Sedari tadi Luqman langsung tak melepaskan tangannya dari tangan Lisha. Tangannya sebelah lagi bukan main fokus putar stering ke kiri dan kanan.
Terpegun seketika Lisha dibuatnya. Kenapa Luqman nampak cool sangat?
"Kenapa pandang Luq?" Luqman menoleh sisi wajah isterinya. Tapi laju Lisha pusing kepalanya ke luar tingkap. Malangnya Luqman dapat tangkap Lisha curi- curi pandang kearahnya.
"Saya handsome tak Lisha?"
Terkejut Lisha disoal begitu. Kepala kembali menoleh memandang seraut wajah suaminya. Macam mana dia mahu nafikan. Dah memang ciptaan Tuhan ini kacak sungguh. Lambat- lambat kepala Lisha mengangguk.
Luqman sembunyi senyum melihat wajah malu- malu Lisha. Pagi tadi bukan main lagi garang dengan dia. Tapi bila dah berbaik semula dia usik sikit pun tak boleh. Alasan malu.
"Awak pun cantik." Lembut Luqman memuji.
Cair betul hati Lisha bila Luqman memuji. Kan dia dah cakap, bila abang polis ni masuk mood sweet dia, habis tumpah gula.
"Dah lama ke awak rancang nak bawa saya pergi sini?" Lisha menyoal. Sebetulnya sebelum mereka bernikah, mereka belum berbincang lagi tentang lokasi bulan madu. Tapi bukan Luqman lah kalau suka buat kejutaan untuk dia.
"Semalam baru terfikir. Itu pun lepas mama call saya ada anak dia merajuk kena tinggal dengan suami. Terus saya fikir macam mana lah nak pulihkan merajuk anak mama tu." Luqman melirik sisi wajah isterinya kemudian mata kembali fokus pada pemanduannya.
Hanya seketika, laju lengan sasa Luqman dicubitnya geram. Tapi tak lama melihat wajah berkerut suaminya terus Lisha mengusap balik tempat cubitannya tadi.
"Sorry."
"It's okay sayang." Lembut Luqman membalas.
"Tapi betul ke awak merajuk sampai tak makan?"
"Iyalah, sebab suami tak ada saya mogoklah semua benda."
Terkejut juga Luqman mendengar jawapan isterinya. Kemudian barulah senyuman dia melebar. Kenapalah comel sangat bini dia ni!
"Kalau suami ada?" Sengaja Luqman menyoal.
"Kalau suami ada... saya nak bermanja lah dengan dia. Boleh kan?"
Lisha pun tak tahu kenapa dia berani sungguh cakap macam tu. Tapi tak apalah, dia cakap dengan suami dia. Tak salah pun dia nak bermanja dengan Luqman.
"Boleh sayang. Anything for you."
Tiba- tiba Lisha menguap luas. Sebelah tangannya menekup mulutnya.
"Ngantuk ke?" Luqman menyoal. Baru dia perasan mata Lisha yang semakin kuyu.
Lisha angguk kepala.
"Tidurlah. Nanti dah sampai saya kejut awak."
Dapat peluang terus Lisha lelapkan mata. Semakin terbuai dibuatnya bila tangan Luqman mengusap- usap tangannya.
-ˋˏ ༻❁༺ ˎˊ-
"Lisha... bangun dah sampai." Luqman menepuk halus pipi isterinya. Lena sungguh Lisha. Sampai dah berapa kali dia kejut masih tak sedar. Baru saja bibir Luqman nak melabuh pada wajah itu barulah isterinya membuka. Macam tahu- tahu saja.
Lisha mengesat matanya. Terkebil- kebil dia memandang Luqman.
"Dah sampai ke?" Luqman angguk kepala.
Luqman ambil beg tangan Lisha. Diserahkan kepada isterinya.
"Jom kita check-in. Sambung tidur dalam bilik. Badan Luq pun dah lenguh- lenguh drive dari pagi tadi."
YOU ARE READING
KOMPILASI CERITA PENDEK [EDISI 2]
KurzgeschichtenKOMPILASI CERITA PENDEK [EDISI 2] ©️ 2022 Status: On-going Start: 11 March 2022 End: