Saat menerima panggilan daripada ketua suaminya, bergegas Mikayla bersiap untuk bertemu dengan suaminya. Walaupun Puan Marissa minta sabar menunggu Encik Rafeeq pulang dari kerja tetapi Mikayla tak boleh tangguh.Suaminya ada di hospital. Suaminya sedang sakit. Jadi dimana sepatutnya tempat Mikayla saat ini? Tentu disisi sang suami.
Mateen perlukan dia. Dia tak nak terlambat. Dia takut andai kata Mateen... Tak! Mateen tak akan tinggalkan dia. Mateen akan ada dengan dia.
Namun, siapa dia mahu menghalang segala ketentuan yang telah ditakdirkan DIA. Semuanya tak mampu berubah. Semuanya terlalu lambat untuk lihat Mateen sihat seperti dulu.
Yang sebenarnya selama ini Mateen tanggung sendiri sakitnya. Mateen langsung tak berikan dia kesempatan untuk sama- sama mengharungi kesakitan lelaki itu.
"Mika..." Bahu Mikayla disentuh. Mikayla panggung wajah ke hadapan. Merenung sepasang mata yang turut bergenang dengan air mata sepertinya. Jelas Puan Marissa turut terluka mendengar perkhabaran ini.
"Mummy..." Bibir Mikayla mencemik, menahan tangisan dari terus keluar. Tubuh Puan Marissa ditarik ke dalam pelukan. Hanya kemudian, tangisan Mikayla terhambur diatas bahu Puan Mariss.
"Mateen, mummy. Suami Mika, mummy... Kenapa Mateen tak beritahu Mika tentang sakit dia? Kenapa Mateen tanggung seorang diri? Siapa Mika ni, mummy? Mika ni isteri dia. Mika patut tahu dari awal dia sakit." Teresak- esak Mikayla menangis di bahu Puan Marissa. Belakang tubuhnya terasa usapan hangat Puan Mariss yang cuba menenangkannya.
"Sabar sayang. Sabar. Ada sebab Mateen rahsiakan sakit dia daripada kita."
Pelukan dilepaskan. Puan Marissa pandang wajah merah anaknya. Sejak dari rumah sehingga tiba di hospital tangisan Mikayla tak berhenti. Jari jemarinya naik mengusap sisi cairan air mata yang mencemar di wajah anaknya.
"Mika tak kuat mummy. Macam mana kalau Mateen... dia tinggalkan Mika."
"Hey!" Kedua belah lengan si anak disentuh dan digenggam perlahan.
"Kenapa cakap macam tu? Jangan fikir bukan- bukan. Doakan yang baik- baik untuk Mateen. Dia perlukan doa isteri dia."
Mikayla memejam mata rapat. Cuba mengumpul kekuatan. Dia belum sempat bertemu dengan suaminya. Sewaktu tiba di hospital, dia terus bertemu dengan doktor yang pada waktu itu baru keluar dari wad suaminya.
Sehingga sekarang, langkah Mikayla terasa lemah. Longlai. Rasa tak punya kekuatan untuk melangkah masuk ke dalam wad suaminya.
"Dengar cakap mummy..." tangan Puan Marissa naik melekap di wajah Mikayla.
"Pergi masuk dalam. Jumpa Mateen. Jangan tunjuk kesedihan Mika. Mika kena kuat. Mateen perlukan kekuatan kuat." Sebak dada Mikayla mendengar nasihat Puan Marissa.
Bagaimana dia harus kuat kalau dia sudah tahu sakit yang ditanggung suaminya?
Mateen... Dia menghidap kanser hati tahap 4.
Sudah terlalu lambatkah untuk sembuhkan penyakit suaminya?
"Senyum. Jangan buat muka sedih." Lagi suara Puan Marissa tidak mahu Mikayla masuk dalam keadaan sedih.
Mikayla tarik nafas. Dilepaskan perlahan namun terasa sesak di dada. Seakan ada sesuatu yang menghalang untuk dia bernafas dengan tenang.
"Dah pergi masuk." Puan Marissa menolak tubuh si anak di hadapan pintu wad Mateen.
Mikayla hela nafas berat. Mata dipejam rapat sebelum dibuka semula. Kau kena kuat Mikayla. Kau kena untuk Mateen. Mateen perlukan kau.
Pulas tombol pintu, Mikayla membuka sedikit pintu wad suaminya. Saat itu dia nampak gerakan kepala Mateen yang menghala ke arah pintu.
YOU ARE READING
KOMPILASI CERITA PENDEK [EDISI 2]
Historia CortaKOMPILASI CERITA PENDEK [EDISI 2] ©️ 2022 Status: On-going Start: 11 March 2022 End: