TERIMA AKU SEADANYA V [END]

2.6K 104 0
                                    

"Mak dah agak."

Mak meletakkan dulang minuman di atas meja di ruang tamu. Selepas saja Ezra selesai menunaikan solat sunat terawih di masjid, dia dapat panggilan daripada Eza yang Dyana pengsan di rumah. Kelam- kabut Ezra dibuatnya. Waktu itu dia hanya fikirkan keadaan isterinya.

Sampai saja di rumah, mak suruh Ezra bawa Dyana terus ke klinik. Jelas pada pandangan matanya mak juga merisaukan isterinya.

Selepas mendapatkan rawatan dari doktor, sungguh Ezra masih tak menyangka mendengar perkhabaran doktor itu. Sampai sekarang Ezra rasa dia masih lagi sedang bermimpi.

Ezra sentuh perut isterinya yang masih tidak kelihatan. Syukur atas rezeki DIA di bulan mulia ini, Dyana disahkan mengandung. Penantian mereka bertahun- tahun menemui penamatnya. Alhamdulillah.

Saat Dyana mendengar dirinya disahkan mengandung, hati Dyana dilanda sebak. Di bilik doktor itu juga Dyana menangis berpelukan di bahu suaminya. Langsung tak kisah dengan pandangan doktor dan jururawat yang merawatnya. Perasaannya bercampur baur.

"Macam mana mak boleh tahu?" Ezra soal dengan tanda tanya.

"Berbulan- bulan mak tak jumpa kamu berdua bila tengok Dyana haritu pun mak dah rasa lain. Kamu yang duduk bersama pun takkan tak boleh rasa perubahan badan isteri tu." Jawab mak. Dengan mata kasarnya pun dia boleh agak yang Dyana sedang mengandung. Kerana itu juga layanan dia berubah pada pasangan suami isteri itu.

Iyalah, kalau boleh bulan Ramadhan ini dia nak saling berbaik. Sampai bila nak ikutkan perasaan marah itu saja. Sedangkan, rezeki yang diterima itu pun datang dari DIA. Takkan dia mahu mempertikaikan lagi. Tetapi sungguh, tatkala Dyana betul- betul disahkan mengandung, hati dia mengucap syukur.

Ezra simpul senyum. Betul kata mak, dia yang selalu ada dengan Dyana pun boleh tak perasan. Cumanya ada juga dia perasan yang selera makan Dyana sudah berubah. Makanan yang Dyana tak suka boleh jadi makanan yang paling wanita itu suka dikala dia sedang mengandung.

"Mak dah tak marahkan kita orang lagi ke?"

"Kamu ada nampak mak marah lagi ke? Tak ada kan. Mak ni pun dah penat. Dan mak nak minta maaf pada Dya atas apa yang mak pernah buat pada Dya. Mak tahu Dya mesti stress bila mak terlalu persoalkan tentang bila Dya nak mengandung." Waktu itu tangan mak mencapai tangan Dyana. Diusap lembut tangan menantunya. Berharap yang Dyana akan memaafkannya.

Dyana tersenyum nipis.

"Mak tak perlu minta maaf. Dya dah lama maafkan mak."

Mak mengucap syukur tatkala Dyana sudi memaafkannya. Sungguh dia terkilan melihat perangainya yang lepas yang terlalu menekan Dyana dan Ezra untuk dapatkan cucu untuknya.

"Terima kasih Dya." Seketika dua wanita itu berpelukan erat.

Ezra, abah dan Eza yang melihat aksi itu tersenyum lebar.

Selepas ini, tiada lagi yang akan menarik muka.

Tiada lagi yang akan mengasak mereka dengan isu anak.

Dan tiada lagi yang akan membandingkan kesuburan mereka lagi.

Ternyata, Dyana mampu mengandung.

-ˋˏ ༻❁༺ ˎˊ-

Dari pintu rumah, Ezra melihat isterinya yang sedang duduk di pondok di hadapan rumah. Pagi tadi lepas subuh Ezra sambung tidur balik. Sementara Dyana dia ambil peluang duduk di luar rumah selepas matahari sudah terbit.

