DEMI CINTA V [END]

1.8K 97 16
                                    


Erra disahkan mengandung. Perkara itu lah membuatkan Irham orang yang paling bahagia sekali. Sejak disahkan isterinya berbadan dua, Irham memang jaga semuanya.  Semua keperluan Erra disediakan. Kalau boleh dia tak nak langsung Erra buat kerja di rumah.

Enam bulan usia kandungan, mereka dah mula sedia untuk mencari pakaian bakal anak mereka. Mereka masih tak tahu lagi jantina si anak. Ini gara- gara Irham yang mahu rahsiakan jantina anak mereka. Hanya doktor yang memeriksa Erra saja yang tahu.

Irham bercadang nak bawa Erra beli baju bakal anak mereka. Awal- awal lagi dia dah halang Erra masak makan tengahari sebab nak bawa isterinya makan di luar.

"I tak list lagi nak beli apa untuk anak kita." Sememangnya Erra tak sempat nak senaraikan barang untuk dibeli. Bukan apa, Erra tak tahu sebenarnya nak beli apa. Mungkin juga sebab ini anak pertama yang bakal lahir.

"It's okay sayang, abang dah list kan." Balas Irham. Semenjak disahkan hamil juga Irham dengan sendirinya menukar bahasa panggilan mereka. Lebih elok dan sedap didengarnya.

"Thank you, abang." Erra tersenyum lega. Irham benar- benar memahami dia.

Hampir satu jam juga mereka habiskan masa di dalam kedai bayi. Itu kalau tak kerana Erra paksa suaminya keluar dah lama Irham 'terkurung' dalam tu.

"Sayang, abang tiba- tiba rasa nak terkencing. Sayang tunggu dekat sini sekejap boleh?"

Nak tergelak Erra dibuatnya. Dah bertapa dalam kedai reti pula menahan.

"Okey abang pergilah. I duduk sini tunggu you." Erra tuju pada kerusi yang terletak di tepi koridor itu.

"Tunggu tau. Nanti kita terus pergi makan."

"Okey." Erra angguk. Dia fikir Irham akan pergi, rupanya ada lagi pesanan suaminya.

"Jaga diri. Jangan pandang lelaki lain."

"Ye abang. Dah pergi cepat." Gesa Erra. Irham tersengih menampakkan sebaris giginya. Sempat lagi dia melambai kepada Erra. Erra tergelak. Macam nak pergi jauh pula siap berlambai. Walhal tandas depan tu saja.

Erra duduk di bangku sementera menunggu suaminya. Tanpa dia sedar ada seseorang berdiri di hadapannya. Erra panggung wajah. Tak semena-mena wajahnya berubah melihat lelaki bertubuh tinggi itu berdiri di hadapannya dengan senyuman sumbing di wajah.

"Wow! Tak sangka perempuan murah macam you senang dapat lelaki baik dekat dunia ni."

Erra ketap bibir mendengar ayat sinis Airil.

"Jangan masuk campur urusan I. You tak ada kaitan dalam hidup I." Erra berura- ura bangun namun lengannya sempat dipegang Airil. Laju Erra menepis lengan lelaki itu.

"Jangan berani sentuh I lagi." Amaran Erra. Tajam anak matanya menikam anak mata Airil. Jangan ingat yang dia akan takut dengan lelaki itu.

"Dulu you tak pernah kisah I sentuh you." Airil cuba nak menyentuh lagi tetapi laju Erra mengelak. Airil tak berhak nak menyentuh dia.

"Itu kisah silam I, Ril. Tak perlu nak diungkit. I dah bertaubat. You tu bawa- bawa bertaubatlah. Sampai bila nak terus bergelumang dengan dosa you."

"As you said, jangan masuk campur urusan I." Angkuh sekali balasan Airil.

"Tapi dah alang- alang you kat sini, you tak nak puaskan I ke? I dahagakan belaian you sayang."

Terkejut Erra mendengarnya. Tak semena- mena tangan dia naik melekap di wajah lelaki itu.

Pap! Wajah Airil terteleng ke sebelah

"Jaga mulut you, Airil! I bukan perempuan macam tu lagi."

Dalam masa yang sama, Irham perhatikan apa yang terjadi antara Erra dan Airil. Tak betah dia terus berdiri di situ bila mana Airil cuba nak mengasari isterinya.

KOMPILASI CERITA PENDEK [EDISI 2]Where stories live. Discover now