PILIHAN HATI MAMA I

2.8K 109 5
                                    

Kusut kepala Lisha apabila didesak dengan soalan mama untuk mencarikannya jodoh

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Kusut kepala Lisha apabila didesak dengan soalan mama untuk mencarikannya jodoh. Namun apabila dia menyatakan yang dia sudah berpunya wanita itu pula tidak berkenan. Ada sahaja kata- katanya yang menolak Aril sebagai teman lelakinya.

"Mama tak berkenan dengan pilihan Lisha." Senada mama berkata. Dengan wajah tak berkenannya ditayangkan.

"Dekat mana lagi yang mama tak berkenan dekat Aril tu. Mama suruh Lisha cari boyfriend Lisha dah turutkan permintaan mama. Ini tiba- tiba mama tak berkenan pula dengan dia." Ada keluhan halus terbit dihujung ayatnya.

"Dah berapa lama Lisha kenal Aril tu?" Soal mama.

"Aril tu kawan sekolah Lisha. Lepas habis sekolah kami lost contact. Bulan dua haritu Lisha terserempak dengan dia dekat butik."

Mama memandang jari jemarinya. Mulutnya terkumat kamit seakan mengira.

"Baru lima bulan dah declare boyfriend. Dah kenal hati budi dia, keluarga dia, perangai dia, pekerjaan dia semua?" Lagi mama menyesakkan Lisha dengan soalan- soalan hangat itu.

"Mama bukan apa Lisha. Mama ni sebagai ibu ada firasat tersendiri. Mama tahu mana yang baik dan tak baik untuk anak mama. Mama tak minta Lisha putuskan hubungan dia tapi Lisha cuba fikir baik- baik apa yang mama cakap ni. Cuba Lisha ambil tahu apa yang dia buat dekat luar sana, pekerjaan dia, keluarga dia macam mana. Lisha tahu dia kerja apa selama ni?"

Lisha diam tidak membalas. Bibir terkebam. Dia bercinta dengan Aril sebab lelaki itu awal- awal meluahkan perasaan dia. Disebabkan Lisha malas nak dengar bebelan mama tentang jodoh terus dia terima saja lelaki itu tanpa kenal sepenuhnya diri Aril. Sewaktu sekolah pun dia mana rapat sangat dengan Aril alih- alih selepas lama tidak berjumpa terus ada hubungan. Mana tidaknya mama tak berkenan sungguh.

"Fikirkan tau apa yang mama cakap." Mama tepuk bahu Lisha perlahan sebelum dia beredar ke dapur. Sekali lagi Lisha mengeluh halus.

Tiba- tiba telefon Lisha berbunyi. Ada mesej yang baru saja masuk. Kemudian Lisha membuka telefonnya untuk membaca mesej itu.

Cik Lisha, Encik Aril ada datang butik. Dia cari boss. - Melly.

Bulat mata Lisha dibuatnya. Kenapa tiba- tiba saja Aril datang ke butik tanpa memberitahunya dahulu. Memang sebelum ini Aril ada datang tetapi dia akan menghubungi Lisha dulu sebelum kesana.

Tak habis lagi dengan mama, kepala Lisha terpaksa memikirkan lelaki itu pula.

Apa pula yang awak nak kalini, Aril. Desis hati Lisha.

Sampai saja di butik, Lisha melangkah masuk ke dalam. Insan pertama yang dicari adalah Melly.

"Mana dia?"

"Dekat dalam bilik Cik Lisha." Muncung bibir itu kearah pintu pejabat Lisha.

Lisha angguk kepala. Sempat dia memberi pesanan kepada Melly untuk menyambung kerjanya semula tatkala terlihat dua orang wanita yang sedang melangkah masuk ke dalam butiknya.

KOMPILASI CERITA PENDEK [EDISI 2]Where stories live. Discover now