Sarung selipar di kaki Ezra mendekati isterinya. Sehabis perlahan dia berjalan diatas batu jalan gara- gara tak nak Dyana perasan kedatangannya. Malang sekali, wanita itu menoleh kepalanya ke belakang memandang Ezra yang mendekati.

Ezra tersengih menampakkan barisan gigi hadapannya. Tak bertangguh, dia terus ambil tempat duduk di sebelah isterinya.

"Termenung apa sayang?" Ezra menyoal bersama mata memandang ke hadapan melihat suasana kampung di pagi hari.

"Tak ada apa. Dya cuma suka bila dapat peluang duduk macam ni waktu pagi. Rasa tenang. Kalau dekat bandar pagi- pagi dah bunyi bising dengan orang- orang naik kereta nak pergi tempat kerja."

"Kalau macam tu kita duduk sini lama sikitlah. Boleh?"

Sekilas Dyana pandang wajah suaminya.

"Dya boleh. Abang tu yang busy kerja." Balas Dyana. Dengan Ezra tak boleh nak berjanji sangat. Nanti tiba- tiba adalah muncul alasan mengejut dia tu.

"Kalau demi Dya, Insha-Allah abang cuba usahakan."

Mencebik bibir Dyana mendengar jawapan suaminya. Buat seketika Dyana capai tangan suaminya. Dimainkan jari- jari panjang milik suaminya. Kemudian, disulamkan dengan jemarinya pula.

Dyana mendongak memandang raut wajah suaminya. Ketika itu, Ezra pun buat perkara yang sama. Dia sedang meratah wajah manis dan cantik isterinya.

"Abang happy ke bila Dya disahkan mengandung?"

"Pembohonglah abang kalau abang kata abang tak happy. Sedangkan ini saat yang abang nantikan sejak dulu lagi." Lembut jawapan Ezra membuatkan hati Dyana berbunga- bunga mendengarnya.

"Terima kasih sebab abang selalu ada dengan Dya. Tak ada sesaat pun abang tinggalkan Dya melainkan abang pergi kerja."

"Kan dari dulu abang dah janji yang abang akan ada dengan Dya. Sampai hujung nafas abang. Dya pun tahu abang tak mampu pergi tinggalkan Dya sebab dalam hati abang memang ada sayang seorang saja."

Dyana melorek senyuman di bibir. Sungguh Ezra pandai berkata- kata. Dan kata- katanya itu mampu menenangkan segenap ruang di hati Dyana.

"Andai kata sampai bila- bila kita tak ada rezeki nak ada anak di dunia, abang masih terima Dya juga ke?"

Ezra lepaskan genggaman tangan Dyana. Kemudian dibawa tangannya melekap di pipi sejuk isterinya. Diusap- usapnya manja wajah itu.

"Demi Allah, abang terima Dya seadanya. Abang akan setia bersama Dya berdua seumur hidup abang."

Serentak, tubuh Ezra disauk kedalam pelukannya. Membuatkan tubuhnya yang kesejukan di pagi hari kembali hangat berada dalam dakapan suaminya.

Sungguh, Dyana bertuah memiliki Ezra sebagai suaminya. Dan dia selalu berdoa agar DIA sentiasa mencambahkan kasih dan sayang dalam hubungan rumahtangga mereka berdua. Mudah- mudahan.

-ˋˏ ༻❁༺ ˎˊ-

THE END

-ˋˏ ༻❁༺ ˎˊ-

Alhamdulillah, habis juga untuk KCP cerita ketiga. Harap awak semua suka cerita klise ni. Maaf jika ada kekurangan sepanjang saya menulis Terima Aku Seadanya. Jumpa di cerita akan datang.
Jangan lupa vote, comment and share💗

Jangan lupa vote, comment and share💗

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
KOMPILASI CERITA PENDEK [EDISI 2]Where stories live. Discover now