuk pergi ke tempat lain hari yang seterusnya.

"I ikut you biy. Nak balik hotel pun boleh. Lagipun I pun penat."

Mateen angguk. Dia juga masih lagi rasa penat. Tak sempat berehat selepas tiba di sini. Esok sajalah mereka sambung berjalan- jalan di sini.

-ˋˏ ༻❁༺ ˎˊ-

Bersambung

Kita happy- happy okey? Harini ada satu update aje. Esok saya sambung lagi. Jangan lupa vote dan komen🤍

KOMPILASI CERITA PENDEK [EDISI 2]Where stories live. Discover now