HANS HAURA III

1.4K 116 4
                                    



Haura sangka pertemuan dia dan Hans terhenti saat itu saja. Tak sangka kali ini dia boleh pula bertemu dengan lelaki itu sewaktu ingin keluar dari lobi fakulti. Bukan itu saja, dia ingat Hans akan lupa wajahnya dan tak ingat dia, tetapi lain pula yang jadi bila lelaki itu terlebih dulu menegurnya.

"Haura!" Panggil Hans mengejar langkah Haura seraya buatkan gadis itu berhenti berjalan. Dia perasan Haura sengaja buat- buat tak nampak dia dan mengelak daripada dia.

"Err- hai awak." Haura sapa dengan perasaan kekok. Mana tidaknya, mereka bukannya rapat. Baru sekali kenal. Tentulah perasaan itu masih ada.

"Baru habis kelas ke?" Hans menyoal.

Haura mengangguk. Selepas pukul 2 petang dia memang langsung tak ada kelas. Dia niat nak terus balik ke rumah. Kalau sebelum ini habis kelas tentu dia akan ke perpustakaan untuk menyiapkan kertas kerja. Syukur, dengan hadiah pemberian Dr Hanisah, dia dapat siapkan semua kerja yang tertangguh.

"Ikut saya boleh?"

"Awak nak bawa saya pergi mana?" Soalan berbalas soalan. Risau pula bila Hans tiba- tiba nak bawa dia keluar.

Hans menyentuh perutnya. Haura jatuhkan pandangan di situ sekejapan sebelum kembali pada wajah kacak Hans. Tak dapat dinafikan anak bujang Dr Hanisah ini terlalu kacak orangnya. Tengoklah gaya dia saja dah boleh buat orang terpikat. Macam manalah Haura tak mengaku yang dia juga turut tercuit hati melihat lelaki itu.

Tapi Haura sedar dengan dirinya. Gadis seperti dia mana mungkin layak didampingi dengan lelaki sehebat Hans. Ada gadis yang lebih layak di luar sana untuk mendapatkan Hans. Bukan dia.

"Saya lapar. Tadi tak sempat lunch lagi. Teman saya makan jom." Ajak Hans. Dah memang ini niat dia sampai di depan fakulti mamanya. Bukan nak cari Dr Hanisah, sebetulnya rasa ingin berjumpa dengan Haura. Hans langsung tak menafikan. Rasa itu berkobar- kobar.

"Saya rasa awak silap ajak orang kot. Dr Hanisah ada dekat atas. Lebih baik awak ajak Dr Hanisah makan." Haura cuba menolak secara baik. Ajakan daripada Hans buat dia rasa tak selesa.

"Kalau saya nak ajak mama, saya bukan ada dekat sini. Saya dah ada dekat bilik dia dah. Tapi sekarang ni saya jumpa siapa?" Sebelah kening terjungkit.

"Saya..." Haura balas perlahan.

Hans mengangguk kecil. "Sebab tu awak ada dengan saya sekarang. Saya nak ajak awak makan."

"Tapi saya dah kenyang." Cubaan untuk mengelak lagi walaupun sebenarnya Haura belum sempat menjamah nasi dari pagi.

Tak semena- mena wajah Hans berubah.

"Saya faham awak tak nak keluar dengan saya..." Suara Hans berbaur sedih. Mulalah hati Haura tak keruan bila terpaksa menolak ajakan Hans. Apatah lagi melihat wajah Hans meminta simpati.

"Okay, saya ikut awak. Tapi janji lepas makan hantar saya balik sini semula."

Senyuman kembali mekar di bibir.

"Good girl. Sangat mudahkan urusan saya. Senang nak buat bini." Perkataan 'bini' hanya terluah perlahan. Namun, Haura bukan jauh sangat daripada Hans. Dia boleh dengar dengan jelas ayat terakhir lelaki itu.

-ˋˏ ༻❁༺ ˎˊ-

"Awak anak tunggal?" Haura mengangguk mengiyakan pertanyaan Hans. Sepanjang di restoren, mulut Hans tak berhenti menyoal itu ini kepada dia. Tinggi betul rasa ingin tahu lelaki ini.

"Jadi mak abah awak tinggal kampung berdua?"

Kepala Haura menggeleng. "Dekat kampung ada adik mak juga, maksu. Maksu yang tolong tengok- tengokkan mak abah. Dekat kampung ada rumah peninggalan arwah atuk nenek. Yang tinggal dekat situ maksu dan keluarga. Mak dan abah tinggal di rumah peninggalan sendiri.

KOMPILASI CERITA PENDEK [EDISI 2]Where stories live. Discover now