Haizal mengemaskan pakaian kerjanya. Tubuhnya dilihat melalui biasan cermin. Sekilas pandangan dia teralih pada seseorang yang asyik merenung dia tanpa sedar. Tatapan mata mereka bersabung. Senyuman lebar terukir di bibir. Tubuh terus berpusing seratus lapan puluh darjah menghadap isterinya. Tangan naik menggamit Marsha mendekati.
"Kenapa pandang abang macam tu?" Tangan Marsha yang berada di dalam genggamannya digenggam kemas. Jari jemari mereka saling bertaut.
Marsha mendongak sedikit keatas memandang wajah suaminya. Dia geleng halus. Terkantoi asyik sangat merenung suami. Mana tidak, suami dia kacak sangat. Lagi- lagi dengan berpakaian uniform kerjanya menambahkan lagi aura kekacakkan suaminya. Mata dia pun tak boleh beralih pandang benda lain kalau suami sendiri dah ada depan mata.
"Mana ada Marsha pandang abang. Abang salah tengok agaknya."
Berdecit lidah Haizal. Pandai betul isterinya mengelak. Hampir lima bulan mereka berkahwin, Haizal mula perasan sesuatu. Marsha masih malu- malu dengan dia. Bila malu pipi dia akan berona merah. Macam sekarang, dia dah terkantoi tengok laki sendiri bersiap nak pergi kerja.
"Geram betul dengan dia ni." Tangan sebelah yang kosong naik menyentuh pipi Marsha dan dicubit halus. Geram! Makin bertambah merah pipi Marsha. Tapi Haizal suka melihatnya.
Marsha mengadu sakit. Pipi dia yang dicubit disentuh. Tajam renungan matanya pada suami.
"Abang ni memang suka cubit pipi orang eh? Kalau satu hari tak cubit memang tak sah ke?" Protes Marsha bersama mata turun naik atas bawah.
"Sayang tu comel sangat. Dah kantoi tenung abang dari jauh tak nak mengaku. Lepastu blushing sendiri. Kenapa? Tergugat tengok suami sendiri." Usik Haizal dengan senyuman nakal. Serentak dadanya terima tamparan halus dari tangan suaminya. Terus Marsha melepaskan genggaman tangannya.
Marsha terus melangkah meninggalkan Haizal. Malu diusik suami sendiri. Memanglah mereka dah lama kahwin, tapi perasaan malu tu masih ada lagi. Tak hilang lagi dari dulu. Bertambah jadi malu bila Haizal dah masuk mood menggatal dia.
"Nak pergi mana?" Lengan Marsha ditangkap. Langkah mereka seiring menuruni tangga.
"Nak sediakan breakfast abang." Balas Marsha. Genggaman suaminya dibalas. Haizal dibiarkan mengikutnya terus ke dapur. Di dapur barulah Marsha melepaskan tautan tangan mereka. Wajah suaminya dipandang.
"Abang tolong bawa nasi goreng ni dekat meja makan boleh?" Marsha mengedipkan matanya berulang kali meminta Haizal membantunya.
"Boleh sayang. Apa saja yang tak boleh untuk sayang." Haizal kenyitkan sebelah mata pada isterinya sebelum mengambil bekas nasi goreng yang dimasak isterinya. Selalunya rutin Marsha selepas solat subuh dia akan terus turun ke dapur sediakan sarapan pagi. Kalau rajin dia masak makanan berat, kalau dah masuk mood penat dia masak makanan ringan. Apa sekalipun yang dimasak isterinya, Haizal tak akan memilih.
Mereka menikmati sarapan pagi bersama. Sempat berbual- bual tentang rumah tangga mereka. Kebiasannya pada waktu pagi mereka berbincang ringkas tentang aktiviti harian mereka memandangkan Haizal dan Marsha bekerja. Pada waktu pagi dan malam saja mereka berpeluang untuk ada masa bersama. Selalunya Marsha akan pulang sedikit lewat dari tempat kerja berbanding Haizal pulang sedikit awal memandangkan rumah mereka tidak jauh dari tempat Haizal bertugas.
"Balik ni abang yang masak tau. Sayang ada mengidam nak makan apa- apa?" Haizal menyoal seraya melirik mata memandang perut isterinya yang membukit. Tangan kirinya dibawa mengusap perut isteri yang berlapik baju.
Marsha tersenyum. Dia bawa tangan melekap diatas tangan suaminya. Kepala menoleh sedikit memandang suaminya yang sedang menyuap nasi kedalam mulut.
"Abang masak chicken butter milk boleh? Marsha teringin nak makan."
YOU ARE READING
KOMPILASI CERITA PENDEK [EDISI 2]
Historia CortaKOMPILASI CERITA PENDEK [EDISI 2] ©️ 2022 Status: On-going Start: 11 March 2022 End: